7.22.2011

Kisah seorang jutawan sederhana.

Warren Edward Buffet adalah seorang jutawan terkenal dunia. Terkenal sebagai pelabur, ahli perniagaan dan dermawan, beliau ini sebenarnya dilahirkan di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat. Dilahirkan pada 30 Ogos 1930, beliau pernah ditabalkan sebagai antara 100 individu dunia yang berpengaruh oleh Majalah Times. Sifat dermawannya terbukti apabila mencatat rekod derma terbesar di Amerika Syarikat yang berjumlah USD31 bilion. Berikut adalah serba sedikit perkara menarik berkenaan Warren Buffet:

1. Pada usia 11 tahun, dah beli saham sendiri. Pada hari ini, beliau menyesal sebab memulakannya pada usia yang lewat!

2. Pada usia 14 tahun, dah beli ladang kecil dari simpanannya sendiri hasil daripada bekerja sebagai penghantar surat khabar.

3. Pada hari ini, beliau masih tinggal di rumah sederhana besar 3 bilik di Bandar Omaha, yang dibelinya ketika berkahwin lebih kurang 50 tahun dahulu. Menurutnya segala apa yang diperlukan adan di situ dan rumah itu begitu selesa baginya. Tiada pagar atau tembok yang mengelilingi rumahnya itu.

4. Memandu sendiri keretanya tanpa mempunyai pemandu atau pengawal di sekelilingnya.

5. Tidak pernah memiliki dan menaiki jet peribadi jika ada urusan di luar negara walaupun memiliki sebuah syarikat jet terbesar dunia.

6. Syarikatnya iaitu Berkshire Hathaway mempunyai 63 anak syarikat. Beliau hanya menulis satu perkataan sahaja untuk setiap pengurus anak syarikatnya iaitu sasaran keuntungan setiap tahun. Beliau tidak pernah mengadakan mesyuarat atau menghubungi mereka selalu, Cuma memberi 2 peraturan kepada setiap pengurus itu. Pertama, jangan rugikan duit pemegang saham. Kedua, jangan lupa peraturan pertama!

7. Tidak bersosial dengan masyarakat korporat. Lepas pulang daripada kerja, apa yang dibuatnya ialah makan pop corn sambil tengok TV.

8. Tidak menggunakan telefon bimbit sehinggalah tahun 2007 dan sampai sekarang, e-melnya masih belum wujud!

Pesanan beliau pada orang muda:

1. Jauhi daripada menggunakan kad kredit dan melaburlah untuk diri sendiri.
2. Manusia menjadikan wang, tetapi wang tidak menjadikan manusia.

3. Jangan buat apa yang orang lain katakana, dengar saja, tetapi buat apa yang kamu fikirjan terbaik.

sumber:
http://www.mysembang.net/v10/index.php/topic,5533.0.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan