7.26.2011

Petuanya....4 perkara.


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada sesiapa yang membaca blog “simple” aku ini. Syukur kepada Allah SWT kerana kita semua ini masih diberi kesempatan untuk melakukan kebaikan, dan semoga dengan kebaikan ini akan menjadi  tiket untuk memperolehi kebahagiaan di akhirat kelak :) InsyaAllah. 

Selawat dan salam kepada Muhammad SAW  dan ahli keluarga beliau serta sahabat-sahabat  beliau, para cerdik pandai ilmuan Islam dan seluruh muslimin muslimat, Allah merahmati mereka, dan semoga aku dan kamu semua sentiasa mendapat rahmat Allah SWT setiap saat.

Hehe…macam hendak berceramahlah pula mukaddimah aku ini. Selepas mengemas rumah dan sambil hendak mengambil isteri dari sekolah dan mengambil anak dari pengasuh, tiba-tiba sahaja tergerak hati aku ini hendak menulis dalam blog.

Apa yang aku hendak coret ini ialah berkaitan dengan kebahagiaan untuk jangka masa yang terlalu panjang kalau dapat berpanjangan sehingga ke syurga Firdaus. InsyaAllah.  :)

Di sini aku ingin berkongsi satu petua, bagaimana untuk mencapai kebahagiaan dalam jangka masa yang sangat-sangat panjang. Bagi aku salah satu cara untuk mencapai kebahagiaan tersebut ialah dengan mengamalkan petua ini terlebih dahulu. Jeng...jeng...jeng...








Petuanya ialah:

“Dinikahi perempuan itu atas dasar 4 perkara, kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikkanya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan” .  Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Nah…Rasulullah SAW sudah beritahu petua untuk memperolehi kebahagiaan atau keuntungan, pertama sekali ialah memilih manusia yang beriman kepada Allah dengan sebaik-baiknya. 

Ketahuilah olehmu bahawa…..

….Peranan isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan. Selain menjadi menjadi penyeri hidup seorang suami, dan....isteri juga harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak, menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya.

Sekian, Thank You... :)




7.22.2011

Kisah seorang jutawan sederhana.

Warren Edward Buffet adalah seorang jutawan terkenal dunia. Terkenal sebagai pelabur, ahli perniagaan dan dermawan, beliau ini sebenarnya dilahirkan di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat. Dilahirkan pada 30 Ogos 1930, beliau pernah ditabalkan sebagai antara 100 individu dunia yang berpengaruh oleh Majalah Times. Sifat dermawannya terbukti apabila mencatat rekod derma terbesar di Amerika Syarikat yang berjumlah USD31 bilion. Berikut adalah serba sedikit perkara menarik berkenaan Warren Buffet:

1. Pada usia 11 tahun, dah beli saham sendiri. Pada hari ini, beliau menyesal sebab memulakannya pada usia yang lewat!

2. Pada usia 14 tahun, dah beli ladang kecil dari simpanannya sendiri hasil daripada bekerja sebagai penghantar surat khabar.

3. Pada hari ini, beliau masih tinggal di rumah sederhana besar 3 bilik di Bandar Omaha, yang dibelinya ketika berkahwin lebih kurang 50 tahun dahulu. Menurutnya segala apa yang diperlukan adan di situ dan rumah itu begitu selesa baginya. Tiada pagar atau tembok yang mengelilingi rumahnya itu.

4. Memandu sendiri keretanya tanpa mempunyai pemandu atau pengawal di sekelilingnya.

5. Tidak pernah memiliki dan menaiki jet peribadi jika ada urusan di luar negara walaupun memiliki sebuah syarikat jet terbesar dunia.

6. Syarikatnya iaitu Berkshire Hathaway mempunyai 63 anak syarikat. Beliau hanya menulis satu perkataan sahaja untuk setiap pengurus anak syarikatnya iaitu sasaran keuntungan setiap tahun. Beliau tidak pernah mengadakan mesyuarat atau menghubungi mereka selalu, Cuma memberi 2 peraturan kepada setiap pengurus itu. Pertama, jangan rugikan duit pemegang saham. Kedua, jangan lupa peraturan pertama!

7. Tidak bersosial dengan masyarakat korporat. Lepas pulang daripada kerja, apa yang dibuatnya ialah makan pop corn sambil tengok TV.

8. Tidak menggunakan telefon bimbit sehinggalah tahun 2007 dan sampai sekarang, e-melnya masih belum wujud!

Pesanan beliau pada orang muda:

1. Jauhi daripada menggunakan kad kredit dan melaburlah untuk diri sendiri.
2. Manusia menjadikan wang, tetapi wang tidak menjadikan manusia.

3. Jangan buat apa yang orang lain katakana, dengar saja, tetapi buat apa yang kamu fikirjan terbaik.

sumber:
http://www.mysembang.net/v10/index.php/topic,5533.0.html

7.09.2011

Dunia Ini Sentiasa Berputar.

Assalamualaikum WBT....dan salam sejahtera ke atas anda yang terbaca blog "simple" saya ini.

Dunia ini sentiasa berputar.... sekejap kanan sekejap kiri... sekejap terang sekejap gelap... ada malam ada siang...sekejap kita kaya sekejap lagi kita mungkin jatuh miskin... akhirnya sekejap tadi kita masih bernafas, mungkin sekejap lagi kita tak mungkin bernafas lagi... tinggal amalan saja yang kita bawa....

Jadilah manusia yang suka memberi... :)