5.23.2010

Merapu kat Car Wash…

Hari ini aku malas nak basuh kereta sendiri,badan ini masih lenguh2 dek main badminton...huhu, hantar ke carwash,siap vacuum sekali. Sambil2 menunggu kereta ni siap basuh, tiba2 saja datang ide nak merapu,aku taip kat dalam Nokia E71 aku.

Seingat aku sebelum,aku pernah menonton dokumentari tempatan di TV1 ttg kembara ke sebuah gua di pedalaman Kelantan (tak ingat kat kawasan mana). Di mana gua tersebut dikatakan tempat gajah dan anak2 gajah bermain2. Bila mereka masuk ke dalam gua tu, ada 2 bangkai gajah, 1 kecik 1 besar. Menurut 'guide' tersebut bangkai tersebut adalah bangkai mak gajah dan anaknya. Mungkin anak gajah telah terjatuh ke dalam gua tersebut, dan mak gajah pun cuba menyelamatkan anaknya,tapi malangnya mak gajah juga terjatuh, akhirnya kedua2nya telah terperangkap dalam gua tersebut hingga kembali rahmatullah... :)

Kesimpulannya, haiwan yang tidak berakal tapi mempunyai naluri kasih sayang pun terlalu menyayangi zuriat mereka. Tetapi bagaimana pula dengan kita ni yang Allah telah kurnia otak dan akal? Sekarang ni banyak kes ttg pembuangan bayi yang tak berdosa. adakah bayi yang dilahirkan secara 'halal' sanggup dibuang begitu saja? Aku rasa,kalau ibubapanya kesempitan ekonomi pun mereka takkan buang anak2 mereka, paling koman pun mereka akan beri pada sedara2 atau orang lain utk dijadikan anak angkat. Permasalahannya, yang terlibat kes2 buang bayi ini ialah mereka yang sangat tak ada tanggungjawab atau yang terlibat dengan seks bebas yang menyebabkan lahirnya anak2 luar nikah. jadi utk mengelakkan malu, sampai ada yang sanggup buang,tanam dan bakar bayi2 mereka. Kesimpulan, apa pun kerjaya kita, ustaz ke, cikgu ke, doktor ke, askar ke, polis ke dll kita jangan lupa memberi didikan syariat islam sebaik mungkin kepada anak2 dan keturunan. Moga2 dengan bekalan agama yang kita berikan kepada mereka dapat menjadi bekalan panduan hidup di masa2 mendatang. Di samping itu,kita sebagai sebagai ibubapa pun boleh dapat pahala, bila kita dah meninggalkan dunia,kita masih pahala dari doa2 anak yang soleh.

Sabda Rasulullah saw, mafhumnya: Apabila matinya anak adam semua amalan akan terputus kecuali 3 perkara:

1. Ilmu bermanfaat yang diajarkan kpd org lain.

2. Sedekah amal jariah.

3. Doa anak yang soleh.

Ok,cukup setakat ni jer aku nak merapu (merapu yang berfaedah)... :) sebab kereta sudah siap dicuci dan divacumm. Sekian terima kasih.

5.18.2010

Tanda2 Anda Mengalami Masalah Kewangan

  1. Sekiranya ANDA tidak dapat mengawal kewangan ANDA.
  2. Sekiranya bebanan kredit ANDA semakin berat dan tidak dapat diuruskan.
  3. Sekiranya ANDA hanya mampu membuat pembayaran minimun 5% untuk bil kad kredit ANDA.
  4. Sekiranya ANDA mengeluarkan wang tunai pendahuluan daripada akaun kad kredit untuk membiayai perbelanjaan ANDA.
  5. Sekiranya pemiutang kerap menghubungi ANDA.
  6. Sekiranya anda diberi notis tuntutan guaman.
  7. Sekiranya "cash flow" atau aliran tunai dari sumber pendapatan bersifat negatif.

Andaikata jika terdapat ciri2 di atas pada kehidupan ANDA, cepat2 le buat muhasabah kewangan dan perbelanjaan untuk diri ANDA.

Jangan lupa untuk upah diri anda dahulu sekurang2nya 10% dari gaji ANDA. Dah upah diri sendiri dulu barulah bayar yang lain2.

5.16.2010

Guru Pembina Negara Bangsa.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang memberikan kekuatan kepada kita semua untuk menjalani kehidupan sambil menambah pahala untuk menjadi bekalan menuju ke akhirat kelak.

Hari ini hari Ahad, 16 Mei adalah Sambutan Hari Guru dalam Malaysia. Temanya sama macam tahun lepas Guru Pembina Negara Bangsa. Sambutan peringkat kebangsaan akan di adakan di negeri Pahang (kebetulan pula senegeri tempat kelahiran PM kita).

Tetapi apa timbul dalam benak fikiran aku ini ialah berapa ramaikah guru2 atau masyarakat yang faham tentang maksud NEGARA BANGSA itu?

Menurut apa yang aku sedut dari WIKIPEDIA, negara bangsa ialah:

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman
nasionalisme.

Jadi konsep negara bangsa ialah "satu". Semua "satu" tiada perbezaan. Dalam konteks Malaysia, negara bangsa ialah satu percubaan untuk menjadi Malaysia ini sebagai bangsa Malaysia (mungkin tiada lagi bangsa melayu, cina, india dll), tetapi kita akan di kenal sebagai bangsa Malaysia...tak kisah le korang melayu ke, cina ke, india, bumiputera ke apa2 ke, masyarakat dari luar negara akan mengenali korang sebagai BANGSA MALAYSIA. Semuanya akan cuba digabungkan ke dalam satu wadah...contohnya kebudayaan...budaya melayu, cina, india, bumiputera akan cuba digabungkan.

Maksudnya, walaupun Malaysia mempunyai berbagai2 etnik, bahasa, budaya, makanan dan minuman, walaupun berbeza tetapi kita tetap dikenal sebagai bangsa MALAYSIA.

Antara contoh negara bangsa ialah Jepun. Amerika Syarikat pun sebenarnya dalam proses menuju ke arah negara bangsa di mana mereka akan di kenal sebagai bangsa Amerika walaupun sebenarnya mereka ni orang negro, mexico, cina dll.

Kesimpulannya tugas cikgu ni boleh dikategorikan sebagai "tugas besar". Guru bukan hanya sekadar mengajar tetapi mendidik akhlak. Tugas Guru Sebagai Pembina Negara adalah tugas besar.

SELAMAT HARI GURU...terima kasih cikgu.

Apa yang aku tulis ni hanyalah pendapat aku sahaja. Kalau ada yang nak tambah atau komen2 boleh pi ke facebook gue http://www.facebook.com/dhomazril