3.27.2011

Pada Zaman Dahulu.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Yang dimuliakan Tuan Pengerusi, barisan juri hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan kawan-kawan sekalian.
Berdirinya saya di atas pentas ini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Pada Zaman Dahulu”.
Kawan-kawan nak tahu tak? Cerita yang ingin saya ceritakan ini telah berlaku pada zaman dahulu yang berlaku di Mesir pada zaman Abbasiyah.

Pemerintah Mesir pada masa itu ialah Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz. Baginda memerintah Mesir pada 1259 hingga 1260. Antara jasa beliau yang paling diingati ialah kejayaannya menewaskan tentera Mongol dalam peperangan Ain Jalut.

Pada ketika itu seluruh kota Islam iaitu Baghdad, Syria dan Asia Tengah sudah ditakluki tentera Mongol. Hanya tinggal adalah tiga kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.

Untuk menghadapi kemaraan Mongol ini Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mengarahkan agar cukai dinaikkan bagi menampung kelengkapan dan perbelanjaan perang.

Justeru itu cukai-cukai dinaikkan sehingga membebankan rakyat. Para ulama telah dipanggil supaya memberi fatwa kerana zaman itu adalah zaman Islam dilaksanakan. Ulama-ulama disoal tentang kewajaran cukai tersebut, semua ulama mengizinkan pemerintah menaikkan kadar cukai bagi menyediakan keperluan pertahanan kerana negara berada dalam keadaan darurat.

Namun, dalam kalangan ulama tersebut ada seorang dengan tegas membantah tindakan pemerintah mesir itu. Padahal semua maklum suasana ketika itu adalah DARURAT.

Ulama tersebut ialah Izzuddin Abdus Salam (Al-Iz Abdul Salam). Bagi sultan, persetujuan ulama ini amat penting kerana pengaruh beliau lebih tinggi daripada sultan Mesir sendiri. Oleh hal yang demikian Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mengadap beliau memohon restunya dan sokongan terbukanya untuk menaikkan cukai demi keselamatan negara.

Al-Iz Abdul Salam bersetuju pada dasarnya dan akan mengumumkan persetujuannya di dalam khutbah jumaat pada hari itu. Beliau meminta Sultan hadir sama bersolat jumaat dan baginda boleh mendengar sendiri khutbah Jumaat dan persetujuan Al-Iz Abdul Salam.

Di dalam khutbah Al-Iz Abdul Salam menyokong perancangan pemerintah hendak mengunakan cukai dengan satu syarat sahaja iaitu sultan dan keluarganya hendaklah terlebih dahulu menjual istana-istana mereka serta perhiasan-perhiasan yang ada pada mereka dan anak isteri mereka semuanya dan digunakan untuk perbelanjaan peperangan. Jika tidak cukup maka barulah cukai baru kepada rakyat dikenakan.

Tentu sahaja pendapat ulama itu kurang disenangi oleh Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz. Namun, baginda akhirnya akur dengan saranan tersebut.

Berkat mematuhi saranan ulama berkenaan, juga restu rakyat, baginda akhirnya berjaya dalam misinya mengalahkan tentera Mongol pada 3 September 1260, di tempat yang bernama Ain Jalut. Kemenangan baginda ini menyebabkan tentera Mongol menghentikan usaha untuk menakluk negeri lain akibat kerugian dan kekalahan yang dialaminya.
Kesimpulannya “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”
Sekian, terima kasih. Wabillahitaufiq walhihadayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1 ulasan:

  1. Online Baccarat | Free Baccarat, No Download & No Registration
    Find the best 인카지노 online Baccarat games with free spins & no registration. Get 바카라 사이트 free bonus 온카지노 and start playing now.

    BalasPadam