6.15.2010

Tentang Tayar yang ramai dari kita tidak tahu…huhu

Assalamualaikum wbt…lama sudah rasanya saya tidak menulis dalam blog saya, mungkin dek kerana FaceBook menyebabkan saya sedikit terabaikan blog ini. Okey, sambil surf internet tadi saya terjumpa satu informasi yang berguna untuk kita semua. Selama ini kita hanya tahu guna sahaja, tapi belum tentu kita tahu apa benda yang kita gunakan tu. Informasi ini saya jumpa di http://www.blogsempoi.com/tayar-101-panduan-mengenai-tayar-tyre-guide.html

Semoga informasi bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah..


 


A – Nama pengeluar / nama brand
B – Saiz tayar, tujuan dan tahap kelajuan tayar.
C – Jenis tayar dibuat
D – Jenis permukaan yang sesuai utk tayar -> lumpur, salji
E – Tekanan tayar
F – ECE approval
G – North American Dept of Transport compliance simbol nombor id
H – Negara pengeluar.

Selain dari benda atas ni, kadang kita ada juga nampak tanda2 lain yg ada pada dinding tepi tayar.

+ Kadar suhu tayar – menunjukkan berapa bagus untuk tayar itu mampu menahan kepanasan yang dibina ketika berjalan (kemampuan menahan panas).
"A" = paling bagus, "C" = paling rendah

+ Kadar cengkaman tayar – menunjukkan kemampuan tayar untuk berhenti ketika basah
"AA" = paling bagus, "C" = paling rendah

+ kalau kita tengok kat tanda G pada gambar rajah, dua huruf selepas perkataan 'DOT', bermaksud, pengeluaran tayar itu secara terperinci. (nama syarikat dan negara kilang). setiap kilang tayar didunia, ada kod masing2. kalau "FA" kat gambar atas ni, bermaksud "The Yokohama Rubber Company, Limited, Hiratsuka, Kanagawa-Pref, Japan"
Kalau tayar biasa kita nampak kat negara kita, mungkin nampak "2D" bermaksud Silverstone Tire & Rubber Company Sdn Bhd, Taiping, Perak, Malaysia

- Tanda tambahan pada tayar

* "Star": tayar asal untuk BMW
* B: Bias – biasa utk motorsikal lah!!!
* BSW: Black SideWall – dinding tepi warna hitam
* C: Commercial; tayar untuk lori ringan
* E4: Tayar yang lulus mengikut undang2 ECE
* FR: Flange Rib – bibir luar tayar yg kat rim, utk lindung rim dari calar atau bengkok bila terkena "kerb" atau lubang. kat mesia, ada yg panggil "rim guard"
* LT: Light Truck tyres. – utk lori ringan (sama dgn C)
* M0: Tayar asal untuk Mercedes-Benz
* M+S, or M&S: Mud and Snow – jenis permukaan yg sesuai utk tayar – salji atau lumpur
* Made in …: Negara asal pengeluar
* N(number): Tayar asal untuk porsche
* OWL: Outline White Lettering – tulisan putih lah
* SL: Standard Load; tayar utk kegunaan biasa
* TL: Tubeless – takdo pakai tube
* TT: Tube-type, tayar mesti pakai tube
*
TWI: Tread Wear Indicator. – penunjuk kehausan bunga tayar
* WSW: White SideWall – dinding tepi tayar warna putih
* XL: eXtra Load; tayar utk kenderaan berat
* Arrows: arah pusingan tayar


- DOT dan umur tayar?

kalau kita tengok kat tayar kita, dekat2 dengan perkataan DOT tu, mesti nampak 3 atau 4 nombor.
ok, 4 nombor tu, menunjukkan bila tayar tu dibuat.
INGAT!!
jangan guna tayar melebihi dari 6 tahun dari masa dikeluarkan.

3 nombor tu, menunjukkan tayar tu dikeluarkan SEBELUM tahun 2000.
4 nombor pula, menunjukkan tayar tu dikeluarkan SELEPAS tahun 2000.

Cara membaca umur tayar / bila tayar itu dibuat
kalau kita nampak 4 nombor dekat2 dengan DOT tu, seperti
3505, 35 tu bermaksud tayar itu dikeluarkan pada minggu ke-35, dan 05 itu bermaksud tayar itu dikeluarkan pada tahun 2005

- Tanda Saiz Tayar

mungkin ramai dah tau pasal saiz tayar bila baca kat dinding tepi tayar. tapi mungkin juga yg tak berapa jelas dgn detail maksud tulisan kat saiz tayar tu. aku terangkan gak lah.

165 55 H R 14

165 = saiz lebar tayar.
55 = saiz tebal tayar.
H = Kadar kelajuan untuk tayar (speed rating)
R = Radial
14 = saiz rim / wheel

kalau tayar untuk besar, selalu kita nampak byk lagi kod2 pada saiz tayar yang kita tak faham
contoh,

185 65 R 13 91 H

185 = saiz lebar tayar
65 = saiz tebal tayar
R = Radial
13 = Saiz rim
91 = Load index (indeks berat)
H = kadar kelajuan

ada juga kita nampak pada tayar utk kereta2 besar, lagi banyak kod2 pada saiz tayarnya
contoh,

180 55 ZR 17 73W

180 = saiz lebar tayar
55 = saiz tebal tayar
Z = kelajuan 149mph+
R = Radial
17 = saiz rim (diameter)
73 = load index
W = kadar kelajuan

Maksud tiap2 huruf untuk Load index


Maksud tiap2 huruf untuk kadar kelajuan (maksimum)


owh itu MPH, susah lah nak kira dgn KMH.
nah aku bagi yg simple punya kira2.

L 120 kmh
M 130 kmh
N 140 kmh
P 150 kmh
Q 160 kmh
R 170 kmh
S 180 kmh
T 190 kmh
U 200 kmh
H 210 kmh
V 240 kmh
W 270 kmh
Y 300 kmh
Z 240+ kmh

itu saja untuk kali ini. lain masa (bila aku ada masa lebih!!!) kita belajar plak pasal bunga tayar, maksud warna belang, titik2 berwarna pada tayar.

kesimpulannya,
sila peka dengan maksud kod2 pada tayar anda demi keselamatan anda.

CHEERS!!

p/s – sapa2 nak salin benda ni, aku benarkan, asalkan korang "QUOTE" benda ni datang dari tulisan budak kenariclub.net !!!!
- utk tayar biasa dan bukan utk tayar luarbiasa seperti tayar kapal terbang, JCB, tayar penggerak pelancar roket etc.

references
- carbibles
- wiki
- experience

Tiada ulasan:

Catat Ulasan