5.22.2011

Haji Selamat Tinggal


Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh…. Yang dimuliakan barisan para pembaca yang membaca blog tersempoi saya ini. Semoga Allah Subhanahu wa ta’ala merahmati saya dan anda sekalian. :)
Pernah dengar tentang Haji Selamat Tinggal? Kalau anda belum pernah mendengar, mari sini….mari baca tulisan saya ini.

Haji Selamat Tinggal ini dalam bahasa arab dipanggil Hajjatul Wada…sekali lagi…HAJJATUL WADA…. :)
Kalau anda hendak tahu Hajjatul Wada ini merupakan satu-satunya ibadah haji yang dilakukan oleh Rasulullah SAW selepas beliau diutuskan sebagai Rasul. Dan merupakan haji yang terakhir oleh Nabi Muhammad SAW sebelum beliau wafat.

Kalau anda hendak tahu…ketika inilah Rasullullah SAW telah menyampaikan khutbah beliau yang termasyhur dan merupakan khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Anda hendak tahu apa isi khutbah terakhir Rasulullah SAW? 

Pejamkan mata….pejammmmmmkan mataaaaaa……

Tarik nafas………fuhhhhhhhh….. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani….

“Wahai manusia! Dengarlah sabdaku. Aku tidak tahu, boleh jadi aku tidak akan menemui kamu selepas tahun ini untuk selama-lamanya. 

Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. Ia mesti dihormati sebagaimana kehormatan hari kamu ini (Hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (Bulan Zulhijjjah). Kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu, lalu Dia akan menyoal kamu tentang amalan-amalan kamu. Sesungguhnya aku telah menyampaikan.
Sesiapa yang mempunyai amanah, hendaklah dia menunaikan amanah itu kepada pemberi amanah.

Semua amalan riba dihapuskan. Namunkamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah telah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan). Oleh itu, semua riba kepunyaan Abbas bin Abdul Mutttolib dihapuskan. 

Setiap tuntutan darah pada zaman jahiliah digugurkan. Tuntutan darah pertama yang aku gugurkan ialah darah Ibnu Rabiah bin al-Harith bin Abdul Muttolib (dia disusukan oleh Bani Laith dan dibunuh oleh Huzail). Dia merupakan tuntutan darah jahiliah pertama yang aku mulakan penguguran tuntutannya.

Wahai manusia! Syaitan telan berputus asa buat selama-lamanya untuk dia disembah lagi di bumi kamu ini. Namu sekiranya dia dipatuhi dalam perkaran lain yang kamu anggap lekeh, ia sudah cukup untuk menyenangkan hati nya. Oleh itu berwaspadalah terhadap agama kamu.

Wahai manusia! Perbuatan menangguhkan tarikh bulan-bulan haram adalah penambahan kepada kekufuran. Orang-orang kafir menyesatkan orang ramai dengan perbuatan itu. Mereka menghalalkan bulan tersebut untuk setahun dan mengharamkannya untuk setahun yang lain dengan tujuan melakukan perkara-perkara yang Allah haramkan. Justeru itu, mereka menghalalkan perkara yang diharamkan Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah. Waktu telah berputar sebagaimana keadaan asalnya pada hari Allah menciptakan langit dan bumi. Bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan. Empat bulan daripadanya adalah bulan haram: tiga bulan berturut-turut dan satu lagi ialah Rajab Mudhar yang berada antara Jamadil Akhir dengan Syaaban.

Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri-isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka tidak boleh membenarkan sesiapa yang kamu benci (sama ada lelaki mahupun wanita, mahram mahupun ajnabi) memasuki rumah kamu. Mereka juga tidak boleh melakukan perkara keji. Sekiranya mereka melakukannya, Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak keras. Sekiranya mereka berhenti daripada perbuatan-perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperolehi apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. 

Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku telah menyampaikan. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas, jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Wahai manusia! Dengar dan fahami sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara. Milik saudaranya tidak halal bagi seseorang kecuali apa yang diberikannya dengan rela hati. Oleh itu jangan kamu menzalimi diri-diri kamu.

Ya Allah, adakah aku telah menyampaikannya?”
(Sumber dari buku Sirah Nabi Muhammad SAW: Pengajaran dan Pedoman oleh Dr Mustafa as-Syibaie muka surat 196-198).

Agak-agaknya apa yang kamu perolehi selepas membaca khutbah terakhir Rasulullah SAW ini?

Sekian terima kasih.



5.11.2011

Tersebut alkisah ada seekor monyet yang bernama Monyet. Setiap hari Monyet bekerja sebagai pemetik buah kelapa. Monyet mendapat upah 3 biji pisang setiap hari. Monyet seorang anak yatim piatu, tidak berbapa tidak beribu.
Pada suatu hari seperti biasa Monyet bertugas sebagai pemetik buah kelapa tetapi cuaca pada hari itu sangat kuat sehingga pokok kelapa bergoyang-goyang. Mahu tidak mahu Monyet terpaksa juga memetik buah kelapa kerana pelanggan tuannya berkehendakkan buah kelapa pada hari itu juga. Monyet pun memanjat dan memaut batangkelapa dengan kuat sekali kerana ingin mengelakkan terjatuh ke tanah akibat angin yang kuat. Semakin kuat angin bertiup semakin kuat Monyet memaut batang kelapa. Setelah berusaha bersungguh-sungguh maka dapatlah jua Monyet memetik buah kelapa. Betapa puasnya hati Monyet kerana walaupun dilanda angin kencang dia tetap dapat memetik buah kelapa.
Pada keesokan hari Monyet menjalankan tugas seperti biasa. Tetapi cuaca hari sungguh baik sekali atau angin sepoi-sepoi bahasa. Ketika Monyet memanjat batang kelapa itu, angin sepoi-sepoi bahasa sentiasa menerjah ke muka Monyet. Monyet amat rasa senang dan tenang dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Semakin tinggi Monyet memanjat semakin seronok pula dilanda angin sepoi-sepoi bahasa. Lama-kelamaan akibat asyik dilanda angin sepoi-sepoi bahasa ini, Monyet makin merasa tenang dan menyebabkan mata semakin mengantuk…mengantuk dan terus mengantuk. Akhirnya akibat terlalu mengantuk dek penangan angin sepoi-sepoi bahasa, Monyet tidak tidak sedar yang dia melepaskan tangan dari batang kelapa. Akhirnya Monyet terjatuh jua ke tanah.
Kesimpulan dari cerita ini adalah:
Kadang-kadang apabila seorang itu ingin berjaya mencapai matlamat, dia akan menghadapi bermacam-macam tekanan yang datang dari sekelilingnya. Semakin kuat tekanan yang dihadapi maka semakin kuat pula keazaman untuk berjaya. Dalam menghadapi tekanan-tekanan itu dia tidak lupa untuk menambah ilmu dan menimba pengalaman dari orang yang berpengalaman. Semakin ditekan semakin ia melawan.
Tetapi jika kita sentiasa berada dalam situasi “angin-angin sepoi bahasa tadi” kita mungkin akan terleka dalam kesenangan…semuanya senang. Bila kita sudah berada dalam zon selesa, kita akan suka berada dalam di mana kita berpijak sekarang ini. Biarlah berada ditakuk lama pun, yang penting aku senang…senang dan terus senang.
Jadi, anggaplah tekanan yang kita hadapi sebagai pembakar semangat untuk terus maju ke hadapan. Andaikata kita sudah tidak mampu mengawal tekanan, cubalah untuk rehat sebentar, mungkin kita boleh ambil air wuduk, baring-baring dan sebagainya.
Sekian terima kasih.