8.06.2011

Hari ini hari Sabtu...Saturday.

 

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera ke atas kamu semua….

Sebenarnya bukan apa, saja hendak cerita yang aku ada beli buku ini. Buku ini baru saja aku beli walaupun aku dah nampak buku ini dari tahun lepas lagi (2010). Masa itu siapa Warren Buffet pun aku tak tahu. Nama Warren Buffet  ini aku kenal (tapi dia tak kenal aku) sejak aku terjebak dan berminat tentang pengurusan kewangan. Antara buku tentang urus wang dah beli dan baca antara ialah Jutawan Dari Planet Jupiter (Azizi Ali), Rancang Wang dari Sekarang (Pakdi), Ke Mana Wang Anda (Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir), Nota Jutawan Nota Kewangan (Irfan Khairi) dan lain-lain lagi, termasuk e-buku seperti Thinkerich. Kalau pasal akaun emas pula aku beli e-bukunya kat SINI.

Asalnya aku suka baca buku yang berkaitan motivasi seperti buku motivasi Dato Dr Fadzilah Kamsah, HM Tuah Iskandar dan juga buku tentang biografi…Sirah Rasulullah SAW? Itu sudah tentu aku baca. :) Yang penting, bila nampak saja buku yang “best” dan masa tu aku ada bajet, InsyaAllah aku beli.

Siapa Warren Buffet, boleh semak kat SINI.

Sinopsis kat belakang buku Rahsia Pengurusan Warren Buffet: Prinsip-Prinsip Bagi Kejayaan Bisnes dan Peribadi Yang Terbukti Berkesan. 

Buku Rahsia Pengurusan Warren Buffet ini memberi kita panduan yang unik dan mudah bagi diikuti. Buku ini menerangkan bagaimana Warren Buffet menguruskan hidup, bisnes dan pengurus-pengurus yang membantunya menguruskan 233 000 orang pekerja Berkshire Hathaway di seluruh dunia.

                Walaupun dalam keadaan ekonomi yang terumbang-ambing sekarang ini, keadaan di mana kita dapat melihat banyak syarikat dan pelabur jatuh terduduk, Warren Buffet masih berjaya di dalam segala aspek kehidupannya…bla…bla…”  




8.03.2011

Bermegah-megahan.



Assalamualaikum wbt…. Dan selamat sejahtera ke atas kamu semua… Semoga mendapat hidayah dan rahmat dari Allah SWT.

Sejak dua menjak ini dalam kepala aku ini asyik berfikir macam mana hendak menambah harta…Alhamdulillah… mungkin mengikut peredaran zaman, sekarang kita di dedahkan dengan pelbagai program mencari harta…. Contohnya program2 pelaburan, hartanah, emas dan sebagainyalah. Maknanya di sini kita cuba mendapatkan nikmat yang Allah beri kepada kita.

Tetapi dalam kesibukan berkerja mencari duit (kerja makan gaji) aku terbaca surat At-Takaatsur dengan terjemahannya sekali. Bila aku renung maksud surah ni, aku jadi berfikir sejenak yang adakah aku sekarang dalam kategori lalai dengan nikmat yang Allah beri?


Jadi dalam kesempatan ini, aku nak berkongsi dengan sesiapa yang terbaca blog sempoi aku tentang surah At-Takaastur.

At-Takaastur (Bermegah-megahan)…ada 8 ayat…diturunkan di Mekah.

Surah ini mengandungi 8 ayat, dan termasuk yang diturunkan di Mekah setelah surah al-Kaustar. Di antara isi-isinya: peringatan kepada manusia akan kesibukan dunia yang dapat melalaikan daripada mengingati Allah, iaitu berlumba mengejar kebendaan. Kesedaran ini akan datang kalau dia telah dekat dengan ajal kematiannya. Yang perlu diingat ialah bahawa kenikmatan yang diterima seseorang akan diminta tanggungjawabnya oleh pemberi kenikmatan yakni Allah Yang Maha Mengetahui.


Jom kita hayati bersama-sama terjemahan dari surah ini…… :)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kamu telah dilalaikan oleh kemegahan memperbanyakkan kekayaan,

sampai kamu masuk ke liang kubur.

Jangan demikian, kamu kelak akan mengetahui.

Sekali lagi jangan demikian, kamu benar-benar akan mengetahui.

Tidak, sekiranya kamu tahu dengan pengetahuan yang yakin,

sememangnya kamu akan melihat neraka Jahim.

Lalu akan kamu lihat dengan mata yang yakin,

kemudian  pada hari itu kamu pasti akan diminta bertanggungjawab atas kenikmatan yang engkau terima.


8.02.2011

Isketambola....

Assalamualaikum WBT.... Hari ini dah masuk ramadhan ke 2.
Hari ini saya hendak kongsi satu cer citer yang saya dapat dari Sahabat Interaktif Malaysia.Satu kisah perumpamaan yang boleh dikongsi bersama.
Ada seorang pakcik yang ingin makan lauk ketam. Maka dia pergilah ke sebuah kedai milik cina yang menjual ikan dan sayuran.

Pakcik: Apek, ketam ada?
Cina: Ada… ada… lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Pakcik: Aik! Ketam pun ada melayu, ada cina? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup... ketam cina... sana dalam bekas tak ada tutup... ketam melayu la….
Pakcik: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor mau keluar, yang lain kasi tolong tolak keluar.  Bila sudah keluar, dia tolong tarik lain ketam keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam keluar dari bekas. Itu pasal kena tutup.
Pakcik: Ketam melayu apa macam pulak?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor mau keluar yang lain kasi tarik itu ketam tadi…jangan kasi keluar. Kalau dia satu ekor sudah keluar, dia terus lari, tak mau tolong lain ketam keluar.  Jadi tak tutup pun tak apa…