8.22.2010

Cantik Tapi Beracun

Kalau saudara-saudara lihat gambar di sebelah saya rasa saudara-saudara semua sudah tentu biasa melihatnya bukan? Aku pun tidak pasti apa nama sebenar pokok hiasan, ada yang panggil pokok puding dan ada juga yang panggil pokok keladi hiasan dan lain-lain. Ini antara tanaman hiasan yang selalu digunakan sebagai perhiasan di halaman atau di dalam rumah.

Tetapi sebenarnya pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Selain itu ia juga senang tumbuh berdasarkan iklim negara ini. Daunnya yang besar dan hijau; menyebabkan ianya selalu diletak di kawasan taman awam.

Sebagai rujukan saudara-saudara boleh rujuk di laman sesawang ini:

http://plantamor.com/index.php?CatID=13

http://www.rahsiataman.com/Taman/Tumbuhan%20landskap/tumbuhan%20beracun/tumbuhan%20beracun.html

http://images.google.com.my/images?sourceid=navclient&rlz=1T4HPAA_enMY250MY277&q=tumbuhan+beracun&um=1&ie=UTF-8&ei=bpeaSoqiF4yOkQW5pcGrAg&sa=X&oi=image_result_group&ct=title&resnum=4&biw=1280&bih=540

http://museum.gov.ns.ca/poison/?section=plants

http://www.botanical-online.com/alcaloidesangles.htm

Kebanyakkan artikel tentang tumbuhan beracun ini terdapat dalam bahasa Inggeris. Saudara boleh terjemah guna Google Translation http://translate.google.com.my/?hl=en&tab=wT#

Kalau hendak tahu lebih banyak boleh bertanya dengan Pakcik Google. Ok. Selamat Berpuasa.

Cantik tak semestinya berguna, adakalanya buruk tapi berguna.


 


 

8.07.2010

Kupu-kupu Tak Dapat Terbang.

Alhamdulillah, hari ini hari sabtu, buat kerja macam biasa, kemas rumah, basuh pinggang mangkuk dan Pergi sekolah sebab ada Program Kecemerlangan UPSR tahun ini, semoga dengan program tersebut mereka akan mendapat 5A dan kejayaan yang cemerlang dalam PMR, SPM, STPM, O Level, A Level dan MUET sehinggalah lulus ujian di padang mahsyar kelak, lulus dengan cemerlang sehingga berjaya memasuki Surga Firdausi.

Setelah habis program, balik rumah, sambung semula kerja-kerja mengemas rumah, kan Kerbesihan Itu Separuh Daripada Iman. Waktu mengemas tu aku terjumpalah dua helai kertas yang aku simpan sejak aku belajar di Indonesia dulu. Alhamdulillah, jumpa juga dengan kertas ini, yang memang aku niat hendak tulis dalam blog aku ini. Cerita ini aku dapat dari seorang kakak senior masa aku studi di Indonesia dahulu. Ini cerita motivasi, bukan cerita cakap kosong. Cerita ini mampu memberi kekuatan atau meningkatkan kecerdasan INTRAPERSONAL kamu.

Jadi aku ingin berkongsi cerita ini dengan kamu semua. Bacalah… Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

"Seseorang menemukan kepompong seekor kupu-kupu.

Suatu hari lubang kecil muncul. Dia mengamati dalam beberapa jam

calon kupu-kupu itu ketika dia berjuang memaksa dirinya melewati lubang kecil itu.


 

Kemudian kupu-kupu itu berhenti membuat kemajuan. Kelihatannya

dia telah berusaha semampunya dan dia tidak bisa lebih jauh lagi.

Akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya. Dia

mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kekangan dari

kepompong itu. Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya.


 

Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya

mengkerut . Orang tersebut terus mengamatinya karena dia berharap

bahwa, pada suatu saat, sayap-sayap itu akan mekar dan melebar

sehingga mampu menopang tubunya, yang mungkin akan

berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, semuanya

tidak pernah terjadi. Kenyataannya, kupu-kupu itu menghabiskan sisa

hidupnya merangkak di sekitarnya, dengan tubuh gembung dan sayap-

sayapnya mengkerut. Dia tidak pernah bisa terbang.


 

Yang tidak dimengerti dari kebaikan dan ketergesaan orang tersebut

adalah bahwa kepompong yang menghambat dan perjuangan

yang dibutuhkan kupu-kupu untuk melewati lubang kecil adalah jalan Tuhan

untuk memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam

sayap-sayapnya sedemikian sehingga dia akan siap terbang begitu dia

memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.


 

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam

hidup kita. Jika Allah SWT membiarkan kita hidup tanpa hambatan

perjuangan, itu mungkin justru akan melumpuhkan kita. Kita mungkin

tidak sekuat yang semestinya yang dibutuhkan untuk menopang cita-

cita dan harapan yang kita mintakan.


 

Kita mungkin tidak akan pernah dapat "terbang". Sesungguhnya

Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


 

Kita memohon kekuatan… dan Tuhan memberi kita kesulitan-kesulitan

untuk membuat kita tegar.


 

Kita memohon kebijakan… Dan tuhan memberi kita berbagai persoalan

hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.


 

Kita memohon kemakmuran… Dan tuhan memberi kita Akal dan

Tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai

Kemakmuran.


 

Kita memohon keteguhan hati… Dan Tuhan memberi kita bencana dan

bahaya untuk diatasi.


 

Kita memohon cinta… Dan Tuhan memberi kita orang-orang yang

bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.


 

Kita memohon kemurahan dan kebaikan hati… Dan Tuhan memberi

kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.


 

Begitulalah cara Tuhan (Allah SWT) membimbing kita…


 

Apakah saya tidak memperoleh yang saya inginkan, bahwa

saya tidak mendapat segala yang saya butuhkan?


 

Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan yang kita minta, tapi dengan

pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakkan kita

tidak mengerti , mengenal, bahkan tidak mau menerima rencana

Tuhan, padahal justru itulah yang terbaik untuk kita.


 

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar… meskipun ribuan mata tidak

melihatnya."


 

Dah selesai baca?

Apa kesimpulan yang kamu dapat?

Adakah kamu yakin, bahawa setiap insan di atas muka bumi ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri?


 

Jadi, adakah kamu tahu apakah tujuan kamu dijadikan?

Jawabnya:

Allah telah berfirman….

TIDAK AKU JADIKAN JIN DAN MANUSIA SEMATA-MATA HANYA UNTUK BERIBADAT KEPADA-KU


 

Sesungguhnya solatku, hidupku, matiku hanya untuk Allah SWT.