4.05.2010

Oh! Perancangan…. Oh! Pengurusan…

Assalamualaikum wbt….aku ni baru jer balik dari sekolah. Lepas asar nanti (ranau, asar lebih 3.30ptg) aku nak pi sekolah semula…nak latih budak2 buat latihan paluan kompang dan formasi (susah wooo…nak ajar murid sekolah rendah main kompang dan formasi)….bila dah susah, sudah tentu aku kena buat sesuatu perancangan dan mengurus perancangan aku dengan sebaik mungkin. Betul atau tidak?

Sebenarnya semakin membesar ni semakin aku tahu betapa pentingnya kita membuat perancangan dan mengurus. Lebih2 lagi kalau kita ni sudah mendirikan rumah tangga…lagi le kita kena tahu merancang dan mengurus…penting sangat.

Kan Nabi SAW telah bersabda, yang mafhumnya : "Jika kau ingin kejayaan di dunia mestilah dengan ilmu, jika kau nak berjaya di akhirat pun mestilah dengan ilmu jugak….kalau kau nak berjaya kedua2nya pun mestilah dengan ilmu jugak"….. kesimpulannya, kalau korang sebagai seorang Islam yang nak Berjaya di dunia dan di akhirat MESTILAH DENGAN ILMU. Makna ilmu di sini sangat luas…macam2 ilmu pengetahuan yang ada di muka bumi Allah yang akan menyebabkan kita berjaya dunia akhirat...dan sudah tentulah ilmu yang paling penting ialah ILMU AGAMA ISLAM…haiyaa….

Kat sini aku nak tekankan bahawa dalam kehidupan ini MERANCANG dan MENGURUS adalah antara elemen2 penting dalam kehidupan…dan sudah pasti kita mampu mencapai kejayaan (persepsi kejayaan seseorang tak sama)….

PERANCANGAN….(sudah tentu le perancangan aku ialah nak semua keluarga aku masuk syurga, semua family aku dirahmati Allah SWT)

Contohnya:

Aku merancang dalam 20 tahun lagi (jika ada kesempatan) aku nak jadi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Aku merancang nak jadi orang kaya yang baik hati (kalau kaya, boleh le aku bayor zakat banyak…tolong2 orang fakir miskin).

Dan macam2 lagi……

Bila dah merancang, ko dah ada visi, mestilah ko kena laksanakan hal2 yang boleh mencapai ke arah visi ko tu….ini le yang dipanggil MISI.

Misi aku….jangan tinggal solat, berdoa selalu…berdoa untuk ibu bapa, moga2 ibu bapa kita mendoakan kita juga….belajar semampu mungkin (kumpul ilmu pengetahuan secukup2nya , belajar pun dapat pahala maaa……..), jangan ponteng kerja bla…bla…bla…

Hai…..jangan pandai merancang jer….tapi korang kena le juga pandai mengurussssssssssssssssssss…….

Alah….idea aku dah tak de pulak dah…huhuhuhuhu…..

Nak ilmu2 ni dah senang dah…ko tinggal cari jer dalam internet….masuk internet, jangan le buat kerja tak berfaedah pula….asyik main Farm Ville jer…buang masa.

Sekian Terima Kasih…..


 


 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan