6.25.2010

Apa itu Pemasaran Email?

Apabila kita bercakap tentang pemasaran emel, terbayang di kepala tentang begitu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pemilik-pemilik bisnes. Hakikatnya, sama seperti lain-lain strategi pemasaran, terdapat kelebihan dan kelemahan dalam progress pemasaran emel yang perlu diharungi.

Pemasaran emel ialah penggunaan 'electronic mail' atau kemudahan emel untuk mencapai prospek atau pembaca di seluruh dunia bagi tujuan promosi produk atau servis. Dengan ringkas, ianya adalah pemasaran melalui emel. Pemasaran emel juga mempunyai potensi untuk menjadi satu teknik pemasaran yang sangat relevan kerana ianya dikenali sebagai satu proses bertukar maklumat dan respon di antara pemilik bisnes dan pelanggan.

Pemasaran emel juga tidak terkecuali daripada mendapat persepsi negatif dari masyarakat. Ramai juga pemilik emel yang merasa kurang selesa dengan pemasaran emel yang kemudiannya mengategorikan emel-emel komersial itu sebagai spam. Bagaimanapun, sekarang ini para pengguna Internet mempunyai pilihan untuk menetapkan emel jenis apakah yang mereka ingin terima di inbox mereka.

Pengertian alternatif bagi pemasaran emel ialah apabila sesebuah syarikat atau pemilik bisnes yang menggunakan emel untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan. Semua ini dilakukan dengan niat untuk terus 'menambat' pelanggan tersebut dan menjadikannya sebagai pelanggan setia mereka.

Pemasaran emel, mengikut mana-mana definisi, adalah menuntut kesetiaan dan naungan. Jika pemasaran emel digunakan terhadap klien yang berpotensi untuk menjadi pelanggan, maka peranan yang harus dimainkan oleh strategi itu ialah cuba untuk mengubah klien tersebut kepada pelanggan. Jika klien yang sedia ada sentiasa menerima tawaran-tawaran atau maklumat-maklumat yang berguna maka dia akan terus tetap bersama bisnes tersebut.

Bagaimanapun, dengan pemasaran emel, adalah penting untuk anda mengetahui apakah hak dan had yang wujud di dalamnya. Ada sesetengah tempat atau negara yang menggubal undang-undang memerangi penggunaan emel untuk pemasaran, ada sesetengah yang lain pula menggalakkannya.

Jika pelanggan itu menerima emel dari syarikat atau pemilik bisnes yang memang sudah dikenalinya atau pernah berurusan dengannya maka itu tidak menjadi satu kesalahan. Bahkan biasanya apabila pelanggan itu berpuas hati atau suka dengan perkhidmatan sesebuah syarikat atau seseorang pengusaha itu maka dia akan menerima ketibaan emel-emel mereka dengan senang hati.

Disebabkan inilah maka beberapa langkah yang penting perlu diambil oleh mana-mana pihak yang mahu menggunakan strategi pemasaran emel ini:

1. Integriti Kandungan - Penggubalan undang-undang yang tegas terhadap pemasaran emel dan pemasaran umumnya, biasanya disebabkan oleh kandungan yang digunakan dalam strategi pemasaran itu sendiri. Maka adalah merupakan satu perkara yang sangat penting untuk memastikan kandungan emel yang digunakan untuk tujuan promosi itu memiliki integritinya sendiri. Ini bermaksud penghantar menyertakan maklumat mereka dengan lengkap supaya penerima mengetahui siapa yang menghantar emel kepada mereka.

2. Persetujuan yang Jelas - Adalah penting bagi penghantar emel itu mengetahui bahawa pelanggannya sudah bersedia dan mahu menerima emel-emel dari mereka. Untuk itu adalah wajar mereka sentiasa mengemaskini list emel untuk mengetahui siapa di antara pelanggan itu yang setia dan sebaliknya.

3. Keagresifan Kandungan - Walaupun penghantar emel itu ingin menjadikan strategi pemasaran emel mereka agresif, adalah merupakan satu perkara penting untuk mereka menyeimbangkan antara tujuan mereka dan hak-hak penerima emel. Penghantar emel haruslah menggunakan baris subjek yang berkaitan dengan kandungan emel, menggunakan alamat emel yang sah dan membuat persetujuan dengan para pelanggan untuk menghantar emel-emel promosi di masa hadapan.

Pemasaran emel terkenal disebabkan oleh kos efektif dan kemampuannya untuk mempromosikan produk atau servis ke serata dunia. Bagaimanapun, para pemilik bisnes hendaklah sanggup 'berperang' dengan masalah spam dan tahu bagaimanakah cara untuk mempengaruhi para prospek membuka dan membaca emel-emel mereka, demi untuk hasil perniagaan yang lebih baik.

Jika anda berminat untuk mengetahui tentang pemasaran email ini, jangan tunggu lagi, klik DISINI

6.23.2010

Ting….!!!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kita sama2 dapat beraktiviti di atas muka bumi Allah ini dengan sebaik2nya. Hari saya dapat berbual dengan seorang rakan guru yang mana isterinya merupakan salah seorang staff bank yang terkenal juga di Malaysia ni.

Daripada berbual-bual tentang aktiviti2 semasa cuti sekolah sebelum ini, akhir kami berbual-bual sedikit tentang kewangan, saja2 berbual tentang pinjaman peribad dan tentang ASB. Dalam berbual2 tu ada suatu perkara yang menarik minat saya, dan ingin juga saya kongsikan di sini iaitu berkaitan dengan menyimpan duit dalam bank khusus bagi peniaga-peniaga kecil sama ada peniaga yang baru nak mula berniaga, peniaga pasar dan yang sewaktu dengannya.

Mengikut kata kawan saya tu, bagi peniaga kecil-kecilan setiap keuntungan perniagaan pada hari tersebut kalau boleh dimasukkan terus ke dalam akaun simpanan. Contohnya kalau saya berniaga burger hari ini , saya dapat duit hasil jualan hari tersebut lebih kurang RM100, terus saya masukkan ke dalam akaun simpanan (sekarang ni senang nak masukkan duit, sebab dah banyak bank2 yang menyediakan mesin deposit tunai iaitu CDM yang bermaksud Cash Deposit Machine). Lepas dah masuk duit tu, boleh ler saya keluarkan semula duit tu untuk modal esok harinya. Duit hasil perniagaan tu masukkan setiap hari ke akaun simpanan, lepas tu boleh keluarkan semulalah. J

Lepas tu kita buat kemaskini buku bank kita tu, jadi dalam buku bank tu akan menunjukkan bahawa duit kita masuk setiap hari, kalau malas pun boleh masukkan 2 hari sekali ker, seminggu sekali ker.

Tujuannya , dengan buku bank tu sekurang2nya kita boleh jadikan bukti kepada pihak bank sekiranya kita nak buat pinjaman kat bank tu, buat pinjaman untuk memajukan lagi perniagaan kita, bukannya buat pinjaman untuk beli kereta besar, rumah besar arrr. Bila pihak bank tengok dalam buku akaun kita asyik masuk duit dua tiga ratus setiap hari, mungkin pihak bank berani memberikan kita pinjaman. InsyaAllah.

Mungkin ada banyak lagi cara, mungkin cara ini sesuai atau tidak sesuai . Apa pun yang penting ialah sikap disiplin dan konsisten dalam diri kita sendiri. Semoga tulisan saya ini bermanfaat untuk semua, khusus kepada kawan2 yang berniaga secara kecil-kecilan.

Kalau ada kesilapan dalam tulisan, saya minta maaf banyak2 yer..sebab saya tulis ni pun secara spontan sahaja. Taknak tunggu lama, takut hilang pula idea ni.

Mohd Azril. Email saya admin@ibnusalleh.ws


 


 


 

6.15.2010

Tentang Tayar yang ramai dari kita tidak tahu…huhu

Assalamualaikum wbt…lama sudah rasanya saya tidak menulis dalam blog saya, mungkin dek kerana FaceBook menyebabkan saya sedikit terabaikan blog ini. Okey, sambil surf internet tadi saya terjumpa satu informasi yang berguna untuk kita semua. Selama ini kita hanya tahu guna sahaja, tapi belum tentu kita tahu apa benda yang kita gunakan tu. Informasi ini saya jumpa di http://www.blogsempoi.com/tayar-101-panduan-mengenai-tayar-tyre-guide.html

Semoga informasi bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah..


 


A – Nama pengeluar / nama brand
B – Saiz tayar, tujuan dan tahap kelajuan tayar.
C – Jenis tayar dibuat
D – Jenis permukaan yang sesuai utk tayar -> lumpur, salji
E – Tekanan tayar
F – ECE approval
G – North American Dept of Transport compliance simbol nombor id
H – Negara pengeluar.

Selain dari benda atas ni, kadang kita ada juga nampak tanda2 lain yg ada pada dinding tepi tayar.

+ Kadar suhu tayar – menunjukkan berapa bagus untuk tayar itu mampu menahan kepanasan yang dibina ketika berjalan (kemampuan menahan panas).
"A" = paling bagus, "C" = paling rendah

+ Kadar cengkaman tayar – menunjukkan kemampuan tayar untuk berhenti ketika basah
"AA" = paling bagus, "C" = paling rendah

+ kalau kita tengok kat tanda G pada gambar rajah, dua huruf selepas perkataan 'DOT', bermaksud, pengeluaran tayar itu secara terperinci. (nama syarikat dan negara kilang). setiap kilang tayar didunia, ada kod masing2. kalau "FA" kat gambar atas ni, bermaksud "The Yokohama Rubber Company, Limited, Hiratsuka, Kanagawa-Pref, Japan"
Kalau tayar biasa kita nampak kat negara kita, mungkin nampak "2D" bermaksud Silverstone Tire & Rubber Company Sdn Bhd, Taiping, Perak, Malaysia

- Tanda tambahan pada tayar

* "Star": tayar asal untuk BMW
* B: Bias – biasa utk motorsikal lah!!!
* BSW: Black SideWall – dinding tepi warna hitam
* C: Commercial; tayar untuk lori ringan
* E4: Tayar yang lulus mengikut undang2 ECE
* FR: Flange Rib – bibir luar tayar yg kat rim, utk lindung rim dari calar atau bengkok bila terkena "kerb" atau lubang. kat mesia, ada yg panggil "rim guard"
* LT: Light Truck tyres. – utk lori ringan (sama dgn C)
* M0: Tayar asal untuk Mercedes-Benz
* M+S, or M&S: Mud and Snow – jenis permukaan yg sesuai utk tayar – salji atau lumpur
* Made in …: Negara asal pengeluar
* N(number): Tayar asal untuk porsche
* OWL: Outline White Lettering – tulisan putih lah
* SL: Standard Load; tayar utk kegunaan biasa
* TL: Tubeless – takdo pakai tube
* TT: Tube-type, tayar mesti pakai tube
*
TWI: Tread Wear Indicator. – penunjuk kehausan bunga tayar
* WSW: White SideWall – dinding tepi tayar warna putih
* XL: eXtra Load; tayar utk kenderaan berat
* Arrows: arah pusingan tayar


- DOT dan umur tayar?

kalau kita tengok kat tayar kita, dekat2 dengan perkataan DOT tu, mesti nampak 3 atau 4 nombor.
ok, 4 nombor tu, menunjukkan bila tayar tu dibuat.
INGAT!!
jangan guna tayar melebihi dari 6 tahun dari masa dikeluarkan.

3 nombor tu, menunjukkan tayar tu dikeluarkan SEBELUM tahun 2000.
4 nombor pula, menunjukkan tayar tu dikeluarkan SELEPAS tahun 2000.

Cara membaca umur tayar / bila tayar itu dibuat
kalau kita nampak 4 nombor dekat2 dengan DOT tu, seperti
3505, 35 tu bermaksud tayar itu dikeluarkan pada minggu ke-35, dan 05 itu bermaksud tayar itu dikeluarkan pada tahun 2005

- Tanda Saiz Tayar

mungkin ramai dah tau pasal saiz tayar bila baca kat dinding tepi tayar. tapi mungkin juga yg tak berapa jelas dgn detail maksud tulisan kat saiz tayar tu. aku terangkan gak lah.

165 55 H R 14

165 = saiz lebar tayar.
55 = saiz tebal tayar.
H = Kadar kelajuan untuk tayar (speed rating)
R = Radial
14 = saiz rim / wheel

kalau tayar untuk besar, selalu kita nampak byk lagi kod2 pada saiz tayar yang kita tak faham
contoh,

185 65 R 13 91 H

185 = saiz lebar tayar
65 = saiz tebal tayar
R = Radial
13 = Saiz rim
91 = Load index (indeks berat)
H = kadar kelajuan

ada juga kita nampak pada tayar utk kereta2 besar, lagi banyak kod2 pada saiz tayarnya
contoh,

180 55 ZR 17 73W

180 = saiz lebar tayar
55 = saiz tebal tayar
Z = kelajuan 149mph+
R = Radial
17 = saiz rim (diameter)
73 = load index
W = kadar kelajuan

Maksud tiap2 huruf untuk Load index


Maksud tiap2 huruf untuk kadar kelajuan (maksimum)


owh itu MPH, susah lah nak kira dgn KMH.
nah aku bagi yg simple punya kira2.

L 120 kmh
M 130 kmh
N 140 kmh
P 150 kmh
Q 160 kmh
R 170 kmh
S 180 kmh
T 190 kmh
U 200 kmh
H 210 kmh
V 240 kmh
W 270 kmh
Y 300 kmh
Z 240+ kmh

itu saja untuk kali ini. lain masa (bila aku ada masa lebih!!!) kita belajar plak pasal bunga tayar, maksud warna belang, titik2 berwarna pada tayar.

kesimpulannya,
sila peka dengan maksud kod2 pada tayar anda demi keselamatan anda.

CHEERS!!

p/s – sapa2 nak salin benda ni, aku benarkan, asalkan korang "QUOTE" benda ni datang dari tulisan budak kenariclub.net !!!!
- utk tayar biasa dan bukan utk tayar luarbiasa seperti tayar kapal terbang, JCB, tayar penggerak pelancar roket etc.

references
- carbibles
- wiki
- experience

6.09.2010

Apa itu GDI?

Assalamulaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah kurnia-Nya maka kita sama-sama dapat menghirup udara dan meneruskan kehidupan sambil melakukan kebaikan-kebaikan yang akan menjadi bekalan untuk menuju ke tempat yang kekal abadi. J

Sudah hampir 2 minggu, para murid dan guru bercuti, dalam cuti ini kami mengambil kesempatan pulang ke kampung di Pulau Sebatik, Tawau. Dan Alhamdulillah beberapa urusan dapat diuruskan seperti mengambil MyKid untuk Nur Masyithah, servis kereta di EON (kebetulan pula di Ranau tiada pusat servis EON), buat cermin mata, masukkan duit Tabung Haji Nur Masyithah, belikan kasut baru untuk isteri tercinta Nur Amirah Atiqah J dan lain-lain.

Dalam cuti ini juga sambil menjalani urusan-urusan seharian, selalu jugalah mengadap laptop. Selain ber "Facebook" , saya juga masih mendalami ilmu-ilmu tentang internet. Kenapa saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang ilmu-ilmu berkaitan dengan internet ini? Kerana dengan teknologi maklumat (internet) ini kita mampu menimba banyak ilmu contohnya ilmu agama, sosial, ekonomi, politik, dapat mengetahui perkembangan semasa dan bermacam-macam lagi. Dan saya juga pernah pepatah yang mengatakan bahawa "barangsiapa yang menguasai komunikasi, maka ia mampu untuk mengetahui dunia". Internet juga termasuk dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Kita lihat sahaja bagaimana kejayaan Microsoft, Dell, Facebook, MySpace, Linux, Nokia, Sony Ericsson dan sebagainya, mereka telah berjaya menguasai dunia, di mana-mana sahaja samada di pejabat kerajaan atau swasta, di sekolah, di rumah, dan di mana-mana pasti ada jenama-jenama ini contohnya Microsoft, saya yakin anda juga sedang menggunakan perisian Microsoft juga kan?

Ok, berbalik kepada tajuk asal, salah satu "tool" untuk menjadi seorang "internet user" yang profesional ialah dengan mempunyai "domain" sendiri, contohnya seperti www.yahoo.com, www.google.com, www.malaysia.gov.my dan banyak lagi.

Apa itu GDI? GDI ialah singkatan GLOBAL DOMAIN INTERNATIONAL, yang berpengkalan di California, Amerika Syarikat. Dan GDI menjalan urusniaga domain dotWS (WS bermaksud WebSite) yang sebelum ini kita telah dilanda sindrom dotCOM.

Produk yang ditawarkan oleh GDI ialah:

1. Domain website bebas pilihan anda

Adakah Anda inginkan website peribadi yang memberi makna kepada anda, anda masih ada banyak pilihan dengan dot ws, contohnya seperti www.namaanda.ws, www.kedaisaya.ws, terpulang kepada anda. Jika anda mempunyai website dengan nama domain sendiri anda akan menjadi seorang pengguna internet yang profesional. J

2. Template Website & Website Builder

Anda turut diberi percuma template website yang telah direka secara profesional. Pelbagai pilihan template disediakan untuk menyesuaikan apa sahaja isi kandungan bakal web anda kelak.

Dengan bantuan website builder, anda mempu membuat laman web tanpa perlu belajar. Anda bakal diajar step by step bagaimana untuk membuat laman web yang baik.


3. Email Peribadi

Anda juga diberikan 10 email yang boleh digunakan untuk kegunaan peribadi. Anda juga boleh forwardkan email ini kepada email sedia ada anda.

4. Web Hosting

Anda bebas untuk menyimpan data-data untuk dimasukkan ke dalam web anda tanpa perlu berkongsi. GDI juga menyediakan service after sales yang sangat baik untuk kemudahan anda.

5. Independent Affiliate

Sebagai pengguna dotWS, anda secara automatik layak menjadi Independent Affiliate untuk mempromosikan domain dotWS dan menjana pendapatan yang sangat lumayan. Anda bakal mendapat 2 laman web replika yang boleh digunakan untuk mempromosikan Affiliate GDI anda. Dan sambil anda membuat website sendiri, anda boleh mencari pendapatan dengan mempromosikan GDI ini kepada keluarga dan kenalan anda.
http://www.freedom.ws/usernameanda
http://www.freedom.ws/usernameanda

Semoga tulisani ini ada manfaatnya kepada anda untuk menjadi pengguna internet yang canggih dan sekurang-kurang anda sudah tahu sedikit tentang Apa Itu Gdi? Untuk maklumat lanjut tentang GDI anda boleh melayari http://www.website.ws/dhomazril dan kalau anda ingin mengetahui bagaimana cara buat website yang mudah dan bagaimana hendak menjadi seorang INTERNET MARKETER (memasarkan produk bisnes anda dalam internet) boleh layari http://www.ibnusalleh.ws/promosi.html

Semoga anda berjaya J