12.13.2010

Amanah Hartanah Bumiputera

PHB lancar Amanah Hartanah Bumiputera
Oleh Anwar Husin dan Ahmad Fiesal Othman
bhbiz@bharian.com.my
2010/11/30

Pelaburan minimum RM500 dengan saiz 1 bilion unit

PELABURAN Hartanah Bhd (PHB), anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang membolehkan pelabur Bumiputera melabur dalam hartanah utama dengan pelaburan permulaan minimum sebanyak RM500.


 

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif PHB, Kamalul Arifin Othman, berkata dana AHB dengan saiz 1 bilion unit itu bertujuan memberikan peluang kepada Bumiputera meningkatkan pegangan dalam hartanah komersial di lokasi strategik dalam negara yang hanya membabitkan pendapatan yang terbit daripada pelaburan hartanah yang mematuhi Syariah.

Beliau berkata, AHB akan memberi tumpuan utama kepada pelaburan dalam hartanah yang memberi pendapatan stabil dan kadar hasil yang bertambah.

"Kami menjangkakan AHB mampu menawarkan pulangan sekurang-kurangnya enam peratus setahun berdasarkan nilai pulangan pelaburan hartanah komersial di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur yang kami jadikan penanda aras," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran AHB di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran AHB di sempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Skim AHB diumumkan oleh Najib yang juga Menteri Kewangan ketika pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini bagi memberi peluang kepada golongan Bumiputera meningkatkan lagi penyertaan mereka dalam hartanah komersial di lokasi strategik dalam negara.
PHB ditubuhkan pada Mei 2006 adalah cabang operasi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang aktiviti utamanya sebagai syarikat pegangan pelaburan.

Matlamat PHB adalah mengekalkan pertumbuhan jangka panjang menerusi pengurusan, pelaburan dan perluasan perniagaan teras syarikat dalam sektor pelaburan hartanah komersial utama.

Unit AHB ditawarkan dan diurusniagakan pada harga tetap RM1 seunit. Ia boleh dilanggan di semua cawangan Maybank seluruh negara dengan jumlah pelaburan maksimum dibenarkan sebanyak RM200,000.

Pelaburan AHB terbuka kepada rakyat Bumiputera Malaysia berumur tiga bulan ke atas dengan syarat pelabur di bawah 18 tahun perlukan penanda tangan penjaga sah rakyat Malaysia.

Kamalul Arifin berkata, PHB ketika ini memiliki tujuh bangunan dengan lima daripadanya disenaraikan dalam pelaburan AHB termasuk CP Tower di Petaling Jaya, 26 Boulevard di Putrajaya, Wisma Consplant di Subang Jaya dan Tesco Setia Alam dan Kompleks Industri Shah Alam.


 

Sumber: http://www.bharian.com.my/articles/PHBlancarAmanahHartanahBumiputera/Article/


 

12.10.2010

Spare Part

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kami dapat menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , serta ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, dan seluruh muslimin dan muslimat, semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T. InsyaAllah.

Sudah hampir 2 minggu aku duduk di Sungai Besar, sambil jaga rumah ayah dan mak yang sekarang ini berada di Tanah Arab kerana menunaikan ibadah haji. Setakat ini paling jauh pun berjalan pergi ke MAHA 2010, sengaja rancang hendak bawa isteri dan anak jalan-jalan.

Baru-baru ini depan rumah ayah dan mak aku ada sebuah kereta Wira yang mengalami kerosakkan tayar akibat terlanggat besi sabit. Kereta Wira dalam perjalan ke Teluk Buluh, Perak dari Subang. Aku pun tolonglah pakcik ni untuk bukakan tayar yang pancit tu. Bila dah buka tibalah masanya untuk menukarkan tayar tersebut dengan tayar ganti, malangnya tayar ganti tu dah tiada angin angin langsung. Jadi aku pun tolong bawa tayar ganti tersebut ke stesen Petronas berhampiran. Pakcik tu beritahu, tayar gantinya belum pernah diselenggara sejak dia beli kereta Wira dia ni.

Bila tayar kereta pakcik ni sudah dipasang dan dia meneruskan perjalanan. Aku pun terfikir juga yang tayar ganti kereta aku pun belum pernah diselenggara. Ntah-ntah cukup ke angin dalam tayar ganti kereta aku tu. Aku rasalah, bukan setakat aku sahaja yang terlupa atau memang buat-buat lupa untuk memeriksa setiap alat ganti atau alat bantu kecemasan dalam kenderaan kita, mungkin ramai lagi yang macam aku. Kadang-kadang kita terlupa untuk menyiapkan peralatan yang sekurang-kurangnya dapat membantu kita ketika menghadapi situasi kecemasan.

Bukan setakat dalam kenderaan sahaja yang perlu ada alat ganti dan alat bantuan kecemasan, di rumah kita sepatutnya mesti ada alat-alat sebegini contohnya peti pertolongan cemas, alat-alat pertukangan yang mudah-mudah dan sebagainya.

Haaa….dari segi kewangan pun sekurang-kurangnya kita perlu ada alat bantu yang sekurang-kurangnya dapat membantu kita ketika menghadapi masalah atau kecemasan dari segi kewangan. Alat tersebut ialah dana rizab atau duit simpanan kita. Dana rizab/simpanan ni bolehlah dianggap sebagai tayar spare part kenderaan kita. Jika ianya diselenggara dengan baik, ia dapat membantu kita ketika menghadapi kecemasan. Begitu juga jika menyelenggara dana kita dengan InsyaAllah ia mampu membantu kita jika kita menghadapi situasi tidak terduga yang melibatkan penggunaan duit. Tentang dana rizab untuk diri kita seperti mana yang aku baca dalam buku-buku pengurusan kewangan, sekurang-kurangnya kita menyimpan dulu 10% gaji atau pendapatan yang kita perolehi. Amalkan menyimpan 10% pendapatan kita sampai kita dah tak larat nak berkerja lagi, di samping itu jangan lupa join takaful, simpan untuk anak-anak, simpan untuk menunaikan ibadah haji dan sebagai.

Dalam cuti sekolah, aku ada beli buku yang bertajuk Ke Mana Wang Anda? Oleh Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir. Buku ini memang sesuai untuk dibaca oleh sesiapa yang tak tahu macamana nak urus duit, setiap bulan dapat gaji, masuk poket sekejap saja, belum akhir bulan, duit dah tinggal sikit. Isi kandungan buku ini ialah merancang kewangan, menguruskan perbelanjaan, pelaburan untuk anak-anak, hidup selesa tanpa hutang, peluang tingkatkan pendapatan, persediaan masa depan dan sebagainya. Kalau berminat, bolehlah beli buku ni di kedai-kedai buku. :) Kesimpulannya hendak buat apa-apa dalam dunia ini mestilah kena ada ilmu.

Iktibar yang aku dapat dari peristiwa menolong tukarkan tayar kereta pakcik ialah kita mesti ada alat bantu ketika menghadapi situasi kecemasan…dan jangan lupa untuk memeriksa/menyelenggara peralatan tersebut.

Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya yang bernaungan dalam naungan Islam, janganlah kita lupa pula untuk menyiapkan alat bantu iaitu pahala yang berlipat ganda/ amal-amal kebaikan untuk menghadapi situasi yang sangat mencemaskan di Hari Mahsyar kelak.


 


 

11.22.2010

Kek Yang Mengandungi Arak

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Subhanaalah, rasanya macam dah lama tak mengadap komputer ni. Baru-baru ini aku ada terima emel dari salah seorang ahli Kelab Sahabat Interaktif Malaysia, nak tahu tentang SIM ni boleh cek kat laman ni http://www.sim.org.my

Emel ni berkaitan tentang cara nak tahu kek yang mengandungi arak yang dihantar ke emel aku yang ingin aku kongsikan dalam blog aku ini.

"Teknik Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.

Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.

Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.

Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.

ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau
pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.

Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.

Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian

Chef Farid"


 

11.10.2010

Minazzulumati ilan Nur.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kita semua. InsyaAllah. Seperti biasalah, setiap hari buka email, tup..tup.. terbaca pula 1 email yang dihantar oleh salah seorang ahli kelab Sahabat Interaksi Malaysia (S.I.M). Rasanya aku nak kongsi artikel ini dengan sesiapa yang baca blog simple aku ini. Jadi aku copy dan paste sahaja dalam blog aku ini. Dan memang pun dulu bila aku menonton filem LOTR 1,2,3 ini, aku terasa ada maksud yang tersirat dari filem2 tersebut, filem Matrix pun ada maksud yang tersirat.Dan Alhamdulillah akhir ada juga insan2 yang cuba mengupas maksud2 tersirat dari filem Holy Wood ini. Okey, selamat membaca.

"Artikel kali ini menyingkap sebuah filem yang agak popular tidak lama dahulu, ia merupakan filem dari Hollywood, ia tidak lain adalah filem Lord of the Ring. Mungkin ramai antara kita yang sekadar menonton filem tersebut tanpa berfikir serta merenung mesej yang tersembunyi di sebalik filem tersebut, Alhamdulillah dengan izinnya saya berpeluang untuk mengupas serba sedikit pesanan yang tersembunyi untuk di kongsikan bersama.

Film Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah, mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi, Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak Nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Mungkin kebanyakan kita hari ini kurang yakin dengan hadits-hadits mengenai tanda-tanda Hari Kiamat, di mana kita akan kembali ke zaman kekurangan teknologi dan berperang menggunakan kuda, pedang dan seangkatan dengannya. Mereka menganggap hadis-hadis ini tidak realistik, kurang rasional, dan tidak sesuai dengan fakta-fakta kehidupan moden pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya dikalangan bukan islam, mereka sangat mempercayai akan perkara – perkara ini. Mereka mencipta Filem LOTR bagi memperlihatkan keyakinan mereka terhadap hari-hari terakhir menjelang Hari Kiamat. Bahkan di pusat-pusat Zionis Antrabangsa, mereka telah pun merancang konsep The New World Order berdasarkan perkhabaran-perkhabaran yang telah diceritakan melalui Al-Quran dan Hadis mengenai Tanda-tanda Kiamat.



|Mordor = Markas dajjal Laknatullah|

beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR
*Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.
*Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.
*Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
*Tembok besi = Daryal Gorge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia.



|Sauron = All Seeing eye = The False Messiah|




|The All of Seeing Eye|




|Dinding = Isengard|




|Witch king = Yajuj & Majuj|




|Gandalf = Imam Mahdi|




|Aragorn = Isa almasih|




|Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar|

 
 

Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : 'Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW'. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah.



|Piramid = Lambang Firaun / Piramid Giza, Menara Babylon (akan di bangun oleh Illuminati)|

 
 

Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti.

Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan "The False Mesiah" iaitu dajjal Laknatullah di "The Promise Land" (Palestin).

Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah.

Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir'aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.

Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali.

Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani.

Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut:

1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.

2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiadi akir zaman nanti.

3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.

4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Gandalf sebagai pemimpin yang memimpin golongan yang putih dalam menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah.

5. Terdapat juga seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran, Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahadi.

6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai.

7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.

8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah "sang mata satu" (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.

9. Hancurnya kekuatan "sang mata satu" ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.

10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh "sang mata satu" bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.

Waallahu'alam bissawab

 ** dipetik dari blog konspirasi dunia**

'(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah! hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.' (ar-Raad : 28).

11.07.2010

Hari ini, 1 Zulhijjah 1431 Hijrah

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanawata'ala kerana dengan limpah kurnia-Nya aku masih diberi izin untuk mengadap "komputer riba" ini. Sedar tidak sedar, sudah hampir 2 tahun aku mengunakan laptop ini, sudah berapa kali diformat, bertukar-tukar sistem operasi, bermacam-macam software yang di"install" dan di"uninstall"kan. Bateri pun sudah masuk ke tahap hampir "kong". Sempat juga aku main game guna laptop ini, antaranya Counter Strike, Red Alert, General dan bermacam-macam (jangan ingat cikgu tak pandai main game..hehehe).


 

Seperti biasa, hampir setiap hari aku akan cek email aku, dan aku tertarik dengan emel dari seorang ahli Sahabat Interaksi Malaysia a.k.a S.I.M. Bila sahaja aku membaca artikel dari emel tersebut, terdetik dalam hati aku untuk masukkan ke dalam blog aku yang simple ini. Moga-moga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk kita semua. InsyaAllah.


 

Jadi, jangan segan jangan silu...teruskan membaca artikel di bawah ini, kalau terasa bosan, rileks dulu, pekena dulu Kopi Radix Mai Secawan, lepas tu sambung lagi:


 


 

"Panduan Memilih Pendapat Agama Untuk Orang Awam

Oleh: Ustaz Emran Ahmad

 Pada hari ini umat Islam berdepan dengan kekeliruan dan kebuntuan di dalam memilih pendapat agama dan fatwa di dalam kehidupan mereka. Masalah ini tidaklah semudah sentuhan mata kerana ianya melibatkan banyak perkara termasuk berhubung kait dengan faktor individu, lokasi tempat tinggal dan pendedahan kepada perkembangan ilmu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl : 43)

Ayat di atas menjadi dalil dan pertunjuk kepada orang ramai untuk meminta fatwa atau bertanya masalah agama kepada orang alim dan mereka yang mempunyai pengetahuan agama.
Walaubagaimanapun orang ramai pada hari ini mempunyai pelbagai macam ragam dan perangai, apabila bertanya soal jawab agama pun ada di kalangan kita yang hanya mahu mengambil pendapat yang mudah dan membawa kepentingan kepada dirinya sendiri.

Misalnya suatu ketika dahulu ada seseorang bertanya kepada saya apakah hukumnya bersentuhan tangan antara lelaki dan perempuan ? apabila diberitahu kepadanya bahawa hukumnya ialah haram maka dia pun berhujah kembali akan pendapat itu dan ini untuk cuba mempertahankan pendapat keharusan bagi lelaki dan wanita untuk bersalaman atau bersentuhan tangan selama tidak syahwat.

Sebenarnya orang seperti ini sudah pun bertanya ke sana sini dan mempunyai pendapatnya sendiri tetapi mereka mahukan persetujuan daripada para ustaz atau ahli agama supaya mereka boleh mengamalkan pendapat pilihan mereka dengan senang hati. Jika kelak pendapat mereka itu dipertikaikan maka mereka pun berkata dengan angkuh : "Pendapat ini sudah pun saya tanyakan dan dipersetujui oleh ustaz sekian dan sekian."

Masalah sikap umat Islam yang suka menjual nama ustaz, mufti dan para ulama ini sudah berlaku sejak zaman awal Islam lagi apabila wujud sebahagian umat Islam yang suka mengikut hawa nafsu mereka sanggup membuat dakwaan bahawa sesuatu pendapat itu merupakan pendapat ulama sekian dan sekian sedangkan hakikatnya ia adalah bukan dan dilakukan oleh mereka yang tidak takutkan Allah dan hari akhirat.

Pernah juga berlaku sebuah kisah benar dalam masyarakat, sepasang kekasih yang telah bercinta sekian lama namun akhirnya mendapati mereka sebenarnya mempunyai talian persaudaraan dan hubungan darah. Jika mengikut hukum Islam mereka sepatutnya harus berpisah dan haram bernikah. Namun demi menghalalkan perhubungan cinta mereka, pasangan kekasih ini kemudian memilih untuk mengikut mazhab syiah yang mengharuskan perkahwinan sedemikian.

Oleh itu jika anda bertanyakan kepada saya mengenai isu perselisihan umat Islam dan masalah memilih pendapat agama maka saya ingin sekali memulakan bicara dengan berkata sebenarnya masalah umat Islam bukanlah kerana para ustaz dan alim ulama yang berselisih di dalam isu-isu agama tetapi sikap umat islam itu sendiri yang suka mengikut hawa nafsu dan hanya mahukan "agama yang menyenangkan kehidupan duniawi dan kepentingan peribadi mereka."

Ulama yang jahat, ustaz yang sesat dan ahli agama yang mengikut hawa nafsu sememangnya ada di dalam sejarah umat Islam sejak zaman awal Islam lagi tetapi ianya bukanlah alasan untuk anda berkata itulah punca kekeliruan umat. Ini kerana Allah SWT sentiasa mengirimkan bantuan dan hidayah-Nya berupa petunjuk yang jelas dan mampu menerangi kebathilan dan kesesatan.

Al-Quran yang kekal sepanjang zaman dan As-Sunnah dari hadis-hadis rasulullah yang terpelihara serta kewujudan para ulama Islam yang gigih dan ikhlas mempertahankan agama ini daripada kesesatan boleh dikatakan sentiasa berada di dalam masyarakat kita tanpa pernah sirna walau pun sehari melainkan diberi ganti oleh Allah SWT.

Apabila matinya para ulama' yang gigih mempertahankan kebenaran pastinya akan ada penganti dan mereka-mereka yang menyambung tali-tali perjuangan sehingga ke hari akhirat. Justeru tiada alas an oleh orang awam untuk mengatakan bahawa banyaknya kesesatan dan kebathilan berlaku adalah disebabkan tiada ulama dan ahli agama yang mempertahankan kebenaran.

Mereka sentiasa ada di sisi anda dan berada di dalam masyarakat sebagai pejuang-pejuang kebenaran. Malangnya kewujudan mereka itu tidak dihargai oleh anda dan oleh masyarakat sekeliling dan nasihat serta pendapat-pendapat agama mereka jarang mahu didengari oleh orang ramai lantaran kerana ianya tidak memberikan kesenangan dan tidak menyokong tindakan dan perbuatan popular orang ramai.

Itulah puncanya iaitu hilangnya taqwa dan keikhlasan manusia sehingga walau kebenaran di depan mata namun ianya tidak dipedulikan. Itulah jawapan pertama saya buat mereka yang ingin mencari kebenaran dan pendapat agama yang mampu membawa kebaikan buat kehidupan di dunia dan di hari akhirat.

Taqwa dan Ikhlas

Berapa ramaikah di kalangan kita yang mahu bertaqwa kepada Allah ? Siapakah yang ikhlas hidup dan beramal di dalam kehidupan hanya kerana Allah SWT ? Ini ialah sebuah persoalan asasi buat diri saya dan anda di dalam mencari kebenaran.

Taqwa bermaksud takut dan berhati-hati di dalam kehidupan agar tetap teguh di atas agama Allah SWT. Pengertian taqwa ini pernah diungkapkan oleh seorang sahabat nabi yang terkenal bernama Ubay bin Kaab ra yang pernah ditanya oleh Khalifah Umar bin Khattab ra berkenaan maksud taqwa lalu dijawab oleh Ubay dengan berkata : "Tidakkah kamu pernah melalui jalan yang berduri?" Lalu dijawab oleh Umar dengan berkata sudah tentu. Maka Ubay pun menambah : "Apakah yang kamu lakukan ?" Maka Umar pun menjawab : "Saya melangkah dengan berhati-hati agar tidak terpijak duri." Demikianlah kata Ubay bahawa perbuatan yang sedemikian itulah taqwa. (Lihat dalam Tafsir Ibn Katsir)

Di dalam kehidupan kita seharian, kita selalu membuat alasan demi alasan dan hari ini dengan perkembangan ilmu kita membuat alasan memilih pendapat-pendapat agama yang memudahkan dan menyenangkan kehidupan bathil, duniawi yang jauh daripada agama itu dengan alasan ianya menepati kehendak islam yang mahukan kemudahan kepada umatnya.

Ya benar, hukum Islam itu sememangnya mudah dan tidak menyusahkan tetapi bukanlah untuk disalah guna bagi melancarkan perjalanan hidup syirik, duniawi, lara dan sia-sia yang dijalani oleh kita. Jamak di antara dua waktu solat seperti Zohor dan Asar atau Maghrib dan Insyak sememangnya merupakan rukhsoh dan keringanan buat umat Islam. Namun apakah alasannya rukhsoh itu dipergunakan di atas jalan maksiat seperti dibuat oleh mereka yang malas ke masjid atau sibuk dan leka bermain game atau berdating bersama kekasih ?

Bagaimanakah pula anda mahu menjawab tentang khusyuk di dalam solat ? kemampuan solat yang didirikan itu apakah dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar ? Solat itu dibuat kerana adat dan terpaksa atau kerana demi mengharapkan keredhaan dan untuk meminta pertolongan Allah SWT ?

Realitinya kita tidak ikhlas hatta dengan diri kita sendiri.

Setiap pendapat, pegangan agama yang diucapkan oleh lidah dan lisan kita, dipromosikan oleh website dan usaha kita sebenarnya dibuat kerana ianya menguntungkan kita dan membawa kebaikan dan kesenangan kepada duniawi kita.

Jika ianya susah maka siapa yang mahu menerimanya ?

Saya selalu takjub apabila mengajar dan memberikan ceramah di mana-mana apabila ada orang berkata kepada saya bahawa dia sangat suka dengan isi ceramah yang saya sampaikan. Katanya "Saya suka dengan ceramah ustaz, saya memang mencari ceramah yang sama pendapat dengan saya." Risaunya rasa hati ini mendengar ungkapan sebegitu.

Sikap sebegini akan membunuh kebenaran dan menutup ruang hidayah dan pertunjuk daripada Allah SWT. Kita sudah memilih dan mempunyai pendapat kita sendiri sebelum kita benar-benar memahami ilmu dan kebenaran. Ianya bukan sahaja bias bahkan boleh mempengaruhi kita untuk menolak ruang menerima ilmu baru dan menutup peluang dan potensi mendapat kebenaran daripada orang lain yang tidak kita sukai.

Jangan begitu, sebaliknya ikhlaslah dalam mencari ilmu.

Alalh SWT menyebutkan : "Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?" Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil." Tuhan berfirman: "Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup. Dan tariklah sesiapa yang kamu sanggup di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah janji kepada mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga." (Al: Isra : 62-65)

IBLIS TERNYATA AKAN MENYESATKAN MANUSIA KECUALI MEREKA YANG DIPELIHARA OLEH ALLAH SWT DAN SIAPAKAH MEREKA ITU ?

Mari kita lihat jawapannya di dalam ayat Allah swt itu sendiri.

Firman Allah yang bermaksud : "Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka." (Al-Hijr : 39-40)

Firman Allah yang bermaksud : "Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka." (Shaad : 82-83)

Hanya mereka yang ikhlas terselamat daripada rencana syaitan.

Ini dibuktikan lagi di dalam Kisah Nabi Allah Yusof

Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu dan andaikata dia(Yusof) tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. SESUNGGUHNYA YUSUF ITU TERMASUK HAMBA-HAMBA KAMI YANG IKHLAS." (Yusof : 24)

Ternyata hanya mereka yang ikhlas sahaja akan terselamat daripada bencana dan perancangan Iblis yang begitu tersusun dan rapi. Lihat sahaja di dalam surah Al-Isra bagaimana Allah sifatkan bahawa Iblis itu akan menggunakan kekuatan askarnya, pasukan berkudanya yang dimaksudkan ialah kekuatan teknologi dan keilmuan serta perancangan rapi demi menyesatkan manusia. Ditaburi janji dan tipu helah dan diperdayakan dengan dunia serta isinya untuk anak-anak Adam menjadi syirik seperti Iblis dan akhirnya mengikutinya ke dalam neraka.

Keikhlasan orang awam mendapatkan fatwa dan pendapat agama pasti akan dibantu oleh Allah SWT di dalam menemukan mereka kepada kebenaran. Ingatlah walaupun sebuah fatwa namun ianya boleh membawa anda ke syurga atau ke neraka.

Pernah berlaku di dalam sejarah apabila seorang wanita Quraisy yang terhormat daripada bani Mahkzum mencuri. Maka pihak keluarga wanita tersebut berusaha mencari jalan dan usaha agar dirinya tidak dihukum potong tangan. Terdesaknya keadaan mereka sehingga sanggup mengadu dan meminta tolong kepada sahabat nabi yang bernama Usamah bin Zaid ra guna memujuk rasulullah dan merayu agar dikurangkan hukuman ke atas perempuan tersebut maka bersabdalah nabi salallahualaihiwassalam dengan nada yang marah lalu berkata : Apakah kamu ingin meminta syafaat dalam hukum yang telah ditetapkan oleh Allah ? Kemudian baginda rasulullah pun berkhutbah dan berkata : "Sesungguhnya telah hancur umat sebelum kamu apabila ada orang yang mulia mencuri di kalangan mereka lalu dibiarkan dan apabila ada orang yang lemah mencuri di kalangan mereka barulah ditegakkan hukuman. Demi Allah sekiranya Fatimah binti Muhammad itu mencuri nescaya aku akan memotong tangannya." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka saya menyeru orang awam yang membaca tulisan ini agar mula menyedari kesilapan kita yang selalu melihat rumah sebelah yang kotor dan buruk. Ini kerana boleh jadi apa yang kita lihat itu sebenarnya bukanlah kerana kotornya rumah sebelah tetapi tingkap dan kaca kita sendiri yang tidak pernah dibersihkan sehingga membuatkan kita menyangka kekotoran itu milik orang lain sedangkan ianya adalah daripada sikap dan perbuatan kita sendiri.

Islam ialah agama yang membawa pencegahan dan bukannya diturunkan untuk merawat semua penyakit yang ditimbulkan oleh kegilaan kita. Kalau sudah terbuat salah, terimalah akibatnya bukan berkeluh kesah mencari alasan dan hujah demi menghalalkan tindakan kita. Moga-moga daripada keinsafan dan keberanian bertanggungjawab atas dosa dan kesalahan itu dia diberikan keredhaan dan keampunan sehingga mendapat kebaikan.

Di dalam sebuah hadis :"Ada mengisahkan perihal seorang perempuan yang hendak direjam di atas kesalahan zina, Lalu datang Khalid bin Al-Walid membawa sebuah batu, dan melempar perempuan itu tepat pada kepalanya. Darah dari kepala perempuan itu memancut sehingga mengenai muka Khalid, sehingga Khalid mencela perempuan itu. Maka Rasulullah pun berkata: "Tenanglah wahai Khalid. Demi yang jiwaku berada di dalam genggaman-Nya, sesungguhnya perempuan ini telah bertaubat dengan taubat yang jika dilakukan oleh seorang yang zalim pun nescaya akan diampunkan lalu baginda memerintahkan supaya mayat perempuan itu diuruskan dan baginda bersolat ke atas jenazahnya dan mengebumikannya." (Hadis sahih riwayat Muslim )

Ada orang berbuat zina tetapi dia bertanya tentang hukum menggugurkan kandungannya dari hasil zina bukannya bagaimana cara bertaubat dan panduan untuk memperbaiki hidupnya. Dia tidak mengaku salah itu ialah salahnya tetapi kerana digoda, kerana terpengaruh, kerana dipujuk dan kerana itu ini. Katakanlah kepadanya bahawa syarat taubat itu ialah pengakuan dan keinsafan bukannya alasan.

Itulah yang saya katakan berkenaan taqwa dan keikhlasan sebagai penyelamat keadaan umat.

Memilih nasihat dan pendapat agama

Baiklah saya kira sudah jelas akan sebab dan musabab mengapa masalah masih berleluasa dalam masyarakat. Ianya seperti yang disebutkan kerana kurangnya taqwa dan keikhlasan di dalam kehidupan kita semua. Terdahulu saya sudah jelaskan bahawa isu kekeliruan dan kebuntuan memilih pendapat agama ini berhubung kait dengan dua buah pihak, satunya sudah saya sebutkan di atas berkenaan sikap orang awam di dalam mencari pertunjuk agama.

Keduanya ialah perihal keadaan mufti, ustaz dan ahli agama yang berfatwa dan memberikan hukum-hakam agama kepada anda. Sesungguhnya perintah menjauhi taqlid buta amat jelas disebut oleh Allah swt di dalam Al-Quran yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

Pengertian taklid daripada sudut bahasa arab bermaksud menggantung sesuatu di leher. Ini bermakna orang yang bertaklid itu tidak ubah seperti haiwan yang diikat lehernya dan mengikuti ke mana sahaja dirinya dibawa oleh tuannya. (Lihat : Lisanul Arab Jilid 1 ms. 469 cetakan Darul Hadith, Kaherah dan rujuk juga Al-Misbahul Munir Jilid 2, ms. 704)

Dari sudut takrifan fuqaha, Taqlid bermaksud : "Menerima perkataan atau pendapat seseorang tanpa berdasarkan hujah." (Sila lihat takrifan yang diberikan oleh Imam As-Syi'razi dalam Syarah Al-Luma' Jilid 2, ms. 1005 dan At-Tahmid, Jilid 4, ms.395)

Adapun tindakan para ulama dan orang ramai yang beragama dengan bersumber dan berhujah kepada dalil daripada Al-quran dan Hadith atau sekurang-kurangnya mengikuti pendapat ulama' dengan mengetahui sumber dan dalil yang digunakan di dalam fatwa ulama tersebut maka hal ini tidaklah dinamakan sebagai taqlid buta yang dicela atau disebut taqlid tanpa hujah kerana Al-Quran dan Sunnah itu sendiri ialah hujah.

Begitu juga jika orang awam mengikuti pendapat imam, ulama' yang bersumberkan kepada Al-quran dan as-sunnah serta mengetahui hujah yang digunakan oleh para ulama' itu maka tindakan ini juga ialah hujah.

Berkata Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah di dalam kitabnya I'lamul Muwa'qi'ien bahawa adalah soal jawab agama itu terdiri daripada empat perkara iaitu yang pertama orang bertanya tentang hukum hakam sesuatu masalah agama lalu dijawab bahawa hukumnya harus, halal, haram dan seumpamanya dan yang keduanya ialah orang bertanya berkenaan dalil-dalil hukum kemudian yang ketiga pertanyaan berkenaan wajhul dalalah (bentuk-bentuk hukum yang terbina daripada dalil) dan kaedah yang digunakan dalam menghasilkan hukum. Manakala pertanyaan yang seterusnya iaitu yang ke-empat ialah berkait jawapan balas kepada hujah-hujah yang menyelisihinya. (Lihat : Ilamul Muwa'qi'ien Jil. 4, ms. 413)

Nasihat yang paling penting buat orang awam di dalam mengambil nasihat dan pendapat agama daripada para ulama', ustaz dan alim agama ialah orang ramai harus bersedia menerima dan menghormati konsep ilmu dengan bersikap berlapang dada terhadap perselisihan dan perbezaan pendapat di dalam masalah agama.

Para ulama salaf dan golongan umat Islam yang bertaqwa dan soleh di zaman dahulu pun tidak dapat mengelakkan diri daripada berselisih pendapat. Para sahabat sendiri berbeza pendapat mengenai siapakah calon khalifah yang lebih sesuai selepas Utsman ra dan para imam mujtahid yang agung seperti Imam Malik dan As-syafi'ie serta Ahmad bin Hambal sahaja pun berbeza pendapat dan mazhab sekalipun mereka mempunyai hubungan guru dan murid antara satu sama lain. Oleh itu kita harus menyedari bahawa khilaf dan perbezaan pendapat ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh kerana perbezaan waktu, situasi, tempat tinggal, zaman dan kehidupan tanpa dimasukkan persoalan taraf kefahaman, ilmu dan kebijaksanaan manusia yang berbeza-beza antara satu sama lain.

1. Memilih pendapat yang berdalilkan Al-Quran dan As-sunnah

Kata Al-Imam Ibn Qayyim Al-jauziyah, setiap mufti yang ditanyakan masalah agama harus menyediakan dalil dan hujah di atas fatwa mereka. Maksudnya masalah-masalah agama itu wajib dijawab dengan berdalilkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis rasulullah supaya ianya dapat difahami oleh orang awam yang bertanya akan sebab hukumnya itu menjadi haram, harus, makruh atau wajib.

Inilah sifat Al-Quran dan as-sunnah di dalam member fatwa kepada manusia. Misalnya apabila Allah SWt befirman dalam Al-Quran : "Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah Suci, Maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Al-Baqarah : 222)

Allah SWT menyatakan hukum dan di dalam masa yang sama menjelaskan sebab-sebab pengharaman dan punca hukum itu dijatuhkan. Hal ini mengajarkan kepada kita bahawa orang awam yang bertanya masalah agama perlu tahu sebab-sebab hukum dan dalilnya.

Al-Imam Ibn' Hazm Al-Andalusi di dalam kitabnya Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam yang menyebut : Kami tidaklah mengingkari fatwa yang diberikan oleh para ulama' kepada orang-orang awam yang jahil dan mahu meminta fatwa akan tetapi yang kami mengingkari ialah penetapan fatwa atau pendapat agama tanpa bukti hujah yang mendukunginya, tanpa rujukan kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah kerana yang sedemikian itu boleh menimbulkan kemungkinan kepada berlakunya pendapat yang silap. Bayangkanlah jika di zaman Rasulullah salallahualaihiwasalam sahaja sudah wujud orang yang memberi fatwa yang salah maka sudah pasti pada zaman selepas kewafatan baginda akan boleh berlaku lebih banyak kesilapan dalam perkara yang lebih meluas. Oleh yang demikian maka kita perlulah menghindari fatwa yang dikeluarkan oleh mufti (pemberi fatwa) yang tidak menyandarkannya kepada dalil Al-Qur'an, As-Sunnah serta Ijmak ulama'." (Sila lihat di dalam Kitab Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam, jld. 6, ms. 1076)

2. Bertanya masalah agama kepada ramai alim atau ustaz

Mempelbagaikan sumber rujukan atau guru merupakan amalan yang terpuji ini disebabkan dalam pelbagai cerita mengenai kisah ketelitian para ulama salaf terdahulu terhadap ilmu dan tidak menerima ilmu dari sebarangan orang dengan mudah seperti apa yang diriwayatkan oleh Imam Abi Hatim ra mengenai kisah Imam Yahya ibn Main yang datang kepada Musa ibn Ismail untuk mendengar sebuah hadis maka berkatalah Musa apakah engkau belum mendengar hadis ini daripada sesiapa ? Lalu dijawab oleh Yahya ibn Main bahawa aku telah mendengar hadis ini daripada tujuh belas orang dan engkaulah yang ke lapan belas. Lalu ditanya untuk apakah engkau menyusahkan diri membuat sedemikian dengan mendengar hadis yang sama dari guru yang berbeza ? Lalu berkatalah Yahya ibn Main, "Sesungguhnya jika Hammad ibn Sulaiman itu tersilap dalam hadisnya maka aku dapat membezakan kesilapannya itu dengan mendengar hadisnya dari pelbagai jalan dan guru (perawi), kerana jika silapnya itu pada Hammad maka akan didapati dengan semua guru (perawi) menyebut kesilapannya dan jika silap itu bukan dari Hammad maka pasti akan kelihatan dengan guru yang silap akan dapat didedahkan oleh kesepakatan guru yang ramai." (Lihat Al-Majruhin oleh Ibn Hibban Jilid 1,ms. 32)

Hendaklah orang awam membiasakan sikap suka merujuk ramai ustaz dan ahli agama dalam masalah-masalah atau persoalan hukum hakam agama moga-moga ianya dapat lebih membantu kita di dalam mendapatkan kebenaran dan kebaikan.

Bagaimana jika ustaz-ustaz memberikan hukum dan jawapan yang berbeza ? Apakah yang harus dibuat ? Jawapannya tidak susah, pertamanya kita harus sentiasa ingat bahawa perbezaan pendapat dan khilaf ialah lumrah di dalam agama Islam dan kehidupan manusia.

Maka apabila berdepan dengan keadaan sedemikian hendaklah kita memilih pendapat agama yang paling banyak dalil-dalil dan mempunyai sandaran ayat-ayat Al-Quran dan as-sunnah dan mampu menjelaskan kepada kita sebab-sebab dan kenapa hukum tersebut dijatuhkan.

Mufti, ustaz dan ahli agama yang memberikan jawapan harus dapat menjelaskan kepada kita kenapakah hukum itu sedemikian, nasihat dan jawapan yang diberikan itu ialah seperti itu dan ini dengan menyertakan dalil, alasan dan sebab-sebab yang mampu difahami oleh manusia.

Harus diingat, Islam ialah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita iaitu manusia dan sudah semestinya syariah ini dapat difahami dan mampu diterima oleh akal dan fikiran lurus manusia.

Allah SWT befirman : "Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?," (Al-Furqan : 7)

Allah menjelaskan bahawa rasul itu diturunkan kepada manusia daripada kalangan manusia itu sendiri supaya dia dapat menyampaikan Islam dan membimbing manusia dengan kemampuan dan tahap manusia itu sendiri. Itulah maksudnya rasul-rasul itu ialah manusia biasa yang memakan makanan dan berjalan di pasar seperti orang ramai yang lain hanya sahaja mereka mendapat wahyu dan pertunjuk dari langit.

Oleh itu kata para ulama' Syariat Islam tidak ada sesuatu pun yang menyalahi fitrah manusia dan menyalahi kewarasan akal dan bertentangan dengan kebijaksanaan. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir." (Al-baqarah : 219)

3. Ambil pendapat yang paling diyakini dapat membawa kepada keredhaan Allah

Kaedah lain di dalam memilih pendapat agama apabila berdepan dengan banyak khilaf dan perselisihan pendapat ialah memilih pendapat dan hukum yang membuatkan kita yakin dan tenang dengannya. Ini disebabkan Allah SWT memberikan ketenangan hanya kepada mereka-mereka yang benar di atas jalannya dan ketenangan itu merupakan isyarat jelas bahawa tepat atau tidaknya sesuatu hukum atau pendapat agama tersebut. Nabi salallahualaihiwassalam pun diriwayatkan pernah bersabda : "Ketenangan itu daripada Allah." (riwayat Tirmidzi)

Pilihlah pendapat yang membawa ketenangan dan melapangkan dada serta bukannya pendapat yang menyebabkan huru hara dan gundah gulana atau meresahkan fikiran dan hati. Ini boleh dilihat dengan keadaan seorang yang bertanya kepada saya tentang apakah hukumnya mengambil wudhuk dengan hanya sekali basuh atau sapuan ?

Saya mengatakan sah,' ini kerana di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas ra menyebutkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam pernah berwudhuk hanya dengan sekali basuhan." (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi) Tetapi dalam hadis yang lain nabi diriwayatkan pernah berwudhuk dengan membasuh anggota wudhuknya sebanyak 2 kali dan ada yang menyebut 3 kali.

Maksudnya nabi sendiri membasuh anggota wudhuk tidak seragam, ada kalanya sekali basuhan, ada kalanya dua kali dan ada tiga kali. Oleh itu basuhlah anggota wudhuk anda mengikut keperluan sehingga mendatangkan yakin dan ketenangan bahawa ianya sudah suci dan bersih.

Jangan menjadi seperti orang yang pernah bertanya kepada saya apakah sah hukumnya berwudhuk dengan sekali basuh dan kemudian apabila dijawab sah maka dia pun melakukannya kemudian tidak berapa lama setelah itu dia pun bertanya saya kembali apakah sah hukumnya solat dalam keadaan meragui kesempurnaan wudhuk ? Saya bertanya kenapa ? Lalu dia pun menjawab bahawa dirasakan bahagian sikunya semacam tidak terkena air sewaktu berwudhuk kerana dia hanya memilih sekali basuhan.

Pilihlah pendapat dan hukum yang membawa ketenangan kepada diri anda kini dan masa depan.

Daripada An-Nawwas ibn Sam'aan ra daripada nabi Salallahualaihiwassalam yang diriwayatkan pernah bersabda: "Kebajikan itu ialah kebaikan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang meresahkan dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya". (Hadis riwayat Muslim)

Jangan memilih hukum dan pendapat agama semata-mata kerana ianya mudah tetapi kemudian menyusahkan anda di masa depan atau kerana ianya senang dilakukan tetapi kemudian membawa keresahan jiwa dan perasaan ragu-ragu. Dalamilah ilmu dan binalah keyakinan dan keteguhan hati daripada godaan syaitan yang suka menanam keraguan kepada kita.

Hendaklah kita mengelakkan diri daripada mengikuti hawa nafsu, memilih pendapat yang menjerumuskan kita ke lembah syubhat atau membawa kepada ragu-ragu dan keresahan jiwa. Ini boleh dilihat berlaku kepada orang ramai yang suka mengambil apa yang mudah tetapi kemudian berasa susah dan resah apabila masalah yang diharapkan hilang masih tidak berhenti datang.

Wabisoh ibn Ma'bad ra meriwayatkan bahawa "Aku telah menemui Rasulullahsalallahualaihiwassalam lalu baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebaikan? Aku pun menjawab: "Ya." Baginda pun bersabda lagi : "Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang menyebabkan diri dan hati kamu merasa tenang tenteram terhadapnya dan dosa itu ialah suatu perkara yang membawa resah dan gelisah dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu." (Hadis riwayat Ahmad dan Ad-Darimi)

Hukum hakam agama ada kalanya berubah-ubah mengikut keadaan, perihal individu dan berbeza di antara satu sama lain mengikut keperluan. Oleh itu janganlah bersikap suka memaksa dan mengharapkan orang lain turut sama berpendapat atau mengamalkan hukum yang kita pilih. Jangan bergaduh dan memberi ruang kepada syaitan untuk menyesatkan anak adam dan memecah belah kesatuan umat islam.

4. Jangan membangkang orang lain yang tidak sependapat

Jauhilah Ta'asub dan keras kepala dengan pendapat sendiri dan hanya menyangka kita yang benar dan betul. Terbukalah kepada teguran dan kritikan dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Ingatlah hukum yang pernah kita amalkan atau terima daripada mufti pada hari ini boleh jadi akan berubah pada masa akan datang dan tidak sesuai lagi diamalkan pada masa depan. Terbukalah untuk pembaikan dan bersedia menerima ilmu baru.

Allah SWT befirman : "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (An-Nahl : 125)

Setiap orang tidak sama keperluan, situasi dan menghadapi masalah yang berbeza oleh itu jangan difikir semua orang harus sama dan mesti mengikuti kita. Boleh jadi kita di pihak yang benar tetapi kesabaran dan waktu yang lama diperlukan untuk menyampaikan kebenaran kerana itulah dakwah nabi salallahualaihiwasallam tidak berjalan dalam satu malam.

Para ulama terdahulu seperti Al-Imam Ibn Abdil Bar ra di dalam kitabnya menyebutkan bahawa tidaklah akan pernah bahagia orang yang berdebat kecuali jika diikuti oleh orang ramai dan kamu tidak akan mendapati orang yang suka berdebat ini melainkan di dalam hatinya terdapat penyakit." (Lihat: Jami Bayan Al-Ilm)

Bahkan Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran : "Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri." (Al-Ankabut : 46)

Bagaimanakah sikapnya berdebat sesama Islam dan saling menyalahkan antara satu sama lain itu boleh dianggap sebagai perbuatan sunnah ? Sedangkan jika berselisih dan berdebat dengan ahli kitab itu pun disuruh dilakukan dengan penuh kebaikan dan hikmah maka sekiranya sesama Islam maka kita sepatutnya harus lebih baik dan lebih bersopan.

Nabi salallahualaihiwassalam bersabda: "Aku menjamin untuk kalian sebuah istana yang terdapat ditepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar, aku menjamin untuk kalian dengan sebuah istana yang terdapat ditengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dia hanya bergurau, dan aku menjamin untuk kalian dengan sebuah istana di syurga yang tertinggi bagi orang yang memperbaiki akhlaknya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Allah SWT befirman yang bermaksud : "Orang yang diredhai oleh Allah dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Al-Anbiya: 28)

Allah befirman lagi : "Sesungguhnya orang-orang (yang beriman itu ialah) yang berhati-hati kerana takut akan (azab) Tuhan mereka." (Al-Mukminun : 58)

Kesimpulannya, sebagai seorang awam hendaklah anda melazimi menuntut ilmu pengetahuan dan berusaha menambahkan pengetahuan Islam agar tidak selama-lamanya anda bertaraf sebagai orang awam yang hanya mengikut fatwa ulama tanpa dapat memahami dalil-dalilnya dan tidak tahu mencarinya di dalam kitab Allah dan sunnah rasulullah. Berusahalah seumur hidup untuk mengikut Islam, mentaati Allah dan rasul serta berusaha mempelajari kitab Allah dan Sunnah rasulullah dengan sabar dan taqwa serta beramal soleh dengan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki. Beramal terlebih dahulu dengan ilmu yang ada sebelum ajal menjemput pergi.

Segala puji hanyalah bagi Allah SWT.

Rujukan :

I'lamul Muwaqi'ien oleh Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah
Irsyad al-Fuhul ila Tahqiq al-Haq min 'Ilm al-Usul oleh Imam Asy-syaukani

 wallahua'lam ....

 zulahmad '77

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan."

--------------------------------------------------------------

Alhamdulillah...syukur habis juga dibaca. ISLAM ITU MUDAH, TAPI JANGAN DIPERMUDAH-MUDAHKAN. (JANGAN DIPERMAIN-MAINKAN) penulis.


 

11.05.2010

Ini perintah siapa?


 

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Surah an-Nur ayat yang 31.

Sebab turun ayat ini (Asbabub nuzul):

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Asma binti Murtsid seorang pemilik kebun kurma sering dikunjungi oleh wanita-wanita yang bermain-main dikebunnya tanpa memakai kain yang labuh sehingga kelihatan gelang-gelang kaki mereka, demikian juga dada dan sanggul mereka.

Kemudia Asma berkata: " Alangkah buruknya pemandangan ini". Maka turunlah ayat ini (Surah an-Nur: ayat 31) sehingga "auratinnisa" berhubung dengan peristiwa tersebut. Ayat ini turun sebagai perintah kepada kaum mukminat (wanita-wanita yang beragama Islam) untuk menutup aurat mereka.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim daripada Muqatil daripada Jabir bin Abdillah)

    Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa seorang wanita membuat dua gelang kaki perak yang disalut dengan untaian batu-batu permata sebagai perhiasan kakinya. Apabila dia lalu di hadapan segolongan manusia, dia akan memukul-mukul kakinya sehingga dua gelang kakinya bersuara beradu. Maka turunlah ayat yang berikutnya "Wala yadhribna bi arjulihinna" hingga akhirnya dari ayat ini (Surah an-Nur: ayat 31) sebagai larangan kepada kaum wanita daripada menggerakkan anggota tubuhnya untuk mendapatkan perhatian lelaki.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Hadhrami)

Sumber:

  1. Al-Quran
  2. Asbabun Nuzul (Terjemahan) oleh Imam Jalaluddin As-Sayuthi


 


 

10.30.2010

Air Pasang Pagi Surut Pukul 5

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera sahabat yang membaca dan terbaca blog simple aku ini. Alhamdullilah, syukur kepada Allah SWT sebab rahmatNya masih kita perolehi. Selawat & salam atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya dan seluruh muslimin muslimat, semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.

"Air pasang surut pukul 5, nyonya bangun pagi siram pokok bunga…Pokok bunga melur tanam tepi kolam, itik bertelur ayam mengeram… Cik Baba jatuh dalam kolam, Cik Aminah ketawa diam-diam… la…la…la…"

Antara petua untuk murah rezeki dan berkat ialah BANGUN PAGI & SOLAT SUBUH.

Selepas solat subuh tadi, ingatkan nak tidur semula (hari ini sekolah cuti, hari Sabtu, tapi ada pula gotong royong kat sekolah)…tapi mata dah tak mengantuk lagi. Sambil baring-baring aku pun bacalah buku yang bertajuk Nota Jutawan Nota Perniagaan oleh Dr Irfan Khairi tu. Bila dah baca, ada pula satu artikel yang aku nak kongsikan dengan sahabat semua, iaitu pendapatan pasif/passive income. Erm…kalau ada passive income mestilah ada pula active income, apa kebenda tu? Contoh active income ialah perkerjaan utama kita, kalau berhenti atau kena pecat atau meninggal dunia, automatik pendapatan kita pun terberhenti. Passive income pula, kita buat kerja sekali dua kali sahaja, ada rezeki insyaAllah pendapatan berterusan, contohnya dapat royalti dari penjualan buku2 agama, dapat pula pahala yang berterusan jika selagi ada orang baca buku tu (tergantung niat ler) dan hasil sewa rumah (yang dah abis bayar utang dengan bank/bahagian pinjaman perumahan jer ler).

Ok, yang ini aku petik dari buku Dr Irfan Khari, muka 129:

"Pendapatan Pasif dalam Perniagaan

Buka mana-mana buku membina kekayaan dan anda pasti akan dapati kesemuanya menyebut mengenai passive income (pendapatan pasif).

Passive income bermaksud, anda melakukan suatu kerja itu sekali, tetapi, pendapatannya diterima berulang-ulang kali. Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang membolehkan ada menerima passive income,maka, itu ialah kunci kekayaan tanpa had!

Pada asalnya, saya seorang pereka cipta. Tetapi, sebagai designer , pendapatan yang saya terima bukan pasif. Sekiranya saya berhenti kerja mereka cipta grafik, pendapatan saya juga turut terhenti. Oleh sebab itu, saya menambahkan multiple streams of income untuk meraih pendapatan pasif.

Siapakah yang menghasilkan pendapatan pasif?

  • Agen insuran yang mendapat komisen setiap tahun apabila pelanggan memperbaharui polisi.
  • Penulis e-book yang menjual buku melalui gabungan pemasaran (affiliatte program).
  • Pemasaran rangkaian/jualan terus memperoleh pendapatan terus daripada pelanggan apabila memesan semula barangan setiap bulan.
  • Pemasaran rangkaian yang memdapat komisen melalui jualan downline.
  • Kontraktor utama yang mendapat keuntungan daripada subkontraktor.
  • Pengajar aerobik yang menghasilkan video dan menjualnya di gimnasium.
  • Penasihat pemasaran yang menghasilkan buku kerja dan menjualnya dalam format e-book dalam internet.
  • Jurugambar yang mendapat royalti daripada gambar yang terjual di stok gambar.
  • Peniaga restoran atau pemilik perniagaan yang mampu mengupah pengurus yang boleh dipercayai.
  • Pemilik perniagaan membuat francais kepada usahawan lain."

InsyaAllah, siapa yang baca ni, sebanyak sedikit dapat tahu, apa itu passive income kan?

Antara contoh cara buat passive income yang dah aku buat ialah Stomreaders Network (jual buku secara online) dan bisnes prepaid Tone Excel-Tune Talk.

Akhir sekali,

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, Saya anak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan". Wassalam.


 

10.23.2010

April Mop? Mop Apa kah?

Alhamdulillah, syukur pada Allah Tuhan Semesta Alam, dan sesungguhnya Muhammad bin Abdullah itu Rasulullah dan semoga Allah SWT sentiasa merahmati keluarga dan keturunan beliau. InsyaAllah, semoga seluruh muslimin sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Aminn…

Hari ini hari Sabtu, aktiviti macam biasa sahaja. Semalam main badminton dengan kawan setelah bertahun-tahun tidak berolahraga…maksudnya sudah lama sekali aku tidak mengolah raga aku ni, kalau mengolah jiwa setiap kena buat sekurang-kurangnya 5 kali sehari iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'. Selepas tolong isteri mengemas rumah, seperti biasa aku pun membuka komputer riba ini. Apa lagi, terus sahaja aku melayari internet…melayari dunia tanpa sempadan di alam maya yang berada di alam bumi…hahaha.

Ok ler kawan-kawan… sebenarnya aku ni nak berkongsi sebuah cerita yang aku rasa kamu orang patut tahu. Kita ini sebenarnya sentiasa terdedah dengan mainan tipu daya Iblis dan konco-konconya….Lan tardho ankal yahudi wan nasoro….

Yang ini aku ambil dari laman web ni http://hizbut-tahrir.or.id/2008/04/01/april-mop-tragedi-pembantaian-umat-islam-spanyol/ Artikel asal dalam bahasa Indonesia. Selamat membaca dan merenung.

----------------------------------------------------------------------

Tiap tanggal 1 April, ada saja orang—terutama anak-anak muda—yang merayakan hari tersebut dengan membuat aneka kejutan atau sesuatu keisengan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April atau lebih popular disebut sebagai 'April Mop'. Namun tahukah Anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentara Salib terhadap Muslim Spanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebagiannya dari buku "Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?" (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

SEJARAH APRIL MOP

Perayaan April Mop yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The April's Fool Day berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya menengok sejarah Spanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah bisa dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pegunungan.

Islam telah menerangi Spanyol. Karena sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktekkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur'an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka selalu berkata tidak untuk musik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicoba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah mata-mata untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Spanyol. Akhirnya mata-mata itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni pertama-tama harus melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara gratis ke dalam wilayah Spanyol. Musik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari ketimbang baca Qur'an. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Spanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Spanyol jatuh dan bisa dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang idbantai, juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dihabisi dengan sadis.

Satu persatu daerah di Spanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Spanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentara-tentara Kristen terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal menyisakan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahwa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentara Salib itu meneriakkan pengumuman, bahwa para Muslim Granada bisa keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. "Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Spanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Spanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!" demikian bujuk tentara Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentara Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah itinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentara Salib itu membakari rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan hanya bisa terpana ketika tentara Salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa karena sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentara Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara Salib itu segera membantai dan menghabisi umat Islam Spanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentara Salib terus membunuhi warga sipil yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristen setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).

Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibantai oleh tentara Salib di Granada, Spanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak pantas jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan ikut merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan massal ribuan saudara-saudaranya di Granada, Spanyol, beberapa abad silam.(rizki)

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita

April Mop Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tak Pantas Dirayakan

Umat Islam sangat tidak pantas merayakan "April Mop" atau "The April Fool Day" karena kebiasaan itu dilatarbelakangi peringatan peristiwa pembantaian umat Islam di Spanyol pada 1 April 1487 Masehi.

"Umat Islam banyak yang "latah" dan merayakan April Mop tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut, " kata Cendikiawan Muslim Ir.H.Asmara Dharma dalam tulisannya yang dirilis, di Medan, kemarin.

Ia menjelaskan, perayaan April Mop itu diawali peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentara Salib terhadap negara Spanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Maret 1487 Masehi.

Kota-kota Islam di Spanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisabon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berhasil dikuasai tentara Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Spanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentara Salib itu berjanji keselamatan dan memperbolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Spanyol dan persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya sandar di pelabuhan langsung dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah karena darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai "The April Fool Day."

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa "The April Fool Day" itu dipopulerkan menjadi April Mop dengan "ritual" boleh mengerjai, menipu dan menjahili orang lain pada tanggal tersebut tetapi bernuansa gembira.

"Ritual tersebut disyaratkan dengan tidak bolehnya orang yang ditipu dan dijahili itu marah dan membalas, " katanya. (novel/ant)

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/nas

------------------------------------------------------------------

p/s: pejam mata… dan renungkanlah ye… ambillah pengajaran.


 


 


 


 


 


 


 


 


 

10.16.2010

Nama dan tempat suku-suku di Indonesia


Alhamdulillah, hari ini hari Sabtu, duduk berehat di rumah, selepas membantu orang rumah mengemas rumah, selepas itu melayari internet pun di rumah. Akhir terjumpa satu informasi yang 'best' untuk dikongsi bersama.

Nama dan tempat suku-suku di Indonesia:

Suku Aceh di NAD : Banda Aceh, Aceh Besar
Suku Alas di NAD : Aceh Tenggara
Suku Alordi NTT : Kabupaten Alor
Suku Ambon di Maluku : Kota Ambon
Suku Ampana, Sulawesi Tengah
Suku Anak Dalam (Anak Rimbo) di Jambi
Suku Aneuk Jamee di NAD : Aceh Selatan, Aceh Barat Daya
Suku Arab-Indonesia
Suku Aru di Maluku : Kepulauan Aru
Suku Asmat di Papua

Suku Bali di Bali terdiri :
Suku Bali Majapahit di sebagian besar Pulau Bali
Suku Bali Aga di Karangasem dan Kintamani
Suku Balantak di di Sulawesi Tengah
Suku Banggai di Sulawesi Tengah : Kabupaten Banggai Kepulauan
Suku Baduy di Banten
Suku Bajau di Kalimantan Timur
Suku Bangka di Bangka Belitung
Suku Banjar di Kalimantan Selatan
Suku Batak di Sumatera Utara terdiri :
Suku Karo Kabupaten Karo
Suku Mandailing di Mandailing Natal
Suku Angkola di Tapanuli Selatan
Suku Toba di Toba Samosir
Suku Pakpak di Pakpak Bharat
Suku Simalungun di Kabupaten Simalungun
Suku Batin di Jambi
Suku Bawean di Jawa Timur : Gresik
Suku Belitung di Bangka Belitung
Suku Bentong, Sulawesi Selatan
Suku Berau di Kalimantan Timur : Kabupaten Berau
Suku Betawi di Jakarta
Suku Bima NTB : Kota Bima
Suku Boti, Timor Tengah Selatan
Suku Bolang Mongondow di Sulawesi Utara : Kabupaten Bolaang Mongondow
Suku Bugis di Sulawesi Selatan
Orang Bugis Pagatan, di Kusan Hilir, Tanah Bumbu, Kalsel
Suku Bungku di Sulawesi Tengah : Kabupaten Morowali
Suku Buru di Maluku : Kabupaten Buru
Suku Buol di Sulawesi Tengah : Kabupaten Buol
Suku Buton di Sulawesi Tenggara : Kabupaten Buton dan Kota Bau-Bau
Suku Bonai di Riau : Kabupaten Rokan Hilir

Suku Damal di Mimika
Suku Dampeles, Sulawesi Tengah
Suku Dani, Lembah Baliem, Papua
Suku Dayak terdiri :
Suku Punan, Kalimantan Tengah
Suku Kanayatn di Kalimantan Barat
Suku Ibandi Kalimantan Barat
Suku Mualang di Kalimantan Barat : Sekadau, Sintang
Suku Bidayuh di Kalimantan Barat : Sanggau
Suku Mali di Kalimantan Barat
Suku Seberuang di Kalimantan Barat : Sintang
Suku Sekujam di Kalimantan Barat : Sintang
Suku Sekubang di Kalimantan Barat : Sintang
Suku Ketungau di Kalimantan Barat
Suku Desa di Kalimantan Barat
Suku Kantuk di Kalimantan Barat
Suku Ot Danum atau Dohoi di Kalimantan Tengah dan Kalimantan Barat
Suku Limbai di Kalimantan Barat
Suku Kebahan di Kalimantan Barat
Suku Pawan di Kalimantan Barat
Suku Tebidah di Kalimantan Barat
Suku Bakumpai di Kalimantan Selatan Barito Kuala
Orang Barangas di Kalimantan Selatan Barito Kuala
Suku Bukit di Kalimantan Selatan
Orang Dayak Pitap di Awayan, Balangan, Kalsel
Suku Dayak Hulu Banyu di Kalimantan Selatan
Suku Dayak Balangan di Kalimantan Selatan
Suku Dusun Deyah di Kalimantan Selatan : Tabalong
Suku Ngaju di Kalimantan Tengah : Kabupaten Kapuas
Suku Siang Murung di Kalimantan Tengah : Murung Raya
Suku Bara Dia di Kalimantan Tengah : Barito Selatan
Suku Ot Danum di Kalimantan Tengah
Suku Lawangan di Kalimantan Tengah
Suku Dayak Bawo di Kalimantan Tengah : Barito Selatan
Suku Tunjung, Kutai Barat, rumpun Ot Danum
Suku Benuaq, Kutai Barat, rumpun Ot Danum
Suku Bentian, Kutai Barat, rumpun Ot Danum
Suku Bukat, Kutai Barat
Suku Busang, Kutai Barat
Suku Ohong, Kutai Barat
Suku Kayan, Kutai Barat, rumpun Apo Kayan
Suku Bahau, Kutai Barat, rumpun Apo Kayan
Suku Penihing, Kutai Barat, rumpun Punan
Suku Punan, Kutai Barat, rumpun Punan
Suku Modang, Kutai Timur, rumpun Punan
Suku Basap, Bontang-Kutai Timur
Suku Ahe, Kabupaten Berau
Suku Tagol, Malinau, rumpun Murut
Suku Brusu, Malinau, rumpun Murut
Suku Kenyah, Malinau, rumpun Apo Kayan
Suku Lundayeh, Malinau
Suku Pasir di Kalimantan Timur : Kabupaten Pasir
Suku Dusun di Kalimantan Tengah
Suku Maanyan di Kalimantan Tengah : Barito Timur
Orang Maanyan Paju Sapuluh
Orang Maanyan Paju Epat
Orang Maanyan Dayu
Orang Maanyan Paku
Orang Maanyan Benua Lima Maanyan Paju Lima
Orang Dayak Warukin di Tanta, Tabalong, Kalsel
Suku Samihim, Pamukan Utara, Kotabaru, Kalsel
Suku Dompu NTB : Kabupaten Dompu
Suku Donggo, Bima
Suku Duri di Sulawesi Selatan

E
Suku Eropa-Indonesia (orang Indo atau peranakan Eropa-Indonesia)

F
Suku Flores di NTT : Flores Timur

G
Suku Gayo di NAD : Gayo Lues Aceh Tengah Bener Meriah
Suku Gorontalo di Gorontalo : Kota Gorontalo
Suku Gumai di Sumatera Selatan : Lahat
Suku Komering di Sumatera Selatan : Baturaja
Suku Semendo di Sumatera Selatan : Muara Enim
Suku Lintang di Sumatera Selatan : Lahat

I
Suku India-Indonesia

J
Suku Banten di Banten
Suku Cirebon di Jawa Barat : Kota Cirebon
Suku Jawa di Jawa Tengah, Jawa Timur
Suku Tengger di Jawa Timur
Suku Osing di Jawa Timur : Banyuwangi
Orang Samin di Jawa Tengah : Purwodadi
Suku Melayu Jambi di Jambi : Kota Jambi

K
Suku Kaili di Sulawesi Tengah : Kota Palu
Suku Kaur di Bengkulu : Kabupaten Kaur
Suku Kayu Agung di Sumatera Selatan
Suku Kerinci di Jambi : Kabupaten Kerinci
Suku Komering di Sumatera Selatan : Kabupaten Ogan Komering Ilir
Suku Konjo Pegunungan, Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan
Suku Konjo Pesisir, Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan
Suku Kubu di Jambi dan Sumatera Selatan
Suku Kulawi di Sulawesi Tengah
Suku Kutai di Kalimantan Timur : Kutai Kartanegara
Suku Kluet di NAD : Aceh Selatan
Suku Krui di Lampung

L
Suku Laut, Kepulauan Riau
Suku Lampung di Lampung
Suku Lematang di Sumatera Selatan
Suku Lembak, Kabupaten Rejang Lebong, Bengkulu
Suku Lintang, Sumatera Selatan
Suku Lom, Bangka Belitung
Suku Lore, Sulawesi Tengah
Suku Lubu, daerah perbatasan antara Provinsi Sumatera Utara dan Provinsi Sumatera Barat
Suku Karo Sumatera Utara

M
Suku Madura di Jawa Timur
Suku Makassar di Sulawesi Selatan : Kota Makassar
Suku Mamasa (Toraja Barat) di Sulawesi Barat : Kabupaten Mamasa
Suku Mandar Sulawesi Barat : Polewali Mandar
Suku Melayu
Suku Melayu Riau di Riau
Suku Melayu Tamiang di NAD : Aceh Tamiang
Suku Mentawai di Sumatera Barat : Kabupaten Kepulauan Mentawai
Suku Minahasa di Sulawesi Utara : Kabupaten Minahasa terdiri 9 subetnik :
Suku Babontehu
Suku Bantik
Suku Pasan Ratahan
Suku Ponosakan
Suku Tonsea
Suku Tontemboan
Suku Toulour
Suku Tonsawang
Suku Tombulu
Suku Minangkabau, Sumatera Barat
Suku Mori, Kabupaten Morowali, Sulawesi Tengah
Suku Muko-Muko di Bengkulu : Kabupaten Mukomuko
Suku Muna di Sulawesi Tenggara : Kabupaten Muna

N
Suku Nias di Sumatera Utara : Kabupaten Nias, Nias Selatan

O
Suku Osing di Banyuwangi Jawa Timur
Suku Ogan di Sumatera Selatan

P
Suku Papua/Irian
Suku Asmat di Kabupaten Asmat
Suku Biak di Kabupaten Biak Numfor
Suku Dani, Lembah Baliem, Papua
Suku Ekagi, daerah Paniai, Abepura, Papua
Suku Amungme di Mimika
Suku Bauzi, Mamberamo hilir, Papua utara
Suku Arfak di Manokwari
Suku Kamoro di Mimika
Suku Palembang di Sumatera Selatan : Kota Palembang
Suku Pamona di Sulawesi Tengah : Kabupaten Poso
Suku Pasemah di Sumatera Selatan
Suku Pesisi di Sumatera Utara : Tapanuli Tengah
Suku Pasir di Kalimantan Timur : Kabupaten Pasir

R
Suku Rawa, Rokan Hilir, Riau
Suku Rejang di Bengkulu : Kabupaten Kepahiang, Kabupaten Lebong, dan Kabupaten Rejang Lebong
Suku Rote di NTT : Kabupaten Rote Ndao

S
Suku Saluan di Sulawesi Tengah
Suku Sambas (Melayu Sambas) di Kalimantan Barat : Kabupaten Sambas
Suku Sangir di Sulawesi Utara : Kepulauan Sangihe
Suku Sasak di NTB, Lombok
Suku Sekak Bangka
Suku Sekayu di Sumatera Selatan
Suku Semendo di Bengkulu
Suku Serawai di Bengkulu: Kabupaten Bengkulu Selatan dan Kabupaten Seluma
Suku Simeulue di NAD : Kabupaten Simeulue
Suku Sigulai di NAD : Kabupaten Simeulue bagian utara
Suku Sumbawa Di NTB : Kabupaten Sumbawa
Suku Sumba di NTT : Sumba Barat, Sumba Timur
Suku Sunda di Jawa Barat

T
Suku Talaud di Sulawesi Utara : Kepulauan Talaud
Suku Talang Mamak di Riau : Indragiri Hulu
Suku Tamiang di Aceh : Kabupaten Aceh Tamiang
Suku Tengger di Jawa Timur Kabupaten Pasuruan dan Probolinggo lereng G. Bromo
Suku Ternate di Maluku Utara : Kota Ternate
Suku Tidore di Maluku Utara : Kota Tidore
Suku Timor di NTT, Kota Kupang
Suku Tionghoa-Indonesia
Orang Cina Parit di Pelaihari, Tanah Laut, Kalsel
Suku Tojo di Sulawesi Tengah : Kabupaten Tojo Una-Una
Suku Toraja di Sulawesi Selatan : Tana Toraja
Suku Tolaki di Sulawesi Tenggara : Kendari
Suku Toli Toli di Sulawesi Tengah : Kabupaten Toli-Toli
Suku Tomini di Sulawesi Tengah : Kabupaten Parigi Moutong

U
Suku Una-una di Sulawesi Tengah : Kabupaten Tojo Una-Una


W
Suku Wolio di Sulawesi Tenggara: Buton

Sumber diperolehi dari: http://dunia-panas.blogspot.com/2010/03/inilah-macam-macam-suku-di-indonesia.html

10.09.2010

Aku mengulas secara ringkas buku ini…


 

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita masih mampu memakmurkan bumiNya, selawat dan salam untuk Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya serta para sahabat dan seluruh umat Islam di atas muka bumi ini. Subhanallah, rasanya macam sudah lama aku tidak menulis dalam 'blog' ini yang biasa-biasa sahaja.

Alhamdulillah, aku berkesempatan membeli dan membaca buku terbaru Ustaz Zaharuddin yang bertajuk RIBA DAN ISU KEWANGAN SEMASA. Ok, dengan secara ringkas aku cuba membuat ulasan tentang buku ini untuk tatapan sesiapa yang membaca 'blog' ini.

Petikan sinopsis dari buku ini:

"Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – 'membantu kemudian membunuh'. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang 'berhemah' dengan simbolnya – 'mengikut kemampuan semasa'".

Isi Kandungan buku ini antara ialah:

Bahagian 1: Pendedahan Asas Berkaitan Riba

-Definisi Riba

-Hikmah di Sebalik Pengharaman Riba

-Perbezaan Riba dan Jual Beli

- dan lain-lain.


 

Bahagian 2: Isu Berkaitan Riba

-Zalim Bukan Penentu Riba

-Pengajaran daripada Hukum Musafir

-Riba di Antara Kerajaan dan Rakyat dibenarkan?

- dan lain-lain.


 

Bahagian 3: Isu-isu Kewangan Semasa

-Mengapa Muslim Jauh dari Bank Islam?

-Bank dan Rekod Senarai Hitam Pelanggan

-Cabutan Bertuah dan Bentuk, Pertandingan Moden

- dan lain-lain.


 

Jika kamu seorang yang berminat dengan ilmu, melihat isi kandungan di atas sahaja akan membuat jiwa kamu berkeinginan untuk memiliki buku tersebut.


 

Renungkanlah firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah 2: 278-279


 

Yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki-baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya".


 

Sekira anda berminat beli buku tersebut bolehlah secara online dengan klik DI SINI cari kod buku : TBBK 1160.

Yang dekat bolehlah pinjam dengan aku.

8.22.2010

Cantik Tapi Beracun

Kalau saudara-saudara lihat gambar di sebelah saya rasa saudara-saudara semua sudah tentu biasa melihatnya bukan? Aku pun tidak pasti apa nama sebenar pokok hiasan, ada yang panggil pokok puding dan ada juga yang panggil pokok keladi hiasan dan lain-lain. Ini antara tanaman hiasan yang selalu digunakan sebagai perhiasan di halaman atau di dalam rumah.

Tetapi sebenarnya pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Selain itu ia juga senang tumbuh berdasarkan iklim negara ini. Daunnya yang besar dan hijau; menyebabkan ianya selalu diletak di kawasan taman awam.

Sebagai rujukan saudara-saudara boleh rujuk di laman sesawang ini:

http://plantamor.com/index.php?CatID=13

http://www.rahsiataman.com/Taman/Tumbuhan%20landskap/tumbuhan%20beracun/tumbuhan%20beracun.html

http://images.google.com.my/images?sourceid=navclient&rlz=1T4HPAA_enMY250MY277&q=tumbuhan+beracun&um=1&ie=UTF-8&ei=bpeaSoqiF4yOkQW5pcGrAg&sa=X&oi=image_result_group&ct=title&resnum=4&biw=1280&bih=540

http://museum.gov.ns.ca/poison/?section=plants

http://www.botanical-online.com/alcaloidesangles.htm

Kebanyakkan artikel tentang tumbuhan beracun ini terdapat dalam bahasa Inggeris. Saudara boleh terjemah guna Google Translation http://translate.google.com.my/?hl=en&tab=wT#

Kalau hendak tahu lebih banyak boleh bertanya dengan Pakcik Google. Ok. Selamat Berpuasa.

Cantik tak semestinya berguna, adakalanya buruk tapi berguna.