8.24.2011

Adab bersahabat.


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kawan-kawan semua. Semoga hari ini, esok dan semalam kita sentiasa di dalam rahmat Allah SWT. Selawat dan salam untuk Rasulullah SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya dan seluruh muslimin dan muslimat. :)

Hari ini saya hendak tulis tentang adab bersahabat. Hehe…dalam mencari sahabat pun kena ada adab ke?

Firman Allah Taala:

“Dan janganlah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya”. Surah al-Kahfi ayat 28.

Hadis dari Rasulullah SAW yang mafhumnya:

“Seseorang itu atas agama rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”.

Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat atau kawan, antaranya:

1.       Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2.       Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.

3.       Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.

4.       Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Saidina Ali k.m.h pernah berkata:

“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu”.

Jadi…renung-renungkanlah…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan