6.26.2011

Pakcik Kayo... :)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Apa kabar? Ada baik?

Sekarang ni aku sedang berfikir-fikir tentang pelaburan unit amanah. Bila sebut pelaburan saja, sudah tentulah tujuannya untuk menambahkan lagi duit aku. Banyak tujuan aku yang kena guna duit, tujuan nak beli kereta kena ada duit, beli rumah atau tanah pun kena duit, buat persediaan untuk pendidikan anak-anak nati pun kena ada duit, nak bersara pun nanti kena ada duit, boleh dikatakan semuanya sekarang ini kena ada duit. Dah le nak guna duit tu bukannya seringgit dua ringgit tapi mencecah puluhan ribu, ratusan ribu woooo.... jadi nak tak nak, aku kena buat saving atau simpanan... Menyimpan duit ni bolehlah diibaratkan sebagai kubu pertahanan. Dalam strategi nak berperang atau main bola, sebelum sesuatu serangan sama ada berperang atau main bola, sistem pertahanan mestilah diperkukuhkan terlebih dahulu. Bila pertahanan dah mantap barulah sedap kita nak menyerang. Saving atau menyimpan ibarat pertahanan, jadi ibaratnya menyerang ialah melabur atau investment. Bila simpanan kita dah mantap, barulah kita sesuai untuk melabur.

Ada seorang pakar bab ini berkata, sebenarnya bukan bentuk perlaburan itu yang membuatkan kita jadi orang berduit tetapi menjadikan kita orang yang berduit ialah ILMU...ILMU. Sebagai contoh, bukannya pelaburan emas, hartanah, saham, unit amanah dan lain-lain yang membuat kita jadi berduit tetapi ILMU tentang pelaburan itu sendiri yang menyebabkan kita pandai menguruskan wang.

Jadi, aku tengah bercadang nak melabur dalam unit amanah. Setakat ini aku ada cuba AHB atau Amanah Hartanah Bumiputera. Dan aku masih mengkaji produk unit amanah yang lain.

Apa itu unit amanah?

Unit trust atau unit amanah adalah pelaburan secara kolektif oleh para pelabur yang mempunyai objektif yang sama supaya mengumpulkan simpanan mereka dan dilaburkan dalam portfolio sekuriti atau aset lain yg diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional.
Pelabur didalam Unit Amanah tidak membeli saham/sekuriti dalam portfolio secara langsung.Pemilikan pelabur didalam pelaburan unit amanah ini akan diberi didalam bentuk “unit”.Oleh itu setiap pelabur dipanggil sebagai “Pemegang Unit”
Duit semua pelabur akan dilaburkan ke sekuriti pelaburan mengikut pemilihan kelas unit amanah dilaburkan.Terdapat risiko yang perlu diketahui oleh pelabur dalam membuat pelaburan mereka.Setiap kelas unit amanah mempunyai risiko tersendiri.Kebiasaanya pelaburan yg mempunyai risiko tinggi, mempunyai pulangan yang tinggi.Dan sebaliknya,pelaburan yg mempunyai risiko rendah, mempunyai pulangan yg rendah. Sumber: http://www.dinsblog.com/unit-trust/apa-itu-unit-amanah.html

Antara unit amanah yang sedang  aku kaji ialah Public Mutual (yang islamic ler). Dan ebook pasal unit amanah kat sini Ebuku Unit Amanah . Lepas ni nak cari buku berkaitan di kedai buku.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan