6.26.2011

"Saya gila tapi bukan bodoh".


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dengar ya kawan-kawan.... hari ini aku bercerita dengan kawan-kawan semua. Cerita ini aku dengar daripada kawan aku. Cerita ini aku cuba olah dengan gaya aku sendiri. Jadi mari kita baca cerita ini...

Pada suatu hari, berdekatan dengan sebuah rumah sakit jiwa. Ada seorang lelaki yang mengalami tayar pancit betul-betul berhampiran longkang besar di tepi pagar padang rumah sakit jiwa. Lelaki ini terus melaksanakan kerja-kerja menukar tayar ganti, tetapi skru atau nat tayar  tiba-tiba terjatuh ke dalam longkang besar. Kebetulan pula di tepi pagar ada seorang lelaki dari rumah sakit jiwa yang dari tadi memerhati perlakuan lelaki tersebut.
Lelaki tersebut cuba masuk ke dalam longkang yang kotor  untuk mencari skru tayarnya. Apabila lelaki tersebut sudah berada dalam longkang besar yang kotor itu, tiba-tiba lelaki gila tadi telah menegur lelaki dalam longkang tadi.

"Woi, orang gila, kau gila ke, kenapa kau masuk dalam longkang yang kotor tu?"

Lelaki tadi membalas, "Apasal pula aku yang gila, kau yang gila...huh".

Lelaki gila tadi memberitahu,

"Buat apa kau cari skru dalam longkang ni, susah nak jumpa. Kan lebih baik kau ambil dari setiap tayar satu skru, lepas tu kau pasanglah ke tayar yang kau nak pasang tadi. Lepas ni ko pegilah skru yang baru".

" Aik, boleh pakai juga idea ko ni, tapi kenapa ko boleh masuk rumah sakit jiwa ni?".

Lelaki gila tadi dengan selamba menjawab:

"AKU GILA, BUKAN BODOH, KAU TU TAK GILA TAPI BODOH".

Pengajaran dari cerita ini, korang fikirlah sendiri. :)

Pakcik Kayo... :)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Apa kabar? Ada baik?

Sekarang ni aku sedang berfikir-fikir tentang pelaburan unit amanah. Bila sebut pelaburan saja, sudah tentulah tujuannya untuk menambahkan lagi duit aku. Banyak tujuan aku yang kena guna duit, tujuan nak beli kereta kena ada duit, beli rumah atau tanah pun kena duit, buat persediaan untuk pendidikan anak-anak nati pun kena ada duit, nak bersara pun nanti kena ada duit, boleh dikatakan semuanya sekarang ini kena ada duit. Dah le nak guna duit tu bukannya seringgit dua ringgit tapi mencecah puluhan ribu, ratusan ribu woooo.... jadi nak tak nak, aku kena buat saving atau simpanan... Menyimpan duit ni bolehlah diibaratkan sebagai kubu pertahanan. Dalam strategi nak berperang atau main bola, sebelum sesuatu serangan sama ada berperang atau main bola, sistem pertahanan mestilah diperkukuhkan terlebih dahulu. Bila pertahanan dah mantap barulah sedap kita nak menyerang. Saving atau menyimpan ibarat pertahanan, jadi ibaratnya menyerang ialah melabur atau investment. Bila simpanan kita dah mantap, barulah kita sesuai untuk melabur.

Ada seorang pakar bab ini berkata, sebenarnya bukan bentuk perlaburan itu yang membuatkan kita jadi orang berduit tetapi menjadikan kita orang yang berduit ialah ILMU...ILMU. Sebagai contoh, bukannya pelaburan emas, hartanah, saham, unit amanah dan lain-lain yang membuat kita jadi berduit tetapi ILMU tentang pelaburan itu sendiri yang menyebabkan kita pandai menguruskan wang.

Jadi, aku tengah bercadang nak melabur dalam unit amanah. Setakat ini aku ada cuba AHB atau Amanah Hartanah Bumiputera. Dan aku masih mengkaji produk unit amanah yang lain.

Apa itu unit amanah?

Unit trust atau unit amanah adalah pelaburan secara kolektif oleh para pelabur yang mempunyai objektif yang sama supaya mengumpulkan simpanan mereka dan dilaburkan dalam portfolio sekuriti atau aset lain yg diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional.
Pelabur didalam Unit Amanah tidak membeli saham/sekuriti dalam portfolio secara langsung.Pemilikan pelabur didalam pelaburan unit amanah ini akan diberi didalam bentuk “unit”.Oleh itu setiap pelabur dipanggil sebagai “Pemegang Unit”
Duit semua pelabur akan dilaburkan ke sekuriti pelaburan mengikut pemilihan kelas unit amanah dilaburkan.Terdapat risiko yang perlu diketahui oleh pelabur dalam membuat pelaburan mereka.Setiap kelas unit amanah mempunyai risiko tersendiri.Kebiasaanya pelaburan yg mempunyai risiko tinggi, mempunyai pulangan yang tinggi.Dan sebaliknya,pelaburan yg mempunyai risiko rendah, mempunyai pulangan yg rendah. Sumber: http://www.dinsblog.com/unit-trust/apa-itu-unit-amanah.html

Antara unit amanah yang sedang  aku kaji ialah Public Mutual (yang islamic ler). Dan ebook pasal unit amanah kat sini Ebuku Unit Amanah . Lepas ni nak cari buku berkaitan di kedai buku.

Sekian terima kasih.

6.08.2011

Jenis-jenis cikgu :)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Cikgu garang : Garang-garang cikgu ini, kalau bukan sebab golongan cikgu sebegini, mungkin sifat degil sukar dilenturkan, membuatkan diri ini membentuk disiplin yang lebih dalam pembelajaran. Terima kasih cikgu yang garang, menjadikan anak muridnya sebagai pemenang.

Cikgu lembut : Lawan kepada cikgu garang, bukan bermaksud awww ~ ~ Tapi kelembutan mereka dalam memberikan yang terbaik meredakan ketegangan semasa menjalani proses pembelajaran. Terima kasih cikgu lembut, menjadikan anak muridnya sebagai lembut, aww, eh? Bukan, membentuk ketenangan dalam berjuang.

Cikgu lawak : Ini kompom antara feveret punya, sentiasa ada sahaja dalam menceriakan kehidupan anak muridnya. Tidak bosan dalam mempelajari sesuatu. Terima kasih cikgu lawak, menghilangkan segala kekalutan dalam mengenal ilmu.

Cikgu mesra : Kemesraan menjadikan dirinya disenangi. Tidak kisah melayan karenah anak muridnya, apatah lagi selalu menjawab pertanyaan agar diri ini lebih memahami. Terima kasih cikgu mesra, kerana memberi yang terbaik bagi menjadikan anak muridnya lebih memahami sesuatu.

Cikgu penyeri : Cikgu ini mendidik dengan emosinya, banyak memberi didikan dengan kasih sayang, supaya si pembimbing ni tak teralih haluan. Banyak mengajar ilmu perasaan dan ERT kepada pelajarnya. Cikgu ini adalah suami atau isteri.

Cikgu tersayang : Cikgu ini bukan sebarang cikgu, sebab mereka merupakan ibu bapa kita. Pendidik yang sentiasa bersama kita, mengajar berdasarkan asam garam hidup mereka. Sebab itu wajib kita memuliakan ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka. Merekalah pendidik yang sentiasa di sisi kita. Terima kasih cikgu tersayang.

Cikgu teragung : Ini cikgu segala cikgu. Apa yang diajar adalah sesuatu yang tinggi nilainya dimataNya. Apa yang disuruh kita buat, apa yang dilarang jangan lakukan, mana perlakuannya kita ikuti, dialah baginda Rasulullah s.a.w. Sunnahnya kita jadikan panduan, kitabnya yang diwariskan adalah Al-Quran, selawat merupakan terima kasih kepada baginda.

Sumber:
http://www.solihinzubir.com/2011/05/cikgu-garang-lembut-lawak-mesra-penyeri.html