4.27.2010

STORMREADERS? Apa benda tu…?

Assalamualaikum w.b.t… Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmatNya aku masih lagi mampu menaip kat laptop aku ni. Alhamdulillah cuaca di Kampung Lohan ni dalam keadaan baik-baik sahaja…Cuma kalau bukan musim hujan, pagi-pagi akan terasa panas dek panahan cahaya matahari…biasalah, kan kawasan Ranau ini terletak di "altitude" yang tinggi dari aras laut jadi dah tentu le dekat sikit dengan matahari berbeza dengan kawasan-kawasan yang terletak di "altitude" yang rendah.

Ok, di akhir2 bulan April ni aku telah terbaca satu cerita tentang sejenis perniagaan MLM yang mereka cakap 100% ikut syariat Islam…oleh kerana teruja dengan benda ni, aku baca dan studi le tentang benda ni…kaji dan terus mengkaji. Sebenar aku ni minat juga nak buat pendapatan sampingan…sekurang2nya dapat le aku tambah duit sikit2. Tapi kerja pendapatan sampingan yang nak aku buat ni seboleh2nya tidaklah akan menganggu sangat kerja utama aku ni…

Jeng…jeng…jeng… Salah satu jenis kerja yang boleh buat pendapatan sampingan dan yang tidak menganggu kerjaya utama aku antara ialah perniagaan/pemasaran melalui internet. Boleh dikatakan semua orang ada internet…broadband? P1 ?(potong…potong…) Streamyx dan lain2 lagi. Korang pasti biasa dengar iklan2 dalam internet ni contoh "kerja dari rumah jana rm100K ke, dan macam2 lagi"…kadang2 tu ada yang betul, ada juga yang tipu…tapi dalam alam perniagaan ini pun kita mesti ada ilmu…ilmu…ilmu….

Last2 setakat ni ada sejenis bisnis yang sesuai dengan aku, iaitu STORMREADERS….Ya Allah, apa benda STORMREADERS ni?

Murid2….. STORMREADERS ialah:

"Stormreaders Network adalah merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam.

Bagi memastikan aktiviti perniagaan rangkaian ini berdiri teguh dalam prinsip perniagaan Islam, Stomreaders Network Sdn Bhd turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan untuk setiap ahli agar sentiasa istiqamah dengan niat yang dipasang bemula dari peringkat awal. Ia juga dapat memastikan perniagaan rangkaian ini dinilai sebagai ibadah yang bermula dengan niat diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, pelaksanaan yang bertetapan dengan akad jual beli yang diakui syarak dan jauh daripada manipulasi serta gharar.

Stormreaders Network Sdn Bhd telah menjadikan ilmu sebagai produk yang akan difokuskan di dalam perniagaan ini kerana kebanyakan masalah yang menyerang umat Islam sekarang adalah berpunca daripada kekurangan ilmu pengetahuan dan kekangan ekonomi. Ia dipersembahkan dalam pelbagai format melibatkan buku, cenderahati, CD, VCD serta kaset yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal negara sepeti Dato' Fadilah Kamsah, Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, Ustaz Haji Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi dan lain-lain.

Malah lebih dari itu, pelan perniagaan ini bukan sahaja bermatlamat melahirkan usahawan yang berdikari, ia juga bertujuan melahirkan golongan elit Muslim yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik yang dengannya kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga akan lebih dirasai.

Diharapkan pelan perniagaan ini bukan sahaja dapat melahirkan usahawan yang berdikari, malahan ia juga dapat melahirkan golongan elit Muslim yang tinggi taraf ekonominya serta dapat merasai nikmat kebahagiaan dan keharmoniaan keluarga, masyarakat dan negara. Insya-Allah…"

Petikan ni aku sedut dari laman utama Stormreaders Networking.

MACAMNE NAK BUAT PENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN STORMREADERS NI?

Ha…macamne STORMREADERS boleh buat pendapatan sampingan untuk kita? Bapak2…Ibu2…jangan khuatir…kalian bisa mendapatkan informasi lebih lanjut dengan melayari
htt://www.stormreaders2U.net

Jangan lupa…untuk berjaya dalam apa sahaja bidang….kita mestilah ada ILMU.

Sekian Terima Kasih

Mohd Azril bin Mohamed Salleh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan