4.17.2010

Asam Jawa Campur Garam Laut

Assalamualaikum wbt… Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memberi kekuatan kepada kita untuk memakmurkan bumi bertuah ini. Hari ini hari sabtu, aku duduk rumah, kemas2 apa2 yang patut…tak tahan kalau tengok rumah tidak kemas…boleh berserabut jiwa ini. Salah satu petua untuk menghilang tekanan ialah dengan duduk di dalam rumah yang kemas (aku reka sendiri jer ni). Kalau duduk dalam rumah yang bersepah2 dah tentu mata yang melihat ni boleh buat hati kacau.

Apabila ruang tamu dah kemas…bilik2 dah kemas…dapur sudah kemas…tandas dah kemas…pinggan mangkuk dah basuh….baju2 dah dicuci….dah siap semua, kita boleh rehat2 dalam keadaan ceria, sebab rumah kita dah kemas dan bersih. Rumahku…Syurgaku…

Sambil2 berehat ni, aku teringat semula kenangan dulu2…antaranya time aku belajar silat gayong kat sekolah … dalam silat ni ada 2 jenis mandi berlimau…salah satunya ialah mandi seni. Bila dah kita buat mandi seni barulah kita boleh belajar senjata. Yang menariknya…dalam mandi seni ni ada satu acara yang mana murid2 gayong kena makan asam jawa campur dengan garam… time mata aku terbeliak juga lah..sebab dah tentu le bila kita makan asam jawa dengan garam terasa masin masam…huhu…cuak juga.

Tapi bila sampai giliran aku, aku ambil asam jawa tu dan gaulkan dengan garam…aku pejam mata, terus aku telan….. (dah tentu masin tu huhuhu)…..

Bila aku telan jer…aku buka mata….sebab apa?

Rupa2nya asam jawa yang digaulkan dengan garam rasanya sedap….(tak caya, korang cuba buat le)….

Rupa2nya ada falsafah disebalik makan asam jawa dengan garam tu….apa ke benda falsafahnya tu?

Asam jawa + garam = rasa sedap…

Falsafahnya:--------------------à>>>>>

"Begitu jugalah kehidupan kita di dunia ini…adakalanya kita rasa suka,kaya, ceria, tenang, gembira dsb….dan adakalanya juga kita rasa sedih, marah,miskin, sakit dsb (lu pikir le sendiri)…itulah yang dinamakan asam garam kehidupan….. kehidupan kita sentiasa berubah2….ada time gembira..ada time sedih..huhu…

Tapi jika kita menghadapi susah senang tersebut dengan tenang dan sabar ….insyaAllah di akhir nanti kita akan merasa betapa manis kehidupan ini"… Susah senang hidup didunia akhirnya merasa manis kehidupan di akhirat"……dengan syarat korang jangan lalaikan solat….

Asam jawa + garam laut= rasa sedap

Asam garam kehidupan = mengajar kita bersyukur atas nikmat Allah..

Huhuhuh…..sekian terima kasih.

Oleh:

Azril Salleh

Kg. Lohan Ulu…Ranau…Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan