3.30.2011

Kisah Motivasi: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
  • Umur - 53 tahun
  • Pendidikan - SPM
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)


Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
 
 
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.



Sumber dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=546


-----------------------------------------
Kata mutiara dari aku... Pendidikan setakat SPM belum tentu seseorang GAGAL. Untuk berjaya tidak semestinya dengan segulungan ijazah...tetapi untuk menjadi seorang guru di sekolah kerajaan memerlukan segulung Degree. hehe.

3.27.2011

Pada Zaman Dahulu.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Yang dimuliakan Tuan Pengerusi, barisan juri hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan kawan-kawan sekalian.
Berdirinya saya di atas pentas ini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Pada Zaman Dahulu”.
Kawan-kawan nak tahu tak? Cerita yang ingin saya ceritakan ini telah berlaku pada zaman dahulu yang berlaku di Mesir pada zaman Abbasiyah.

Pemerintah Mesir pada masa itu ialah Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz. Baginda memerintah Mesir pada 1259 hingga 1260. Antara jasa beliau yang paling diingati ialah kejayaannya menewaskan tentera Mongol dalam peperangan Ain Jalut.

Pada ketika itu seluruh kota Islam iaitu Baghdad, Syria dan Asia Tengah sudah ditakluki tentera Mongol. Hanya tinggal adalah tiga kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.

Untuk menghadapi kemaraan Mongol ini Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mengarahkan agar cukai dinaikkan bagi menampung kelengkapan dan perbelanjaan perang.

Justeru itu cukai-cukai dinaikkan sehingga membebankan rakyat. Para ulama telah dipanggil supaya memberi fatwa kerana zaman itu adalah zaman Islam dilaksanakan. Ulama-ulama disoal tentang kewajaran cukai tersebut, semua ulama mengizinkan pemerintah menaikkan kadar cukai bagi menyediakan keperluan pertahanan kerana negara berada dalam keadaan darurat.

Namun, dalam kalangan ulama tersebut ada seorang dengan tegas membantah tindakan pemerintah mesir itu. Padahal semua maklum suasana ketika itu adalah DARURAT.

Ulama tersebut ialah Izzuddin Abdus Salam (Al-Iz Abdul Salam). Bagi sultan, persetujuan ulama ini amat penting kerana pengaruh beliau lebih tinggi daripada sultan Mesir sendiri. Oleh hal yang demikian Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mengadap beliau memohon restunya dan sokongan terbukanya untuk menaikkan cukai demi keselamatan negara.

Al-Iz Abdul Salam bersetuju pada dasarnya dan akan mengumumkan persetujuannya di dalam khutbah jumaat pada hari itu. Beliau meminta Sultan hadir sama bersolat jumaat dan baginda boleh mendengar sendiri khutbah Jumaat dan persetujuan Al-Iz Abdul Salam.

Di dalam khutbah Al-Iz Abdul Salam menyokong perancangan pemerintah hendak mengunakan cukai dengan satu syarat sahaja iaitu sultan dan keluarganya hendaklah terlebih dahulu menjual istana-istana mereka serta perhiasan-perhiasan yang ada pada mereka dan anak isteri mereka semuanya dan digunakan untuk perbelanjaan peperangan. Jika tidak cukup maka barulah cukai baru kepada rakyat dikenakan.

Tentu sahaja pendapat ulama itu kurang disenangi oleh Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz. Namun, baginda akhirnya akur dengan saranan tersebut.

Berkat mematuhi saranan ulama berkenaan, juga restu rakyat, baginda akhirnya berjaya dalam misinya mengalahkan tentera Mongol pada 3 September 1260, di tempat yang bernama Ain Jalut. Kemenangan baginda ini menyebabkan tentera Mongol menghentikan usaha untuk menakluk negeri lain akibat kerugian dan kekalahan yang dialaminya.
Kesimpulannya “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”
Sekian, terima kasih. Wabillahitaufiq walhihadayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3.26.2011

Cobaannn....


Teringat dulu-dulu semasa aku belajar di IAIN, masa itu aku  menuntut ilmu di Fakultas Syariah dalam jurusan Perbandingan Mazhab dan Hukum. Seingat aku masa itu kawan-kawan aku beritahu jurusan inilah antara jurusan yang dianggap susah dan mampu membuat sesiapa yang mengambil jurusan ini jadi pening kepala, dan kelas aku masa itu cuma ada 6 orang pelajar termasuklah aku.

Bayangkanlah kita perlu membuat perbandingan antara 4 mazhab yang teramai pengikutnya, itu belum lagi termasuk mazhab yang kurang dikenali seperti Zohiri, ada juga belajar mazhab dalam Syiah iaitu mazhab Imam Jaafar. Dan jika hendak membuat perbandingan, sekurang-kurang mestilah mengetahui latarbelakangnya, usul fiqh setiap mazhab dan mengkaji kaedah istinbat setiap imam mazhab.

Siapa yang tidak kenal dengan Imam Abu Hanifah, Imam Malik bin Anas, Imam Syafie dan Imam Hambali (ntah-ntah ada di kalangan kita yang langsung tidak mengenali imam-imam ini).huhu…

Mesti ada yang terfikir apa tujuannya belajar jurusan perbandingan mazhab dan hukum ini. Huhu...kalau nak cerita tujuannya aku rasa memerlukan penjelasan yang panjang lebar. Secara ringkasnya tujuan belajar perbandingan atau fiqh muqaran ini ialah supaya kita menjadi manusia yang mempunyai kemerdekaan berfikir, tidak terlalu taksub kepada mana-mana pihak, tetapi kemerdekaan ini mestilah dalam lingkungan al-Quran dan al-Sunnah (pendapat peribadi jer ni).

Selama ini kita hanya diceritakan tentang ketinggian ilmu para imam-imam mazhab ini, tetapi kita kurang atau belum pernah mendengar cerita tribulasi atau ujian atau cobaan yang dihadapi oleh para imam-imam mazhab ini dalam melaksanakan perjuangan mempertahankan syariat Islam.

Di sini aku hendak berkongsi tentang ujian atau cobaan yang mereka hadapi.

Imam Malik bin Anas (semoga Allah merahmatinya). Beliau didera sebanyak 60 hingga 70 rotan. Kemudian beliau diikat dengan tali dan dinaikkan di atas punggung unta lalu diarak mengelilingi kota Madinah. Beliau didera kerana mengeluarkan fatwa bahawa talak di antara suami isteri yang dipaksa itu tidak sah dan sumpah yang dipaksa itu tidak sah. Gabenor Madinah, Jaafar bin Sulaiman al-Hasyimi mengarah beliau menarik balik fatwa itu tetapi beliau tetap bertegas dengan pendiriannya. Untuk makluman kepada yang belum tahu Imam Malik ini dianggap sebagai pengasas Mazhab Maliki.

Imam as Syafie ditangkap di Yaman semasa pemerintahan Harun al-Rasyid kerana dituduh menyokong Syiah. Beliau diperintah berjalan kaki dari Yaman ke Baghdad dalam keadaan tangan dirantai. Beliau mengambil masa 2 bulan perjalanan untuk sampai ke Baghdad. Di situ beliau dipenjarakan sebelum diadili. Di Malaysia, kita banyak menggunakan pendapat-pendapat dalam Mazhab Syafie. Imam Syafie pernah berguru dengan Imam Malik.

Imam Ahmad bin Hanbal didera dengan cemeti 38 kali sampai badan berdarah dan pengsan. Kemudian dipenjarakan di zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun. Kerana tidak mahu mengikuti pendapat bahawa al-Quran itu makhluk. Di zaman itu fahaman Mu’tazilah yang dipelopori oleh Wasil bin ‘Ata’ berkembang dan dilindungi oleh pemerintah. Imam Ahmad ini dianggap pengasas kepada Mazhab Hambali. Beliau pernah menjadi anak murid kepada Imam Syafie. Mazhab Hambali ini juga dianggap mazhab yang tegas dan keras.

Imam Abu Hanifah  diseksa dan dicabuk 110 kali di zaman khalifah Abu Jaafar al-Mansor. Beliau ditangkap oleh Gabenor Iraq, Yazid bin ‘Amer kerana tidak bersedia menerima jawatan Qadi. Beliau takut menerima jawatan rasmi itu kerana bimbang tidak dapat menjaga kesucian jiwa agama pada peribadinya. Beliau merasa lebih bebas berdakwah diluar lingkungan pemerintah. Akhirnya beliau dipenjarakan dan lehernya dirantai dengan besi yang berat. Setiap pagi beliau didera dengan cemeti sampai berdarah. Ibunya dibawa masuk memujuknya di dalam penjara, tetapi ditolaknya juga jawatan tersebut. Akhir sekali beliau dipaksa untuk meminum air yang mengandungi racun dan akhirnya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sujud kepada Allah SWT. Sebenarnya yang banyak berjasa mengembangkan mazhab Hanafi adalah Abu Yusof (dia merupakan sahabat dan anak murid kepada Imam Abu Hanifah).

Aku rasalah, jika imam-imam mazhab ni berada dalam zaman kita sekarang ini, mungkin sudah kena masuk dalam bangunan di Kamunting tu.

Sekian, terima kasih.


3.19.2011

No idea...


Dua hari yang lepas aku sekeluarga pergi jalan-jalan ke Kota Kinabalu. Perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu memakan masa lebih 2 jam atau 1 jam setengah. Tujuan asal kami ke Kota Kinabalu ialah melawat sepupu aku yang mengajar di Kota Kinabalu dan cari bateri ganti untuk laptop aku ni.

Dipendekkan cerita, bateri ganti laptop yang dicari-cari tak jumpa, akhirnya untuk mengubat kesedihan akibat tak dapat cari bateri laptop tu aku membeli sebuah buku.
Buku yang aku beli tu berjudul “Bagaimana hendak menjadi JUTAWAN HARTANAH: PANDUAN TERUNGGUL UNTUK MENJANA WANG BESAR DARIPADA PELABURAN HARTNAH”. Tengok tajuknya pun dah buat aku teringin nak beli buku ni. Pengarang buku ini ialah AZIZI ALI, aku pernah baca buku dia yang bertajuk JUTAWAN DARI PLANET JUPITER. Buku ini sebenar lebih kepada pengurusan kewangan atau cara kita menguruskan duit yang kita dapat.

Isi kandungan dalam buku ni memang bagus, lebih-lebih lagi bagi orang macam aku yang tidak ada ilmu tentang hartanah. Walaupun aku belum nak jadi jutawan hartanah sekurang-kurangnya aku ada sedikit pengetahuan ke arah nak jadi jutawan hartanah. Kan lebih baik kita tahu daripada kita tak tahu langsung. Hehe.

Sebut saja pasal cukai tanah dan cukai taksiran, langsung aku tak tahu. Bagi orang yang sudah pernah beli rumah mungkinlah diaorang tahu pasal cukai-cukai ni. Dengan baca buku ini dapatlah aku tahu secara ringkas pasal cukai-cukai ni, secara ringkas jer.
Di belakang buku ini tertulis ringkasan antaranya, “Hartanah telah menjadi salah satu mekanisma pembinaan kekayaan yang telah teruji dengan masa. Ia telah menjadi sumber pendapatan yang amat baik sejak beratus tahun dahulu. Buku ini menerangkan apa yang perlu anda lakukan, bagaimana melakukannya, bila hendak melakukannya dan mengapa anda perlu melakukannya. Ia akan menunjukkan semua langkah demi langkah supaya anda boleh mendapat faedah daripada pelaburan hartanah”.

Lagi satu dengan beli buku JUTAWAN HARTANAH tu aku akan dapat mengetahui:
- 5 faktor kejayaan yang kritikal dalam pelaburan hartanah.
- 8 perkara penting yang mesti ada dalam pelaburan hartanah.
- Lokasi hartanah yang menjadi rebutan di Malaysia.
- Apakah jenis hartanah yang menjadi pelaburan terbaik.
- Kaedah pembiayaan terbaik untuk pembelian hartanah.
- 4 cara untuk mendapatkan wang yang lumayan daripada hartanah.
- Bagaimana menghasilkan keuntungan daripada acara lelongan hartanah.
- Teknik-teknik mengenai hartanah yang berkesan di Malaysia.
- Tentang cukai keuntungan hartanah.

Hehe…dengan membaca buku ini belum tentu membuat aku jadi seorang jutawan hartanah, tetapi sekurang-kurang dapatlah sedikit sebanyak tentang buat duit dengan hartanah. Dan aku bukanlah seorang “mata duitan”. Kita sebagai manusia hanya berusaha sebaik mungkin dan Allah SWT jualah yang akan menentukan.

Sekian, terima kasih.

3.14.2011

Mas Kahwin Yang Hilang

Adakah kini anda sedang di alam percintaan? Dan.. sudah tidak ter"TAHAN-TAHAN" untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasih anda?

Tetapi.. disebabkan kos sara hidup yang agak tinggi pada masa kini, ditambah lagi dengan bebanan pelbagai hutang seperti PTPTN, kenderaan, kad kredit dan sebagainya,

menyebabkan anda SUKAR mengumpul wang untuk perkahwinan anda!


 

Bakal mertua sudah bertanya, "Bila nak masuk meminang?".. telinga berasap asyik mendengar soalan yang sama diajukan berulang-ulang kali.

Kalau ikutkan hati, sekarang juga anda nak kahwin. Tapi apakan daya.. duit simpanan belum cukup lagi.


 

Belanja perkahwinan zaman sekarang bukannya murah, duit hantaran sahaja sudah boleh mencecah hingga RM10,000, belum lagi campur dengan duit belanja kenduri?

barang-barang hantaran? sewa pelamin? upah mak andam? jurgambar? kad jemputan? bunga telur? cincin kahwin? sewa kanopi? catering?.. argghhh!! pendek kata,

kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin.


 

Kini jangan risau kerana Saudara Mohd Suhaimy a.k.a shuth ada menerbit ebook Mas Kahwin Yang Hilang.

Buku ini, akan menerangkan kepada anda tentang asas-asas teknik pengurusan kewangan yang betul KHUSUS untuk orang-orang

bujang yang sedang berusaha mengumpukan duit untuk perkahwinan mereka.


 

Dapatkan e-book ini di http://bit.ly/emaskahwin