8.25.2011

Di manakah terletaknya penghujung selatan benua asia?

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Hari ini saya hendak berkongsi dengan kawan yang belum tahu lagi pasal ni, Kalau kawan2 hendak tahu rupa-rupanya penghujung benua Asia terletak di Malaysia…ulang sekali lagi…penghujung selatan benua Asia terletak di Malaysia. Lebih tepatnya ia teletak di Tanjung Piai, Johor,

Kat sini saya kutip sedikit maklumat dari Wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanjung_Piai


Tanjung Piai merupakan kawangan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia. Kini Tanjung Piai menjadi nama kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian.
Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langir Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.

Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia' yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya.


Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

8.24.2011

Adab bersahabat.


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kawan-kawan semua. Semoga hari ini, esok dan semalam kita sentiasa di dalam rahmat Allah SWT. Selawat dan salam untuk Rasulullah SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya dan seluruh muslimin dan muslimat. :)

Hari ini saya hendak tulis tentang adab bersahabat. Hehe…dalam mencari sahabat pun kena ada adab ke?

Firman Allah Taala:

“Dan janganlah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya”. Surah al-Kahfi ayat 28.

Hadis dari Rasulullah SAW yang mafhumnya:

“Seseorang itu atas agama rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”.

Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat atau kawan, antaranya:

1.       Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2.       Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.

3.       Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.

4.       Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Saidina Ali k.m.h pernah berkata:

“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu”.

Jadi…renung-renungkanlah…..