8.03.2011

Bermegah-megahan.



Assalamualaikum wbt…. Dan selamat sejahtera ke atas kamu semua… Semoga mendapat hidayah dan rahmat dari Allah SWT.

Sejak dua menjak ini dalam kepala aku ini asyik berfikir macam mana hendak menambah harta…Alhamdulillah… mungkin mengikut peredaran zaman, sekarang kita di dedahkan dengan pelbagai program mencari harta…. Contohnya program2 pelaburan, hartanah, emas dan sebagainyalah. Maknanya di sini kita cuba mendapatkan nikmat yang Allah beri kepada kita.

Tetapi dalam kesibukan berkerja mencari duit (kerja makan gaji) aku terbaca surat At-Takaatsur dengan terjemahannya sekali. Bila aku renung maksud surah ni, aku jadi berfikir sejenak yang adakah aku sekarang dalam kategori lalai dengan nikmat yang Allah beri?


Jadi dalam kesempatan ini, aku nak berkongsi dengan sesiapa yang terbaca blog sempoi aku tentang surah At-Takaastur.

At-Takaastur (Bermegah-megahan)…ada 8 ayat…diturunkan di Mekah.

Surah ini mengandungi 8 ayat, dan termasuk yang diturunkan di Mekah setelah surah al-Kaustar. Di antara isi-isinya: peringatan kepada manusia akan kesibukan dunia yang dapat melalaikan daripada mengingati Allah, iaitu berlumba mengejar kebendaan. Kesedaran ini akan datang kalau dia telah dekat dengan ajal kematiannya. Yang perlu diingat ialah bahawa kenikmatan yang diterima seseorang akan diminta tanggungjawabnya oleh pemberi kenikmatan yakni Allah Yang Maha Mengetahui.


Jom kita hayati bersama-sama terjemahan dari surah ini…… :)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kamu telah dilalaikan oleh kemegahan memperbanyakkan kekayaan,

sampai kamu masuk ke liang kubur.

Jangan demikian, kamu kelak akan mengetahui.

Sekali lagi jangan demikian, kamu benar-benar akan mengetahui.

Tidak, sekiranya kamu tahu dengan pengetahuan yang yakin,

sememangnya kamu akan melihat neraka Jahim.

Lalu akan kamu lihat dengan mata yang yakin,

kemudian  pada hari itu kamu pasti akan diminta bertanggungjawab atas kenikmatan yang engkau terima.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan