1.29.2011

Kepintaran Lukman Al-Hakim

Wahai kawan-kawan…mari dengar cerita

Kisah Luqman yang pintar dan juga bijaksana

Wahai kawan-kawan mari bersama…

Kita hayati dan bermuhasabah


 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…


 

Bismillahirahmanirrahim…


 

Kepada Tuan Pengerusi Majlis dan para Juri Hakim yang adil lagi bijaksana seterusnya pada rakan-rakan sekalian.


 

Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang berjudul "Kepintaran Lukmanul Hakim"


 

Pada zaman dahulu, di sebuah lembah yang kering, terdapat sebuah kampung yang aman dan damai. Di kampung tersebut terdapat seorang hamba Allah yang pintar lagi bijaksana, beliau adalah Luqmanul Hakim yang bermaksud Lukman Yang Bijaksana.


 

Kepintaran beliau telah disebut di dalam Al-Quran, Surah Luqman ayat yang ke 12:


 

ôs)s9ur
$oY÷s?#uä
zyJø)ä9
spyJõ3Ïtø:$#
Èbr&
öä3ô©$#
¬!
4
`tBur
öà6ô±tƒ
$yJ¯RÎ*sù
ãä3ô±o
¾ÏmÅ¡øÿuZÏ9
(
`tBur
txÿx.
¨bÎ*sù
©!$#
;ÓÍ_xî
ÓÏJym
ÇÊËÈ

Dan Sesungguhnya Telah kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), Maka Sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".


 

Kawan-kawan nak tahu tak…….? Luqmanul Hakim adalah seorang hamba Allah yang soleh dan juga pakar dalam pendidikan anak-anak. Beliau telah mendidik anaknya dengan penuh hikmah dan kasih sayang sebagai seorang ayah.


 

Pada suatu hari……..Luqman dan anaknya berehat sambil menghirup udara segar, pada kesempatan itu…..Luqman pun berkata kepada anaknya, di mana peristiwa ini telah disebut dalam surah Luqman dari ayat 13hingga 18.


 

Dengan penuh kasih sayang, Luqman pun memeluk dan membelai anaknya dan berkata:


 

"Wahai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah kerana kekuasan Allah menyeliputi segenap makhluk yang ada di dunia ini. Ketahuilah anakku….syirik itu adalah perbuatan zalim yang pasti akan membinasakan dirimu sendiri".


 

"Wahai anakku, Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.


 

"Wahai anakku, Dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan Bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).


 

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri".


 

Di samping itu, terdapat juga kisah yang dikaitkan dengan Luqman iaitu kisah Luqman menasihati anaknya tentang telatah manusia.


 

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.


 

Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, "Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu.

Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula,

"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang ajar anak itu."

Setelah mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya.

Kemudian orang ramai pula berkata lagi,

"Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh karena tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,

"Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."sungguh tidak bijak mereka itu".

Setelah melintas kawasan pasar dan dalam pejalanan pulang ke rumah, Lukman Al-Hakim memecah kesunyian dan berkata kepada anaknya…..

"Wahai anakku amanah Allah, tahukah engkau apakah peristiwa yang kita lalui bersama tadi?"

Lalu anaknyapun menjawab….

"Apa dia ayahku, aku lihat ramai orang di pasar sedang berurus niaga".

"Itu memang benar anakku…tapi ada lagi urusniaga yang lebih besar yang perlu kamu ketahui, iaitu tentang sikap buruk dan telatah manusia yang terkadang tidak disedari".

"Sikap buruk?" Tanya anaknya dengan kebingungan….

"Ya….Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari memperkatakan manusia atau mengumpat orang lain. Ingatlah anakku….bukti orang yang berakal tiada dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah saja. Ini bermakna, seseorang hanya menceritakan hal rang lain hanya kerana untuk kebaikan semata-mata. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,

"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya seseorang tidak menjadi fakir melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, yaitu:

Tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdaya orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya) dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Kawan-kawan……..rasanya sudah panjang lebar saya bercerita tentang kepintaran dan keistimewaan Luqmanul Hakim. Takut terlebih pula masa yang diberikan. Apapun…..sebelum saya mengundur diri, ingin saya menyimpulkan bahawa kisah ini banyak memberi pengajaran yang berguna kepada kita.

Antaranya ialah:

  • Perbuatan syirik kepada Allah adalah dosa besar
  • Setiap amalan kita samada yang besar atau kecil tetap akan dibalas oleh Allah
  • Mendirikan sembahyang, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan bersabar di atas setiap dugaan.
  • Allah tidak suka kepada orang yang sombong
  • Nilailah diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita menilai orang lain.

Dengan ini sekian dahulu cerita saya untuk kali ini, wabillahitaufiq walhidayah……………………..

p/s: teks cerita ini pernah digunakan oleh murid sekolah aku ketika MTQ Tahun 2010 Peringkat Zon Utara, Ranau, Sabah.

1.10.2011

Catatan Awal 2011

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita semua masih berada di atas muka bumi Allah ini untuk menambah bekalan yang bakal dibawa pada Hari Pembalasan nanti. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW, atas ahli keluarganya, para sahabatnya dan seluruh muslimin dan muslimat.


 

Subhanallah, macam sudah lama rasanya tidak menulis dalam "blog sempoi" aku ini. Bukannya apa kadang-kadang "mood" untuk berkongsi sesuatu dalam blog ini hilang sekejap,mungkin dek kesibukan mengurus urusan dunia dan urusan akhirat. :) Sementara si Nur Masyithah (anak aku) ini sudah pandai menanggalkan keypad kat laptop aku ini dan Masyithah juga sudah pandai "mengemas rumah" dengan kata lain dia sudah pandai menghambur barang-barang dalam rumah yang mana aku dan isteri aku memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, walaupun Masyithah suka menghambur barang-barang, aku dan isteri aku tetap sayang Masyithah. :)


 

Dan dalam bulan ini juga, aku terpaksa melepaskan pangkat "prebet lapok" dalam 3 502 AW, kerana aku dah berkeluarga, perut dah semakin maju ke hadapan, dan sudah hampir setahun lebih aku berpindah ke Ranau, Sabah. Apa yang penting penyertaan aku ke AW banyak juga memberi pengalaman, antaranya kepimpinan, semangat setiakawan. Tak dapat ikut latihan akhir tahun yang membolehkan aku naik pangkat juga terpaksa dilepaskan walaupun dalam hati nak sangat ikut latihan. Buat masa aku mesti menumpukan tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab mendidik anak-anak murid di sekolah dengan sebaik mungkin.


 

Bila masuk sahaja tahun 2011, terasa umur kita ini semakin lama semakin berkurang, entah bila kita dijemput, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari yang telah lepas. InsyaAllah. Barangsiapa yang hanya mengejar dunia, hanya dunia sahaja dia dapat. Barangsiapa yang mengejar akhirat, insyaAllah…dunia dan akhirat dia akan perolehi. Barangsiapa yang inginkan kejayaan di dunia mestilah dengan ilmu, barangsiapa inginkan kejayaan di akhirat mestilah dengan ilmu, barangsiapa yang inginkan kejayaan di dunia dan di akhirat mestilah juga dengan ilmu.


 

Dan sejak akhir-akhir ini juga telah menunjukkan kenaikan harga barang dan menyebabkan kos sara hidup semakin lama semakin meningkat, dan berkurang nilai mata wang akibat inflasi. Apa yang boleh aku kongsikan di sini, seperti yang selalu di katakan oleh pakar perancang kewangan…simpanlah sekurang-kurangnya 10% daripada gaji yang kita dapat, upahlah diri kita dulu sebanyak 10% sebelum kita leburkan duit kita pada orang lain.


 

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kesedihan dan kesusahan, perasaan lemah dan malas, sikap bakhil dan penakut, hutang yang menyibukkan fikiran (dan mengacau hatiku) dan orang yang menindasku".