Assalamualaikum wbt…hari ini hari sabtu, banyak juga sekolah yang buat sekolah ganti. Balik rumah duk2 …. Apa lagi…buka laptop..on…cucuk broadband….ONLINE terus…. Sebenarnya kita harus bersyukur kepada Allah kerana telah diberi kekuatan untuk melayari internet… (ingat senang ke nak melayari internet ni)…yeke? Ye lah….kalau tak de duit macamne nak beli komputer @ laptop, takde duit macamne nak langgan ISP …ISP tu apa bende? Interner Service Provider le…. Takde duit, susah… zaman sekarang ni duit adalah keperluan penting. Cuba pikir, dapat duit dari mana? Haiya…dapat duit mestilah dengan berkerja (kerja yang halal jer)…jadi kesimpulannya… kita2 ni (termasuk le aku) wajib bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan rezeki kerjaya yang sesuai dan tetap kepada kita…macamne tu? Caranya, kita kena le kerja2 bersungguh2…buat kerja sehabis yang termampu dan terbaik. Cuba bayang, kalau aku sekarang tak kerja tetap sebagai cikgu… mesti nak beli laptop pun susahhhh…..apatah lagi nak online…kena le pi WARNET…apa benda tu? Warung Internet ler…
Hahaha…kali ni aku nak kongsi dengan sapa2 yang terbaca blog paling canggih aku ni….hoho
Tanda2 seseorang itu menjadi Munafik:
- Iman tidak tetap dan tidak teguh.
Orang sebegini dapatlah ibarat seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin. Orang yang tidak teguh imannya sentiasa berubah2 mengikut keadaan. Mereka sangat mudah terikut2 dan terpengaruh dengan persekitaran.
- Tindak-tanduk yang sentiasa berubah.
Orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat. Ketika dia bersama orang yang sedang beribadat, dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya. Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.
- Tidak tetap kata.
Dia sentiasa mengubah pendiriannya . Sewaktu bersama dengan orang Mukmin lainnya, dia kan memuji2 Islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi dibelakang orang Mukmin, secara senyap di akan menghina Islam.
- Sentiasa mengharapkan kebaikannya dibalas.
Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat (penulis: kecuali kalau berniaga, biar sesuai dengan situasi dan kondisinya).
- Jiwanya tidak tenteram
Dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap pura2 di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.
- Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup.
Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi org munafik hanyalah satu mitos dan khayalan.
Haaaa….dah baca tanda2 orang munafik? Adakah aku dan kita2 semua ada tanda2 ni dalam diri kita? Silap2 aku pun ada ciri2 munafik ni…huhu…takpe yg penting sekarang ni ialah "sampaikan walaupun satu ayat"…..
Artikel kat atas tu aku kutip dari buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ismail Kamus.. muka surat 21. Sedap baca buku ni…ada gambar2. Aku nak kempen supaya setiap individu atau keluarga tak kira cikgu ke, lawyer ke, tentera ke, apa2 ke….beli buku ni…sekurang2nya boleh dijadikan rujukan…boleh ajar kat anak2 kita dan anak murid…
Ehm2…..untuk maklumat lanjut saudara2ku bisa melayari KEDAI BUKU ONLINE AZRIL
Psttt……klu nak jadi usahawan, tak kira ler nak buat sampingan atau sepenuh masa…. Bisa klik Jual Buku secara online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan