7.21.2010

Usahawan Terbilang

"Islam tidak mengalakkan seseorang itu sentiasa duduk bertapa di masjid sebaliknya hendaklah aktif bekerja mencari rezeki. Sebaliknya, jangan pula seseorang itu asyik berkerja mencari rezeki hingga melupakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t."

NABI MUHAMMAD S.A.W SEORANG AHLI PERNIAGAAN

Nabi Muhammad mula berniaga dengan mengembala kambing dari kecil. Baginda juga telah dilatih berniaga oleh datuknya Abdul Mutalib dan bapa saudaranya Abu Talib sejak kecil lagi.

Apabila meningkat remaja, Baginda telah membawa barangan dagangan yang besar kepunyaan Sayidatina Khadijah ke negara Syam dan memperolehi keuntungan yang berlipat ganda.

Usman bin Affan r.a khalifah Islam yang ketiga dan Abdul Rahman bin Auf, adalah antara 10 sahabat yang dijamin masuk syurga, juga merupakan ahli perniagaan yang terkenal dalam kalangan para sahabat.

ANDA INGIN JADI USAHAWAN

Memiliki perniagaan menjadi impian ramai orang. Memulakan perniagaan itu akan menterjemahkan impian anda menjadi realiti. Tetapi terdapat jurang di antara impian anda dengan realiti. Jurang ini hanya dapat dilalui dengan perancangan yang teliti.

Selaku bakal pemilik perniagaan, anda perlu merancang untuk mengelakkan diri daripada terjatuh ke dalam lubang-lubang halangan, supaya dapat mencapai matlamat dan membangunkan perniagaan yang menguntungkan."


Dipetik dari buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buku ini boleh dibeli secara online melalui Kedai Buku Online Stormreaders. KLIK DI SINI.


 

7.17.2010

Menulis Pada Hari Sabtu


 

Assalamualaikum wbt…Alhamdulillah kami masih lagi diberi sesuatu yang sangat termahal iaitu Rahmat Allah SWT. Tanpa rahmatNya hidup di dunia tiadalah bererti.

Seperti biasa macam sebelum ini tugas seorang guru ini sentiasa sibuk (tetapi masih lagi masyarakat yang beranggapan tugas guru adalah kerja paling mudah mungkin disebabkan antaranya cuti sekolah yang banyak dan mengajar separuh hari). Hakikatnya guru mempunyai banyak tugas (itu pun bagi guru2 yang punya komitmen, lainlah bagi mereka yang sudah malas). Kalau tak percaya, cubalah bertanya kepada kawan-kawan atau suami atau isteri yang menjadi guru. Tak pun korang tanyalah kepada Betara Guru Tujuh Petala Langit Tujuh Petala Bumi. Hehe.

Di samping kesibukan-kesibukan itu, disempatkan juga untuk menulis dalam "wordpress" ini :) .

Beberapa hari yang lepas kita telah mendapat berita tentang pengurangan subsidi oleh pihak pemerintah, jadi jika berlakunya pengurangan subsidi, maka akan berlakulah kenaikan beberapa harga barangan yang penting dalam kehidupan seharian kita seperti petrol, tong gas dan sebagainya. Dan jika tidak dikawal, silap-silap haribulan harga barang yang lain pun boleh naik (kan alasan bagi para pemborong untuk menaikan harga barangan ialah "harga minyak naik").

Dalam harga minyak nak naik sempat jugalah beli sebuah buku. Ketahuilah oleh kamu semua bahawa dengan membaca buku akan menyebab kamu menjadi seorang berilmu pemgetahuan, sesungguhnya orang yang tahu itu tidak sama dengan orang tidak tahu. (itu pun kalau dibaca ler).

Buku ini aku beli dari penulis sendiri , tajuknya ialah Rancang Wang dari Sekarang a.k.a RWDS.

Kenapa aku beli buku ini?

  1. Sebagai seorang suami aku mesti pandai merancang untuk keluarga aku, terutamanya bab kewangan. Kenapa pula? Ye ler…nak bayar loan kereta, sewa umah, bil itu, bil ini, bla…bla…bla… semuanya kena dirancang dan ada perancangannya.
  2. Sebagai bapa, aku wajib merancang untuk menyimpan supaya dengan simpanan itu aku dapat berikan kepada anak2 aku yang terbaik terutamanya dari segi pendidikan….insyaAllah, aku nak hantar anak ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama…kan ilmu agama dengan dunia mesti seimbang…kan..kan…?
  3. Bila dah banyak simpanan, dah tentu kita jadi kaya (kaya ilmu, kaya iman, kaya akhlak dll). Bila dah kaya dan beriman, dah tentu kita dapat banyak bayar zakat, dapat banyak menderma, dapat bantu mereka yang tidak berkemampuan. Contoh sekarang ni, kita boleh pada diri Syed Al-Bukhari, dah ler jutawan, suka tolong2 orang, suka menderma…
  4. Siapa yang tak nak jadi kaya..kaya jutawan…sila angkat tangan? Kalau aku, terus terang ler, sekarang ini aku nak jadi kaya…orang kaya yang baik hati… :)
  5. Sesungguhnya orang kaya yang baik hati ialah orang yang telah merancang untuk berjaya. Islam mengajak kita untuk BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. Nak berjaya kat dunia mesti ada ilmu, nak berjaya di akhirat pun kena ada ilmu…pokoknya nak berjaya mesti dengan ILMU.
  6. …………………………………………. (fikir sendiri ler).

Mungkin ramai antara kita ni yang tak tahu dan tak pernah dengar istilah seperti aset, liabilti, pelaburan saham, unit amanah, hartanah bla..bla…bla… Kalau baca buku ini, inysaAllah kita boleh dapat sedikit ilmu2 asas dalam merancang kewangan (dapat tahu sikit2 lagi bagus daripada tak tahu langsung, betul tak?).

Dapat gaji, lepas dapat gaji nak buat apa? Adakah kena belanja abis-abisan sebab bulan depan gaji lagi? Nak tau, boleh buku ini.

Dalam buku ini sebenarnya mengandungi nasihat-nasihat yang asas kepada orang2 seperti aku yang ingin merancang untuk berjaya….berjaya apa tu? Berjaya jadi ………………………… (fikir sendiri ler).

------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah dalam penat2 ni, dapat juga menulis, idea tiba2 datang nak menulis. Padahal kat sekolah tadi (hari sabtu) kami, termasuk guru besar, guru penolong kanan, guru-guru dan kakitangan bertungkus lumus bergotong royong menyiapkan dan memperindahkan sudut PPDa… memang penat beb…fizikal penat…mental ceria.

Hehe… Masyithah sedang berlatih membaca buku.

Semoga suatu hari, engkau jadi orang baik hati dan berakhlak mulia.

Dia nak pegang buku yang tengah aku baca, aku pun bagi. Lepas tu tangkap gambar guna handphone.

Berminat nak beli boleh pi blog penulis buku Rancang Wang dari Sekarang , boleh klik kat SINI


 


 


 

Sekian, terima kasih.

Mohd Azril Salleh.

17.7.2010

Kampung Lohan Ulu, Ranau, Sabah, Malaysia.


 


 

7.09.2010

7 Kesilapan Lazim Dalam Menguruskan Wang

Sumber: http://www.min.com.my/min/article.aspx?menu=4&menuAttch=377&sec=article

"Saya telah bekerja selama 20 tahun tetapi sehingga kini wang simpanan saya  hanya sedikit sahaja. Kadangkala, saya tertanya-tanya kemanakah perginya wang saya?" - Puan Chong, Eksekutif

Pernahkah anda mendengar keluhan sebegini? Jika anda bertanya orang di sekeliling anda, besar kemungkinan anda akan berjumpa sekurang-kurangnya seorang yang sependapat dengan Puan Chong.

Jika anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenalpasti terlebih dahulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan agar anda dapat belajar daripadanya.


Kesilapan #1:
Gagal Merancang

Jika anda bertanya kepada orang disekeliling anda, pasti anda akan dapati ramai diantara kita yang tidak merancang kewangan. Alasan yang selalu diberikan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya". Sikap acuh tak acuh ini akan menjejaskan kedudukan wang anda, contohnya anda akan selalu membayar cukai yang tinggi, membiarkan pelaburan tidak berkembang dalam tempoh yang lama atau tidak bijak memilih produk-produk pelaburan/kewangan yang sesuai dengan anda.  Dengan bebanan kerja yang banyak, ramai diantara kita yang tidak memberi keutamaan kepada pengurusan wang dan membiarkan keadaan menjadi penentunya.

Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan yang berpendapatan sederhana, tabiat MERANCANG KEWANGAN akan membolehkan anda menjadi seorang yang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.


Kesilapan #2:
Berbelanja Melebihi Kemampuan

Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan-rakan dan juga iklan-iklan disekeliling kita. Saban hari iklan-iklan di TV, surat khabar dan kompleks membeli belah banyak mempromosikan gaya hidup yang mewah. Telefon bimbit model terkini, kereta mewah dan juga fesyen terbaru banyak mendorong kita untuk berbelanja diluar daripada kemampuan. Apatah lagi, ramai yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai diantara kita yang hanya mempunyai baki yang sangat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan setelah ditolak pinjaman rumah dan kereta; bayaran kad kredit, bil-bil dan sebagainya.


Kesilapan #3:
Berbelanja Menggunakan Kad Kredit

Tabiat beli dulu dan bayar kemudian merupakan perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai diantara kita yang memiliki lebih daripada satu kad. Walaupun kad kredit merupakan satu kemudahan tetapi ramai orang yang menyalahgunakannya dan menganggap ia adalah suatu alat untuk kita berbelanja dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula, dengan bayaran minima setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minima tersebut, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari. Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Ini adalah realitinya kerana mengikut laporan kemuflisan (bankruptcy report), peratusan orang yang jatuh muflis sejak kebelakangan ini telah meningkat, terutama sekali dikalangan golongan muda. Oleh itu, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat. Dengan membuat bayaran minimum setiap bulan, anda mungkin boleh terus berbelanja, tetapi anda harus ingat bahawa ia akan menyebabkan anda mengalami kerugian besar di belakang hari.

Kesilapan #4:
Lewat Menabung Untuk Hari Tua

Ramai diantara kita yang ingin bersara awal. Tetapi untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Walaubagaimanapun, masih ramai diantara kita, terutamanya mereka yang sudah hampir bersara yang masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan yang diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Apa yang berlaku adalah sebaliknya dimana setiap kali gaji naik, perbelanjaan kita pula yang bertambah, contohnya pengubahsuaian rumah, kereta baru, menjadi ahli kelab tertentu untuk bersaing dengan rakan-rakan dan sebagainya. Perbelanjaan sedemikianlah yang menyebabkan kita sukar menabung untuk hari tua.

Kesilapan #5:
Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian

Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Jangan bergantung kepada kata-kata penasihat kewangan semata-mata kerana ada diantara mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Kadangkala ada penasihat kewangan yang tidak bertanggungjawab dan memberikan maklumat yang tidak tepat untuk meningkatkan komisen jualan mereka. Jadi pastikan anda meneliti ciri-ciri sesuatu produk pelaburan tersebut dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

Kesilapan #6:
Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan

Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan yang membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama sekali jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Keadaan akan menjadi lebih malang jika orang yang hilang pendapatan tersebut merupakan ketua keluarga atau pencari nafkah dalam keluarga. Tanpa insuran atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

Kesilapan #7:
Terlampau Memikirkan Pasal Wang

Perkara diatas membincangkan tentang keperluan merancang kewangan dengan baik. Namun, dalam usaha memupuk tabiat yang baik tersebut, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara-perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan. Tanpa perkara ini, hidup anda tidak akan memberi sebarang makna walaupun anda mempunyai wang jutaan ringgit.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri tentang kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan  menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.