4.27.2010

STORMREADERS? Apa benda tu…?

Assalamualaikum w.b.t… Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmatNya aku masih lagi mampu menaip kat laptop aku ni. Alhamdulillah cuaca di Kampung Lohan ni dalam keadaan baik-baik sahaja…Cuma kalau bukan musim hujan, pagi-pagi akan terasa panas dek panahan cahaya matahari…biasalah, kan kawasan Ranau ini terletak di "altitude" yang tinggi dari aras laut jadi dah tentu le dekat sikit dengan matahari berbeza dengan kawasan-kawasan yang terletak di "altitude" yang rendah.

Ok, di akhir2 bulan April ni aku telah terbaca satu cerita tentang sejenis perniagaan MLM yang mereka cakap 100% ikut syariat Islam…oleh kerana teruja dengan benda ni, aku baca dan studi le tentang benda ni…kaji dan terus mengkaji. Sebenar aku ni minat juga nak buat pendapatan sampingan…sekurang2nya dapat le aku tambah duit sikit2. Tapi kerja pendapatan sampingan yang nak aku buat ni seboleh2nya tidaklah akan menganggu sangat kerja utama aku ni…

Jeng…jeng…jeng… Salah satu jenis kerja yang boleh buat pendapatan sampingan dan yang tidak menganggu kerjaya utama aku antara ialah perniagaan/pemasaran melalui internet. Boleh dikatakan semua orang ada internet…broadband? P1 ?(potong…potong…) Streamyx dan lain2 lagi. Korang pasti biasa dengar iklan2 dalam internet ni contoh "kerja dari rumah jana rm100K ke, dan macam2 lagi"…kadang2 tu ada yang betul, ada juga yang tipu…tapi dalam alam perniagaan ini pun kita mesti ada ilmu…ilmu…ilmu….

Last2 setakat ni ada sejenis bisnis yang sesuai dengan aku, iaitu STORMREADERS….Ya Allah, apa benda STORMREADERS ni?

Murid2….. STORMREADERS ialah:

"Stormreaders Network adalah merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam.

Bagi memastikan aktiviti perniagaan rangkaian ini berdiri teguh dalam prinsip perniagaan Islam, Stomreaders Network Sdn Bhd turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan untuk setiap ahli agar sentiasa istiqamah dengan niat yang dipasang bemula dari peringkat awal. Ia juga dapat memastikan perniagaan rangkaian ini dinilai sebagai ibadah yang bermula dengan niat diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, pelaksanaan yang bertetapan dengan akad jual beli yang diakui syarak dan jauh daripada manipulasi serta gharar.

Stormreaders Network Sdn Bhd telah menjadikan ilmu sebagai produk yang akan difokuskan di dalam perniagaan ini kerana kebanyakan masalah yang menyerang umat Islam sekarang adalah berpunca daripada kekurangan ilmu pengetahuan dan kekangan ekonomi. Ia dipersembahkan dalam pelbagai format melibatkan buku, cenderahati, CD, VCD serta kaset yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal negara sepeti Dato' Fadilah Kamsah, Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, Ustaz Haji Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi dan lain-lain.

Malah lebih dari itu, pelan perniagaan ini bukan sahaja bermatlamat melahirkan usahawan yang berdikari, ia juga bertujuan melahirkan golongan elit Muslim yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik yang dengannya kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga akan lebih dirasai.

Diharapkan pelan perniagaan ini bukan sahaja dapat melahirkan usahawan yang berdikari, malahan ia juga dapat melahirkan golongan elit Muslim yang tinggi taraf ekonominya serta dapat merasai nikmat kebahagiaan dan keharmoniaan keluarga, masyarakat dan negara. Insya-Allah…"

Petikan ni aku sedut dari laman utama Stormreaders Networking.

MACAMNE NAK BUAT PENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN STORMREADERS NI?

Ha…macamne STORMREADERS boleh buat pendapatan sampingan untuk kita? Bapak2…Ibu2…jangan khuatir…kalian bisa mendapatkan informasi lebih lanjut dengan melayari
htt://www.stormreaders2U.net

Jangan lupa…untuk berjaya dalam apa sahaja bidang….kita mestilah ada ILMU.

Sekian Terima Kasih

Mohd Azril bin Mohamed Salleh

4.25.2010

Kiri Kanan Bukit-KKB

Assalamulaikum wbt…semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua. Amin ya Allah.

Semenjak aku mendaftarkan diri aku ke dalam laman sosial Facebook…blog aku ni hampir terabaikan. Mana idaknya..bagi aku fungsi Faceebook ni lebih kurang macam blog jer…silap2 Facebook ni lagi mantap dari blog…huhu.

Hari ni hari Ahad, di mana telah berlakunya pilihanraya kecil di Hulu Selangor. Hulu Selangor? Perkataan "hulu" tu sahaja sudah mengambarkan betapa ulunya kawasan tersebut. Betul ke? 2 tahun aku bersekolah di sana, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Kuala Kubu Bharu ni termasuk dalam kawasan Hulu Selangor. Kawasan berbukit bukau, aman dari kesibukan hiruk pikuk manusia dan best. Kat sana ada Pusat Latihan Bomba, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pertak, Bukit Fraser, Ampang Pecah (aku hampir penah lemas kat sini..tq pada member yg selamatkan aku), dan lain-lain lagi.

Tapi tak tahu lah sekarang mungkin dengan berlakunya arus pembangunan KKB sudah semakin sibuk dengan kegiatan manusia.

______________________

Hari Ahad

Kampung Lohan Ulu, Ranau, Sabah.

4.17.2010

Asam Jawa Campur Garam Laut

Assalamualaikum wbt… Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memberi kekuatan kepada kita untuk memakmurkan bumi bertuah ini. Hari ini hari sabtu, aku duduk rumah, kemas2 apa2 yang patut…tak tahan kalau tengok rumah tidak kemas…boleh berserabut jiwa ini. Salah satu petua untuk menghilang tekanan ialah dengan duduk di dalam rumah yang kemas (aku reka sendiri jer ni). Kalau duduk dalam rumah yang bersepah2 dah tentu mata yang melihat ni boleh buat hati kacau.

Apabila ruang tamu dah kemas…bilik2 dah kemas…dapur sudah kemas…tandas dah kemas…pinggan mangkuk dah basuh….baju2 dah dicuci….dah siap semua, kita boleh rehat2 dalam keadaan ceria, sebab rumah kita dah kemas dan bersih. Rumahku…Syurgaku…

Sambil2 berehat ni, aku teringat semula kenangan dulu2…antaranya time aku belajar silat gayong kat sekolah … dalam silat ni ada 2 jenis mandi berlimau…salah satunya ialah mandi seni. Bila dah kita buat mandi seni barulah kita boleh belajar senjata. Yang menariknya…dalam mandi seni ni ada satu acara yang mana murid2 gayong kena makan asam jawa campur dengan garam… time mata aku terbeliak juga lah..sebab dah tentu le bila kita makan asam jawa dengan garam terasa masin masam…huhu…cuak juga.

Tapi bila sampai giliran aku, aku ambil asam jawa tu dan gaulkan dengan garam…aku pejam mata, terus aku telan….. (dah tentu masin tu huhuhu)…..

Bila aku telan jer…aku buka mata….sebab apa?

Rupa2nya asam jawa yang digaulkan dengan garam rasanya sedap….(tak caya, korang cuba buat le)….

Rupa2nya ada falsafah disebalik makan asam jawa dengan garam tu….apa ke benda falsafahnya tu?

Asam jawa + garam = rasa sedap…

Falsafahnya:--------------------à>>>>>

"Begitu jugalah kehidupan kita di dunia ini…adakalanya kita rasa suka,kaya, ceria, tenang, gembira dsb….dan adakalanya juga kita rasa sedih, marah,miskin, sakit dsb (lu pikir le sendiri)…itulah yang dinamakan asam garam kehidupan….. kehidupan kita sentiasa berubah2….ada time gembira..ada time sedih..huhu…

Tapi jika kita menghadapi susah senang tersebut dengan tenang dan sabar ….insyaAllah di akhir nanti kita akan merasa betapa manis kehidupan ini"… Susah senang hidup didunia akhirnya merasa manis kehidupan di akhirat"……dengan syarat korang jangan lalaikan solat….

Asam jawa + garam laut= rasa sedap

Asam garam kehidupan = mengajar kita bersyukur atas nikmat Allah..

Huhuhuh…..sekian terima kasih.

Oleh:

Azril Salleh

Kg. Lohan Ulu…Ranau…Sabah.

4.11.2010

Pengurusan Kewangan Yang Betul…ntah ye…ntah idak..huhu

Assalamulaikum wbt…alhamdulillah…hari ini hari ahad, hari aku bleh rehat2 kat rumah… sebelum ni aku ada tulis tentang urus duit dan aku tak sempat nak abiskannya sebab aku dah letih nak mengadap laptop ni ha… dan aku cakap ada nak sambung sikit lagi…setelah pikir2, akhirnya aku malas nak sambung tulisan tu…sebab korang boleh cari sendiri dalam dalam internet…korang boleh tanya dengan pakcik yahoo atau pakcik google.

Ok…aku ada copy dan paste satu artikel yang mungkin ianya akan bermanfaat pada mereka2 yang berkaitan…artikel ni aku sedut dari blog cikgu tu (sebenarnya dia ni ustaz..huhuhu). Aku minta izin, dia izinkan…semoga Allah balas budi ko ni.

Aku rasa benda ni adalah sejenis teknik memanupulasikan sistem kewangan…aku kaji…kaji…mmg ianya berfungsi..tapi ko kena disiplin dalam mengurus benda ni…dan ianya bergantung pada matlamat kewangan korang ler… (macam aku ni, masih maintain lagi matlamat kewangan…hidup sederhana jer…)

Aku dah tanya pada cikgu tu, memang dia dah praktik kan teknik…memang berbaloi…

Korang boleh kopi benda nie…no hal punya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------…………………,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,------------------------------------------------------------

Pengurusan Kewangan yg Betul



Pengurusan Kewangan yg Betul


 

Assalamualaikum semua...


 

Pasti semua amat teruja untuk mendapat nota ini. Dan sehingga kini, saya telah menggunakan pengurusan kewangan ini dengan penuh syukur kepadaNya kerana menemukan saya dengan dot-dot ini.


 

Masalah saya dan juga anda.


 

1. Gaji bersih dalam slip gaji RM2000 or maybe RM1999 hehehe..


 

2. Tolak bayar keta... Vigo, Nissan, Dmax, Navara ( memang power), kancil, viva... ada juga sebulan RM1000.00


 

3. Tolak bil letrik, astro, relod celcom heheee , minyak ... , makan2 dll ada dalam RM 900


 

4. Baki selepas gaji 30 hb tiap bulan tinggal RM10.00 aduh sedihhhhh....


 

Ini masalah tiap2 bulan aku sebelum mengenali dot ... ni heheheee.

_________________________________________________________________________


 

Namun begitu....

Pernahkah anda terfikir anda sepatutnya layak untuk mendapat seperti ini....


 

1. dgn Gaji besih bulanan rm2000.00


 

2. Bayar keta Honda, Navara, Viva dll rm1100.00


 

3. Bayar bil astro, letrik, relod telfon soma la celcom, dg, macis dll... minyak, makan rm1000.00


 

Tetapi JAWAPANNYA ... BENAR DAN REALITI... HALAL DI SISI UNDANG2 NEGARA MALAYSIA....


 

DUIT ANDA TETAP banyak dan banyak beribu dalam bank anda................hairan ker n tak pecaya ke, u ingat aku main magik ke.. mondo magik kuiii20000x ..................

Yg Menghairankan:

1. Wang Gaji pada 25 hb rm2000 tu tetap tidak berubah menjadi baki rm10 spti sblm ni ...tapi yg AJAIBnye semua bil, byr keta, utang kad kridit sudah DIBAYAR... kan magic tu bro...gaji tetap tu jugak ... RM2000.00 hingga ujung bulan... hujung bulan ..............

MALAH ......IA MENCECAH RM5 000, 10 000, 20 000, 30 000, 40 000 ATAU 99 000... walpun gaji bersih anda RM 2000 ke bawah!!!!!


 


Ini Rahsianya.... hehehehe
matakaji semuaaaaaa baikkkkkkk


 

( Baca paling kurang 20 kali dan jgn bg nota ini kepada orang lain tetapi anda harus SIMPAN SELAMANYA...sebagai rujukan lerrr pahammmmmm)


 


 

Aku dok perati kat sini byk sgt orang dok offer loan....macam2 jenis loan dan ramai plak yg berminat. Ni menunjukkan ramai yg tak cukup duit kat sini.
Macamana pun, tu hak enko org kan....nak apply loan ke tidak, sendiri apply...sendiri bayar...kan...kan...kan!!!
Tujuan aku bukak thread nie bukan nak suruh or larang enko org apply loan, tapi aku nak bagitau enko org cara enko org nak menggunakan duit loan tu agar proses pembayaran balik nanti setidak2nya kurang membebankan...

Steps nya:

1) Dapat duit loan tu nanti, enko org belilah ASB.. masuk duit pinjaman kt asb la (jgn tinggal 1 senpon baki duit loan tu melainkan ASBBBB kesemuanya...hehheee)


 

2) Ko org pergi pejabat PNB (Kalau KL, kat Jln Tun Razak.. Sabah kat Asia City lerrr sbb aku ong sabah hhehee ), tukarkan ASB ko org tu ker Sijil ASB (10min tak sampai proses tukar ke sijil ni n kena bayar ler sikit kt kerani ttu hehee ....jgn lupa bwk buku ASB yg penuh dengan wang yerrr, jangan kosong hehehe)


 

3) Ko org bwk sijil tu pergi ke bank (RHB, CIMB, MB ke recommended coz %rate rendah... aku sendiri kat cimb jer hee ) ............

then apply OverDraft Facility (OD). Biasanya proses kelulusan OD ni mengambil masa 2minggu or tunggu je la sampai bank tel heeee (CTOS and CRIS tak boleh, application kene reject nanti). kwn ... RHB akan offer 95% drp jumlah sijil ASB , bunga 5.95/ year , ko org (OD limit-maksudnya duit yg ko org boleh pakai dari OD tu-eg: Kalau sijil ASB ko org bernilai RM100K, so OD limit ko org nanti RM95k...ada pahammm??)


 

4)Slepas OD ko org tu approved,sign kt bank ler... byr fee pengurusan jg tau yer... byr jer..... ko org akan dapat

a)ATM card,

b)DotCom Card <---utk internet banking-macam kat EMO duluuu, dan

c)Cheque book


 

5) Dah dapat semua nie....pakailah duit2 ko org tu.


 

Kelebihan kat sini, selain ko org boleh

-pakai duit loan tu buat bayar/belanja suka2 ati ko org....

-by year end ko org akan dapat dividen ASB (sebab ko org ada sijil....walaupon sijil tu bank pegang, tapi dividen tu tetap ko org dpt). Sbab OD interest ni cuma BLR + 0 'daily rest' (yg RHB offer skrg nie, kalau tak silap aku ahhh....nak tahu lagi, tanya RHB). Makna nya kalau ko org pakai habis duit dari OD tu pada hari pertama ko org dpt OD, interest charge yg ko org kene cuma RM6,750 (BLR=6.75) selama setahun, tapi dividen ASB ko org akan dapat RM10,000 (assume 10% per year)....so, simple calculation camni pon ko org dah untunggg.... 6) next stepp...nanti ahh, penat!! aku buat menda2 ni dah lama....hasilnya at least 40% dari nett salary aku leh buat saving disamping utang2 rumah, kete, moto, creditcard....semua setel b4 gaji aku masuk lagi....semua duit poket aku pon....aku cucuk dari OD nie...pendek kata semua OD lah ok...next time aku sambung, ada lagi step2 nya....nak kene tie ngan cara penggunaan creditcard jugak.... chow!!

Okk….aku sambung steps seterusnya, sorry kalau bahasa tak brapa bagus, sebab skolah tak tinggi!

Seperti yg aku cakap kat step No 5 tu, ko org pakailah duit OD tu sebagaimana niat/hasrat ko org masa nak ambik loan hari tu….terserah, sebab tu duit ko org!


 


 

6) Ko org kene check betul2 segala due date hutang2 ko org (hutang rumah, kereta, creditcard, loans etc). Dah confirm semua due dates tu, ko org pastikan semua payment tu diselesaikan sebelum atau pada hari due date tu dengan menggunakan samada duit cash (yg dicucuk dari OD) ataupun guna cek (dah ada buku cek kannn..) Contohnya, katakan semua due date hutang2 ko org tu pada 30hb (jarang semua due date sama), so ko org kene bayar hutang2 tu pada 30hb (jika pakai cash) dan pada 27hb (jika pakai cek)….ada pahamm??

7) Selepas semua hutang2 bulanan tu dah setel, ko org kene masukkan pulak duit2 income ko org ke dalam account OD tu (OD ni sebenarnya Current Account) sehari selepas itu iaitu pada 1hb (utk meminimumkan interest charges).

8) Di antara tarikh 1hb sehingga 7hb (the best date pd 7hb… jgn tanya kenapa!), ko org mesti mengeluarkan at least 30% dari nett monthly income (kalau gaji rm1k, draw rm300) dari OD tu sebagai ko org punya monthly saving dgn cara membeli ASB lagi (yg ni jgn tukar ke sijil). Sebenarnya untuk menentukan berapa byk saving yg ko org boleh buat setiap bulan memerlukan kaedah pengiraan yg agak komplek yg mana aku rasa susah nak cerita kat sini…nak tahu jugak detailsnya, ada pengerasnya dong!! Tapi ko org tak payah ler tahu…cukup dgn 30% tu .

9) Kalau ko org ikut steps 5 to 8 tu betul2, insyaAllah hutang2 bulanan ko org semua boleh setel dan pada masa yang sama ko org akan ada fixed monthly saving. Aku bagi contohlah…let say;
a) Ko org ada ASB cert sebanyak RM100K, jadi OD ko org cuma RM9K.
b) Gaji bersih ko org RM3000 (ldlm payslip - lepas tolak epf & incometax)
c) Jumlah hutang bulanan ko org RM2000
d) Duit belanja dapur, poket, makan etc RM1000
skrg ko org just break even or kais pagi makan pagi….imposible utk buat saving kann??
e) So setiap bulan ko org hanya menggunakan +-RM1000 sahaja dari duit OD ko org yg berjumlah RM95K tu utk dibuat saving. (actually lagi besar OD ko org, lagi banyak monthly saving yg ko org boleh buat)
f) Untuk bulan seterusnya jumlah OD ko org akan berkurang kepada RM94K…tapi jumlah ASB ko org semakin bertambah setiap bulan….kan?kan?. Interest yg dikenakan adalah terlalu minima, iaitu 6.75 (BLR) per annum (coz of daily rest)

Gunalah OD tu sampai ko org mampussss…

10) utk memaksimumkan lagi cara penggunaan OD ni, ko org MESTI guna credit card and the best cc in the market is BankIslam (aku pernah cakap kat thread cc bankislam ari tu..). Tapi aku dengar skrg ni, ct bank ada offer baguss punya cc…boleh cash withdraw without charges. Kalau bankislam….setiap rm1000 ko org wdraw kene cas rm12.

11) Cara penggunaan cc and OD sekaligus pulak (part 3)….aku sambungg minggu depannnnnnnnnnn


Pada sapa2 yg nak bertanya soklan….sila kemukakan, aku akan jawab, InsyaAllah selepas part 3…..chow

soalan lagii.....??? tengah boring & rajin nie!
semua dah clear ke? kalau dah clear, next week pegi carik duit dan start...!!
kalau ko org tak buat....aku tak tahu nak cakap apa lahh, mungkin ko org bodo sombong ah kott.....hehehheee, sorry!!
sebenarnya ada cara utk ko org tentukan brapa jumlah OD yg ko org perlukan utk memaksimakan step2 yg aku bagi tuu...

Brapa gross income ko org....rm1000?...2000...3000....ko org kali kan dgn 6
eg: gross income = 1000 (ok tak art, aku buat contoh kecik je ning..)
so, rm1000 x 6 = rm6,000 (sifir 1 je ning....tak kan tak tahu kott...)
then ko org kene kira brapa jumlah hutang2 'bodo sombong' ko org (hutang lapukk) terutamanya hutang CREDIT CARD, let say RM7,000.
so, jumlah OD yg ko org perlukan adalah sebanyak RM6,000 + RM7,000 = RM13,000.
Bila dah ada duit nie (rm13K) ko org buat ah OD, dan slepas dpt OD tu (lepas 2 minggu apply) perkara pertama yg ko org kene buat ialah setelkan semua hutang CCard tu (ini wajibbbbbbbb). Bayar semuaa, jgn tinggalkan sesen pon baki. Ptong CC tu buang tong sampah...then apply CC Bank Islam (sbab ko org kena pakai CC jugak nanti...aku akan explain kat part3....tak abis lagi karang. Susah oo nak wat ayat nak suruh ko org senang pahamm....). Selepas ko org dah buang CC lama tu dan CC bankIslam dah dapat, jgn ulang tabiat lama....boleh pakai CC tapi kena pakai dgn jumlah yg SAMA TIAP2 BULAN (JANGAN LEBIH DAN JANGAN KURANG...) dan semua bil CC serta bil2 yg lain di setelkan pada due date...no more hutang bodoh sombong!!
Cara nak tentukan jumlah CC yg ko org kene pakai...tunggu part 3....!!

chow!

__________________

ok...Part 3


sebelum ko org nak mula part 3 ni....ko org MUSTI/MESTI/MUST?WAJIB paham/setelkan dulu part1 and 2...

Part3 ni ko org kene ada creditcard BANKISLAM(cash wdraw RM1000 kena charge RM12 sahaja) or CTBank(yg ofer baru utk cash withdraw free of charge...cek ah ngan ctbank, bukan datoK bank).

Utk tentukan brapa jumlah penggunaan cc ko org...kena buat kira2 sikit. 1st sekali ko org kene list kan jumlah perbelanjaaan bulanan dengan SETEPAT2nya utk perkara2 di bwh:

1) Utilities bill (api, air, TMnet, Handpone, telpon umah, gas, astro, dan sebagai2 nya)
2) Minyak kete, moto, kapal selam
3) Belanja dapur/maintenance rumah/plumbing (kene shoping kat giant, tesco...coz nak pakai cc)
4) Pakaian, kasut, kosmetik, condom....
5) Apa2 lagi yg boleh pakai cc ahh...sendiri mau ingat

INGAT: Perkaras 1 - 5 kat atas tu adalah perbelanjaan seisi keluarga...bukan perbelanjaan ko sorang (utk yg dah kawin ahh...yg belum kawin, termasuk sponser awexss ahh...mampuss ah ko org!!)

Tentukan jumlahnya ---> eg: RM1200 per month

Bila ko dah sure jumlah penggunaan cc ko org, ko org cek plak cc statement. Kat statement tu akan ada 2 date yg penting, a) STATEMENT DATE, b) DUE DATE.
Gap antara 2 date nie selama 20 hari....ko org cek betul2....jgn caya bulat2 cakap aku....hahahhahahhahhaahaha

kita sambung selepas pesanan penajaaa.......hahahhhahahahahaaa

Refer balik kat part3 tadi...(ni contoh jee..)
Jumlah penggunaan cc ko org = RM1200
Statemen Date = 4hb, so... Due Date = 24hb (gap = 20 hari)

Ni PENTINGGGGG...paham betul2

Ko org hanya boleh pakai cc START dari 5hb sehingga 24hb SAHAJA tiap2 bulan, iaitu selama 19hari sebulan....hari selain pada tu JANGAN PAKAI, kalau pakai jugak....sendiri tanggunggg!!

Pakai lah cc tu sebanyak RM1200 tiap2 bulan (selama 19 hari tu), jgn pakai lebihh...dan jgn pakai kurang. Tak yah tanya kenapa...buat je, nanti ko org tahu sendiri nanti....aku tak kuasa nak bagitau...!!
Kalau ko org pakai tak sampai RM1200 (nilai nie ikut kiraan budget masing2 kat part3 mula2 tadi...), please withdraw cash dari cc dan masukkan ke dlm acc OD.
Contoh:
Dari 5hb sampai 24hb tu ko org cuma pakai RM800 saja...so cashkan RM400 dari cc dan bank-in ke dlm acc OD. Jgn lah pulak membazir pakai cc just utk cukupkan amount RM1200 tu....pakai apa yg ada dlm budget bulanan je. Kalau nak kena belanja apa yg tak de dlm budget cc...withdraw duit cash dari OD or issue cheque (misalnya, nak beli TV baru....1st skali tengok ah kemampuan sendiri, kalau rasa mampu beli TV 100", ko org beli ahh, kalau tak beli je yg 14"...perbelanjaan mcm nie, pakai OD!!..sbab benda2 mcm ni bukan ko org beli tiap2 bulan.....ada pahammm??)

Okk...skrg ko org dah pakai cc RM1200 dari 5hb ke 24hb.....katakan gaji ko org masuk 30hb, so pada 1hb ko org masukan semua gaji tu ke dlm OD (masa ni, bil + hutang2 dah setel) tapi cc statement utk bulan sebelum tu ko org belum terima lagi...kan? So ko org tak yah bayar lagiii.....tunggu punya tunggu, sampai pulak pada 5hb bulan seterusnya...pakai lagi cc sampai 24hb sebanyak RM1200 lagi (total dah pakai RM2400 nie..kan?).

INGAT...24hb bulan yg kedua tu adalah due date cc ko org.....so, plzzzzzz lah bayor sebanyak RM1200 (bayaran utk bulan sebelumnya) kat bankislam or ctbankkkkkkkk. So, ko org dah pakai RM2400, tapi just bayar RM1200 saja dulu....begitulah seterusnyaaaa...

Subtitle: Camna pulak utk perbelanjaan harian, beli rokok, tehtarik, duit poket etc??

Tunggulah sampai aku rajin....

terlupa nak bagitau....

Withdraw cash dari cc tu pada 24hb sahaja....hari lain, TIDAK DIBENARKAN. Masukkan duit tu ke acc OD pada hari dan waktu yg sama dgn ko org masukkan duit gaji bulanan ke OD...kumpul skali, jadik mcm site income ahh nieee....Duit2 dari internet nie...ko org nak masukkan ke acc OD pon bolehh....kalau masukkan ke acc aku pon.....lagiii lahhh bolehh

Subtitle: Camna pulak utk perbelanjaan harian, beli rokok, tehtarik, duit poket etc??


Pengiraan ni (dan yg sebelumnya pun) ko org kena kira utk seisi keluarga…kay!

Utk tentukan brapa jumlah cash yg ko org boleh withdraw dari OD...kena buat kira2 sikit. 1st sekali ko org kene list kan jumlah perbelanjaaan bulanan dengan utk perkara2 di bwh. Sebab sebelum ni ko org tak pernah catat perbelanjaan ko org, so aku rasa ko org kena agak2 sebaik mungkin.

1) Wang Saku (termasuk wang saku utk wife, esp kalau wife kerja)
Belanja harian…breakfast, lunch, rokok, dinner, topup hp, kedaimamak, gula2 etc
2) Perbelanjaan Pembelajaran
yuran anak2 skolah, buku2, majalah, newspaper
3) Servis kereta/motor/beskal/bot
Ambik average….sebulan brape, takkan tiap2 bulan tukar enjin kott??? Utk insuran tahunan dan roadtax…tak payah kira…sampai masa, blasah duit OD!
4) Peralatan computer/gadget
Ko org agak2 sendiri ah, apa yg termasuk dlm nie….
5) Derma/Sumbangan/Jariah
Sendiri mau ingat….esp musim2 cuti skolah nie, byk org kawinn
6) Perbelanjaan gigi dan mata…
Normally opis tak cover benda2 nie….sapa yg pakai lens tu, sila masukkan dlm budget nie.
7) Perubatan
Kalau ofis dah cover…tak yah masuk
8) Toll yg tidak membebankan rakyat!!! wakakakakkaakkakkakaaaaa
tahun depan naik lagiii…..cinabeng punya samy

So apa lagi….sendiri piker ahh….malas aku nak tolong2 sgt ko org nie, nanti naik muakkk!!

Estimated cost yg di atas tu adalah jumlah perbelanjaan harian ko org yg mana ko org boleh withdraw dari OD (bila dapat OD nanti, ko org akan dapat ATM kad skali….cucukkkk je, tapi nak cucuk nie biar pandaiii..tak kira ah cucuk apaa pun)

Sebelum ko org start benda nie…ko org kene pergi kedai runcit dulu….sebab apa?? Sebabbbb, ko org kene beli BUKU 3 LIMA…..hahhahahaahhahaaaaa

Ini seriusss…betul2 seriusss….dan memang seriusss. Ko org kene pakai buku 3lima. Page pertama atas sekali ko org kene catat budget utk let say wang saku. Katakan budget bulanan wang saku ko org RM500….so, segala perbelanjaan under ketogori wang saku utk bulan tu…ko catat kat bwh tu. By end of the month….ko akan tahu brape ko pakai wang saku enko…..kalau ada lebih, masuk savingggggg, jgn tinggal dlm OD.

Ko org boleh withdraw cash dari OD at ANY TIME, tak de pantang2, Cuma try to make sure, within budget, kalau skali2 lebih sikit ti kira okk ahh, tapi jgn selalu…pandai2 ahhh. Semua dah besar apa…dah bersunatt pon!!

Same goes to budget2 yg lain….kalau boleh buat kat page lain ahh, supaya senang nak monitor!!!

Kat sini lah ko org kene berdisiplin….dgn cara ini aku ngajar ko org jadik KEDEKUTTTT….kalau o follow, otometik ko org akan jadi kedekut, sbab ko org nak improve ko org punya saving….betul takk???

Segala lebihan duit cash yg ko org cucuk…sila BELI ASB bersama fixed monthly saving ko org pada 1hb hingga 7hb (cek tulisan aku sebelum ni…aku ada kabor)….tanya lagi…sahhh ko org makan semuttt.

Lepas 3-4 bulan….ko org akan dapat good estimate brape banyak duit cash yg ko org perlukan….so, maintain this budget.

Aku rasa….sampai tahap nie ko org ibarat dah dapat diploma….ko org dah boleh manage duit2 ko org dengan lebih baik disamping menyetel segala hutang2 bulanan with unexpected monthly saving….syaratnya 2 je iaitu DISIPLIN dan FOLLOW betul2….insyaAllah

Kita rancangg….suksess ke fail, bukan aku yg tentukan! Nak ikut…silakan, tak nak….lantak ko orgg!!

Part 4 and 5 : Advance Stage - brief sikit….penggunaan cc 1 hari selepas due date…..buka pakai tapi cashkan duit semaksimum mungkin dan masukkan kedlm OD….dgn kaedah nie, ko org boleh buat full settlement utk segala hutang2 except hutang rumahh ler…..lagi power dan lagi peningg….tapi insyaAllah!!

Ada soklan….tanya, jangan malu2…nak jumpa, aku tak layann!!

Di bawah ini den sertakan penulisan member kita di nogold yg telah di edit dgn jwpan c-foo awang, semoga dpt memberi pencerahan

1. Mohon OD facility against sijil ASB.
- Optimum amount: (Gross Income x 6) + Hutang kad kredit (RM3k)
> Lepas dpt OD...setelkan dulu semua hutang cc...buang cc lama n pakai cc bankislam (mastercard) n ctbank (visa) – option: balance transfer dr cc lama ke mastercard bank islam atau visa ctbank)

2. Bank-in nett income ke dlm akaun OD
- Semua income yg kita dapat... full time & part time
- Masuk setiap 1hb tiap2 bulan
- Cth RM1.5k

3. Withdraw ~30% drp nett income td drp akaun OD
- Cth RM450

4. Bank-in jumlah step ke-3 tu masuk ASB (Melalui buku ASB)
- Masukkan tetap pada setiap 30hb tiap2 bulan

5. Perbelanjaan bulanan yg guna kad kredit
- Segala budget yg kita biasa bayar pakai cc
- cth bill utilities, barang dapur, petrol, insuran...
- Mesti belanja within tarikh statement date (SD) dgn due date (DD)
- cth SD 10 hb, DD 30 hb (pakai cc dr 11hb hingga 30hb – 19 hari shj drpd contoh ni)
- cth budget RM1.5k

6. Cara nak bayar balik belanja guna kad kredit
- Jgn bayar dulu utk bulan semasa.
- Bayar pd bulan depan utk penggunaan bulan semasa.
- Mesti bayar tepat pd tarikh DD
- Kalau guna kurang, buat cash advance baki
- Masukkan dlm akaun OD (sama hari dgn bank-in nett income)
> bayar cc plak...next month pada 30hb, make sure tak lambat. Kalau 30hb tu hari ahad, plsbayar pada hari jumaat sebelumnya. Lebihan belanja cc...betul, masukkan balik kat OD

7. Perbelanjaan harian yg guna cash
- Semua perbelanjaan harian kita.
- W/draw dr akaun OD pd bila2 masa
- Cth duit makan, rokok, servis kereta, tol, paper, pasar malam...
- Catat semua perbelanjaan guna buku 3-5
- Cth RM800
- Kalau guna kurang drpd yg dah keluar
- Masukkan dlm akaun ASB (sama hari dgn bank-in 30% nett income)

Follow balik step 1 tadi... duplicate setiap bulan.


 

nasihat:


 

1. Pinjam duit dari bank2 tempatan dan jadikan ia wang yang berganda.... masukkan ke pelaburan yang menguntungkan.


 

2. jgn boros.


 

3. simpan dalam asb.


 

Kaedah Memaksimumkan OD anda.

Memandangkan ramai gak yang tanya tanya pasal kegunaan overdaft nie dengan lebih detaill … aku akan tunjukkan calculation dari kaedah OD…… cara kiraan nie mmg aku nak share masa TT … pasal senang nak terang kan … kalau korang tak pahamm .. terus jee aku leh terangg kan … tapi kalau kat sini … aku tak nak nampak kalau korang tak pahamm … apa yg aku takut.. korang silap paham jee … nanti korang buat lain pulak …. iskkk … abiss lak duit OD tu … heheheh ..

aku siap buat perenggann .. pasal kak aida dah tegurr… sakit mata dia baca .. pasal takde perenggan … sorry yerrkk kak … kita nak cepatt … kekadang main taip jee .. silap kee .. apa kee .. janji tak lari dari maksud yang aku nak sampai kan …. okay lah..sambung balikk ….

salah satu tujuan akaun OD nie .. kita leh buat utk maximum kan saving kita…. kata lah sebelum nie kita cuma saving RM300 sebulan…. kalau pakai method od nie .. kita leh saving RM500…. tu contoh jee .. jgn lee korang ikut bulat bulatt … pasal lain orang lain financial dia …. cash flow orang lainn…. tak sama …. so cam mana pun kena buat kira kira duluu … kalau orang yg jee belanja melebihi gaji …. dia kena guna kan OD utk support expenses dia …. tapi kalau orang tu mmg takde masalah kewangan … maksud nye gaji dia sentiasa cukupp … so dia leh guna kan OD tu utk max ASB….

contoh cam aku … tak perlu nak maximum ASB… pasal aku nye ASB dah max….cuma nak max kan akaun bini akujee ….. by bulan 4 nie..insya allah penuhh … that 's why aku guna OD nie utk investment rumah aku …..bini aku suka lah tu aku tolong dia penuh kan savingg … tapi bukan dia leh gunaa …. of course aku akan cagar kan balik ASB tu utk dapat kan OD lagi .. .eheheh … so dia just dapat dividend jee lah …

aku kasi satu scenario seperti dibawah …kata lah kita ada ASB = 11k…. nie paling minimum… so OD akaun kita akan ada RM10450…… kata lah sebelum nie kita saving RM100…. so kita cuba simpan ASB kita RM200 dari kaedah OD niee … so dalam 1 thn.. kita akan guna kan rm2400…  aku suggest korang awal terus je lah keluar kan lump sum selama 1 thn tu … keluar kan terus rm2400 … terus masuk ke asb kita…….maksud nye thn 1 kita dah guna kan od tu sebanyak rm2400……kata lah dividend 10%…. senang aku nak kira…… so masuk thn ke 2… kita dpt dividend pada jumlah saving RM11k … plus RM2400… so total dividend ialah rm1349…so dividend nie kita kena lah masukkan balik dalam akaun OD kita………. repeat kan step tu sampai lah kita nampak balance akaun OD kita menurun.. pas tu dia naik balik pasal saving kita dah makin bertambahh … dah leh menampung pengeluaran setiap thn yg kita buat tu …… nampak kee tak apa yg aku cuba sampai …. ehehe .. tu yg aku tak prefer tulis kat sini … takut korang silap pahamm …. aku cuba simplify seperti kat bawah ….

 ASB = RM 11k ..

OD = RM10450 … (95% dari RM11k)

tu modal permulaan kita lahh.. assuming kita dpt dividend 10%….. senang aku nak kira… pasal calculator pun takde kat aku sekarang niee … thn lepas kan dividend nye 9%.. so dekat dekat lah tu …

thn 1. ….

keluar kan OD = 2400.. ..

Balance OD = 10450 - 2400 = 8050.

masuk thn ke 2…. kita dapat dividend. kan .. kan .. kann ..

dividend asb= 10% x (rm11k + 2400) = 10% x rm13400… = 1340…

kita keluar kan dividend tu . masuk kan balik dlm akaun OD…

balance akaun OD = 8050+1340 = 9390…

kita guna kan akaun od nie utk saving ASB lagi ..= 2400 sethn…

BalanceOD Â Â sekarang nie = 9390 -2400 = 6990….

masuk thn ke 3…

total ASB = rm11k + 2400 + 2400… =15800

so dividend ASB = 10% x 15800 = 1580 ….

so balance OD sekarang = 6990 + 1580….=8570 …

kita repeat balik …. keluar kan 2400 dan masuk kan dalam ASB…

Balance OD = 8570 - 2400Â = 6170 …

masuk thn ke 4 …

total asb = RM11k + 2400 + 2400 + 2400Â = rm18200….

dividend = 10% x 18200 = 1820 ….

repeat sama gak .. keluar kan RM2400… dalam akaun OD..

balance OD sekarang = 6170 +1820 - 2400 .= 5590…

masuk thn 5….

Total ASB = RM11k + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = Rm20600 …. tahniahh.. anda berjaya gandaan simpanan anda dalam masa 5 thn.. tanpa effect belanja lainn…… tanpa ada masalah…

dividend ASB = 10% x 20600 = 2060….

balance OD sekarang … 5590 + 2060 = 7650 ….

repeat balik step yg sama .. keluar kan rm2400 utk simpanan asb….

 lepas nie korang kita sendiri yerkk .. aku penat nak kira kan .. hehehehe… bayang kan kalau kita leh gandakan saving kita tanpa effect cash flow kita.. tanpa buat pinjamman .. tanpa buat personal loan … tanpa guna credit carfd berlebihann … amacam .. bagus kee tak …

ada trickk sikit kat sini … cam interest yg kita kena dari penggunaan OD tu …. interest 6.75% daily rest … kalau kita guna rm2400 .. sethn kita kena interest dalam rm162 utk setahun.. (2400x 6.75% )…. ada cara cam bank tak dpt caj kita sebykk tu …. heehh…ehhehe… kalau nak tau … leh turun TT kat ramal junction… aku nak explain kat sini .. agak susahh… takut korang tak nampak flow dia cam mana …….

apa yg aku nak tekan kan sini .. setiap method ada kebaikan dan keburukanye.. …pada aku system nie ok … keburukannnye ialah pada diri kita sendiri .. sama ada kita boleh displinn … sama ada kita boleh tahan nafsu bershopping kita… pasal guna OD nie … kita sentiasa ada duitt … bila sentiasa ada duit … setan pun sentiasa menggoda kita utk berbelanja … cam mana pun akan lari sikit targett …Â cam aku …….sesenang jee aku beli laptop baru … hehehe ..walaupun objective aku beli laptop nie ialah utk business … utk main share. stockk .. or maybe soon forexx…… that why aku kena ada laptop yg baru …pasal laptop yg sedia ada .. dah berusia 5 thn… so alang alang beli … ambik lah latest nye …..

pada sesapa yg nak try cara nie .. aku nasihat kan .. start dgn amount yg kecik dulu .. .minimum rm11k .. should be ok … pasal kalau korang joli katak punn… korang hilang rm11k jee …. lebih kurang sama jee dgn credit limit credit cardd…. sebenarnyee cara nie sesuai sgt utk sapa yg nak settle kan hutang credit cardd …. interest credit card 18% sethn.. .. compare dgn OD interest 6.75% atas baki berkurangan … memang jauh beza….. sebab tu aku tekan kan awal tadi .. kena tgk financial masingg masingg…. jgn ikutt orang … tapi paham kan cara tu dulu . baru sesuai kan ikut financial kita…. aku nie takde lah pandai mana ….tapi setakat nak kasi advice yg basic tu boleh lah …. lagi pun aku rasa dulu aku belajar accounting pun takde ajar rolling camniee .. dia cuma ajar interest calculation jee … entah apa apa lagi lah … yg kekadang aku pun tak pahamm kena ada formula niee …. tak nampak cam mana nak apply dalam kehidupan harian kita…

setakat nie jee aku nak share…. pasal aku tak nampak korang paham ke tak apa yg aku tulis ini…. nie just 1 way communicationn… tu yg lecehh…. susah sikit nak terang kan … better jumpa face to facee…. ber TT ke .. leh cite lebih lanjutt ….jgn lah korang ingat aku nak cajj lakk … pasal nie just knowledge sharingg…. asal kan korang doa kan aku murah rezeki cukup lahh …sesama kita bina kehidupan yg lebih selesa… prepare untuk masa masa akan datang ….

apa pun.. assignment korang … abis kan lah kiraan tu …. korang tgk lah ASB korang mencanak naikk …. tanpa effectt cash flow korang pun .. tanpa gangu belanja harian korang tu …… malah leh ganda kan saving tu ……

kalau tak paham kee .. kurang pasti kee .. feel free to ask question here… no problemm .. no service caj …. hehehhe ..

nak maklumat yang banyak sikit layari -----à>>>>> http://semuatentangdiriaku.blogspot.com/2009/05/pengurusan-kewangan-yg-betul.html

4.09.2010

Tadi murid2 di sekolah telah diberi sorang satu BUKU WANG SAKU:Pelajar Sekolah Rendah 2010. Aku pun ambil satu..walau ianya untuk budak sekolah rendah tapi ada isi kandungannya yang sesuai untuk orang2 macam aku ni haaaa….

Sebenar buku ini berkaitan dengan pengurusan duit… (duit..duit..di mana kau duit…). Dari pembacaan aku dalam internet jalur lebar ni, mengatakan hampir lebih separuh dari umat manusia yang berada di atas muka bumi Allah SWT ini yang kurang mengerti tentang menguruskan duit a.k.a PENGURUSAN KEWANGAN (termasuk aku le tu…tapi la ni dah sikit2). Kadang disebabkan dek tidak mengerti tatacara menguruskan duit betul maka kita bisa/boleh terjerumus di dalam situasa dan kondisi yang tidak menentu…

Ok…antara nasihat yang terdapat dalam buku ni ialah…….

  1. Tetapkan matlamat kewangan anda!

    Matlamat kewangan ialah asas bagi perancangan kewangan anda. Tanpa matlamat, anda diibaratkan seperti pengembara yang tidak pasti destinasi yang ingin dituju dan cara untuk sampai ke destinasi itu. Matlamat kewangan merupakan peta jalan untuk memberikan panduan mengenai pelan dan tindakan yang harus diambil dalam perancangan kewangan anda. Ia mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam satu jangka masa tertentu. Dengan adanya matlamat kewangan yang jelas, ia dapat membantu anda menentukan cara wang anda dibelanjakan dan menguruskan lebihan wang mengikut kaedah yang akan membolehkan matlamat kewangan tercapai.

    Kata Azril: "betul…betul…semua benda kena matlamat..bukan nak urus duit jer kena ada matlamat…hidup pun kena matlamat…" Rasulullah pun kalau nak pi perang melawan musuh pun ada buat perancangan, buka main hantam saja… Antara contoh matlamat: 5 tahun dari sekarang aku nak simpan duit dalam tabung haji dan nak naik haji.InsyaAllah.

  2. Catatkan semua perbelanjaan anda!

    Selepas menetapkan matlamat, anda perlu berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Tanamkan semangat mahu mencatatkan semua perbelanjaan anda. Kebanyakan orang akan membelanjakan semua pendapatan mereka, malah ada yang berbelanja melebihi kemampuan mereka. Dengan mencatat setiap perbelanjaan, anda akan mengetahui amalan dan corak perbelanjaan anda, samada anda seorang yang boros berbelanja atau seorang yang berjimat cermat dan suka menyimpan. Sekiranya terdapat lebihan wang setelah ditolak perbelanjaaan, anda semakin hampir mencapai matlamat kewangan anda.

    Kata Azril: "haiya…tang nak mancatat ni le yang paling aku tak berdisiplin, buat sekejap jer, lepeh tu langsung tak buah dah.".. pendek citer, kalau setiap ko punya aliran tunai a.k.a CASH FLOW ada…maknanya ko ni orang jenis berbelanja yang sedar diri… tolak itu…tolak ini…masih ada duit lebih dekat2 rm200…perghhhh…ok bah kalau kau.

  3. Amalkan pengurusan kewangan yang baik!

    Pengurusan kewangan peribadi yang baik jika diamalkan sejak usia muda akan dapat memberikan keselesaan sepanjang hayat. Ia bermula dengan pengurusan wang saku secara berhemat. Kejayaan anda untuk mencapai matlamat kewangan bukannya bergantung semata2 kepada jumlah wang saku (atau gaji) yang diterima tetapi cara anda menguruskan wang tersebut. Langkah penting yang perlu diambil ialah membuat bajet bagi membantu anda merancang dan mengawal perbelanjaan. Buatlah keputusan perbelanjaan dengan bijak dengan mengenal pasti barangan keperluan dengan barangan kehendak. Dengan mengamalkan pengurusan kewangan yang baik, anda akan sentiasa mempunyai lebihan wang (cash flow) di tangan. Langkah bijak seterusnya yang boleh anda ambil ialah menyimpan atau melaburkan wang tersebut dalam institusi kewangan untuk keperluan masa hadapan.

    Kata Azril: "lu pikir lah sendiri ye…"

  4. Amalkan sikap suka membantu!

    Berbuat kebajikan dengan membantu orang lain secara ikhlas merupakan amalan yang mulia dan terpuji. Sikap suka membantu boleh melahirkan sifat rendah hati dan berkasih sayang. Pelbagai bentuk bantuan boleh diberikan, seperti bantuan tenaga, idea, sokongan moral dan kewangan. Mendermakan sebahagian wang anda kepada golongan yang amat memerlukan juga merupakan sikap terpuji. Namun demikian, sebelum membantu orang lain, penuhilah tanggungjawab anda pada diri sendiri, ahli keluarga dan saudara mara terlebih dahulu.

    Kata Azril: "betul tu…tolong2 satu sikap yang baik……..ko mesti tolong diri sendiri dulu… dapat gaji….upah diri sendiri dulu sekurang2nya 10 persen dari gaji bersih ngko dulu…"… la ni banyak orang suka tolong…contoh: BERITA BAIK! KAMI BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH FULUS ANDA…SILA CALL EJEN KAMI: 012-3456789..ingatkan nak tolong rupa2 AH LONG…kami mau tolong…(hutang senang, nak membayarnya susah…tapi kena cara pengurusannya…senang)…tak salah untuk berhutang…yang cara menguruskan hutang tu betul…salah mengurus hutang…hidup boleh terbeban tauuu…

  5. Kenali kad debit!

    Kad debit ialah instrumen yang membolehkan anda membuat pembayaran secara elektronik. Apabila menggunaka kad debit untuk membuat pembayaran, sejumlah wang akan ditolak serta-merta daripada akaun bank anda. Ia menggunakan konsep "beli sekarang, bayar sekarang" berbanding dengan kad kredit yang menggunakan konsep "beli sekarang, bayar kemudian" (hutang le tu). Pada masa ini, kad bank atau ATM yang ada logo "bankcard"juga berfungsi sebagai kad debit. Oleh itu, selain memudahkan pengeluaran wang tunai di ATM (bukan Angkatan Tentera Malaysia ye), anda juga boleh menggunakan kad bank sebagai kad debit untuk membuat pembayaran di kedai yang memaparkan jenama kad debit iaitu VISA dan Mastercard dan logo bank anda.

    Kata Azril: "Bila terdesak dan penting sahaja lah mungkin kita terpaksa berhutang….dulu nak hutang2 ni susah sikit. Sekarang bank2 galakan berhutang pula…akhirnya orang terpaksa berhutang atas perkara2 yang tak terdesak sangat dan penting…sebenarnya tidak masalah kita berhutang…janji kita mampu bayar semula dan berpengurusan hutang…no hal maaaa…."

  6. Jauhkan diri daripada skim cepat kaya!

    Pepatah orang Melayu ada berkata "orang yang tamak selalu rugi" (ye ke?) . Pepatah ini sangat bertepatan bagi orang yang terpedaya dengan penganjur skim cepat kaya. Skim cepat kaya ialah skim yang menjanjikan pulangan atau keuntungan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat dengan modal pelaburan yang sedikit. Antara bentuk skim copek kayo ialah pengambilan deposit tanpa lesen, skim piramid haram dan urus niaga mata wang asing tanpa lesen. Penganjur skim ini mungkin orang perseorangn, perkongsian atau syarikat (yg berdaftar atau tidak berdaftar dgn Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Pelabur skim cepat kaya kebanyakkannya akan mengalami kerugian kerana penganjur sering gagal menunaikan janji mereka. Pelabur juga menghadapi risiko dituduh bersubahat atau bersekongkol dalam aktiviti.

    Kata Azril: "haram di sisi undang-undang negara malaysia dan sewaktu dengannya"…judi kalau ada lesen ianya halal di sisi undang2 negara ntah apa2."

    Haaa…..aku akan sambung kemudian lah….tidak larat sudah tangan aku ni haaaa…….

4.05.2010

Otak ku Otak kamu jua…ur brain…

Ada orang cakap otak kita ni umpama seekor naga yang sedang tidur…kalau naga tu dah terjaga barulah kekuatan seekor naga tu akan terserlah. Mungkin begitu juga dengan otak kita, yang mana selama ini otak kita tertidur dan tak terbangun…tidur saja kerjanya. (sambil aku tulis blog, aku tengah dukung anak aku ni, jadi tersendat2 sedikit aku menaip…huhu…takpe..).

Neurosains…ilmu yang mengkaji tentang system saraf terutama kat otak kita ni….dalam diam2 timbul minat aku nak baca ttg otak…ada juga buku2 ttg peranan otak yang aku beli…tau le aku ttg EQ.

Menurut antara buku yg pernah aku baca…. Ada 10 hukum tentang otak…tapi ada antara yang tak ingat sudah…buku tu aku tinggalkan di rumah abah dan mak aku di sungai besar…

Ok antara hukum otak:

Otak kita sebenarnya tidak membezakan antara reality dan mimpi. Pada otak, apa yang terjadi samada mimpi atau reality ia sebenarnya memang terjadi.. lu pikir le sendiri…

Otak memerlukan makanan. Bukan hanya perut jer yang nak makan, otak pun nak kena bagi makan juga, dah makan cukup tenaga, baru le otak dapat bertugas dengan cemerlang. Contoh makanan otak anataranya ialah gingko biloba, omega 3 dan bla…bla… (nak tau dengan lanjut, sila cari dalam internet).

Otak boleh mempengaruhi tindakan badan kita. Korang percaya tak, sebenarnya apa yang kita settingkan kat dalam otak, otak akan mengarahkan badan kita untuk melakukan sesuatu, supaya apa yang kita settingkan atau kita impikan akan tercapai, tak kisah le samada ianya cepat ataupun lambat. Contohnya…kalau pagi2 lagi sebelum pegi kerja kita settingkan dalam otak kita… "adoi…malasnya aku nak mengajar hari ni…" atau "adoi…mengantuknya, malas betul aku nak pi kerja…huhuhu"… maka sebenarnya secara tak langsung ianya akan menyebabkan badan kita betul2 akan jadi malas…tak caya, cuna le korang buat… Contoh lagi….main bola 90 minit tu penat beb…lari sana lari sini….penat…kena tackle lagi…sakit…tapi kita dah setting dalam otak yg kita mmg gila…suka bola…makan bola…jadi badan pun tak le terasa penat…. Tapi cuba kita settingkan dalam otak kita…"ahhhrrggghhhh….. malasnya aku nak sembahyang"….dah tentu otak akan setkan supaya kita malas sembahyang…dan ada pula setan yang menpengaruhi kita….huhuhu..

Tu jer antara hukum2 ttg otak yang aku ingat…

Kesimpulannya:::::-------à>>>>>

Apa sahaja yang korang rancangkan dalam otak korang (korang punya matlamat dan VISI)…otak akan memberi pengarahan terhadap jasmani kita, macamne nak capai matlamat atau VISI kita tu…

Maksud aku, bukan bila korang ada matlamat dalam otak tu, terus jer impian korang tercapai…. Lu pikir sendiri…

Bukan hanya satu jalan untuk ke Mekah…banyak jalan untuk ke mekah…naik kapal terbang, boleh….naik kapal laut, boleh…naik helicopter, boleh…naik kapal selam, boleh…samada ianya lambat atau cepat…

Begitu le juga dengan kita ni…rezeki semua orang lain2, Allah dah tentukan…ada yang cepat capai impiannya…ada pula yang lambat capai impiannya…ad yang senang nak capai…ada pula yang banyak halangan… Y

Yang penting…ada ilmu, semangat, berdoa, jangan melawan cakap mak dan abah, jaga nama baik keluarga, dll (lu pikir sendiri) InsyaAllah, cepat atau lambat impian korang tercapai…lagi satu, jangan le tinggal2 solat.

Tapi haarussss kena ingat….impian tu tak selamanya kekal…bila2 masa, sampai waktunya Allah boleh ambil semula…sambil2 tu mula le menyimpan ASB ASP (Amanah Saham Pahala) moga2 menjadi bekal kat akhirat nun…

Sekian, thank you.

p/s: berkerja le ngko umpama ngko akan hidup beribu2 tahun, beribadah le ngko umpama akan mati esok hari….


 

Baca le….

Artikel ni aku ambik dari pakdi.net

Benda2 macam ni dah termasuk pengurusan kewangan ni…ilmu juga ni…

Apa Itu Bank?

April 4th, 2010 | Wiki

Bank merupakan orang tengah. Dalam bahasa teknikalnya, financial intermediaries.

Institusi bank itu sendiri merupakan sesuatu yang neutral. Sekiranya bank itu beroperasi dengan prinsip riba, maka bank itu adalah bank yang haram di sisi Islam. Sekiranya bank itu tidak diuruskan dengan baik, maka bank itu akan menjadi bank yang rugi.

Di Malaysia, ramai yang cuma tahu bank runcit. Bahasa teknikalnya adalah retail banking atau pun consumer banking. Bank yang anda buka buku akaun simpanan, mohon kad kredit, membuat pembiayaan rumah, kereta dan peribadi. Sebenarnya ada banyak financial intermediaries selain bank. Antaranya bank pelaburan, finance house, fund management, syarikat insurans / takaful , syarikat broker saham, bank koperasi dan juga pengurup wang. Fungsi mereka sebagai orang tengah adalah sama tetapi dalam sektor kewangan yang berbeza.

Bank pelaburan contohnya, terlibat dalam menerbitkan bon atau pun sukuk. Bank runcit tidak terlibat secara langsung dalam pasaran kewangan tersebut. Syarikat broker pula hanya boleh menjual beli saham, komoditi tetapi fund management menguruskan dana pelaburan.

Bank sebenarnya boleh beroperasi tanpa bank pusat. Peranan bank ini telah wujud lama. Malah, dalam sejarah Islam itu sendiri, cek yang dikeluarkan oleh bank di Baghdad boleh ditunaikan di Morocco. Cumanya, sejak ada usaha untuk membuang peranan emas dan perak dari sistem matawang, maka peranan bank pusat diperkenalkan untuk mengawal polisi matawang. Antara tujuan utama polisi matawang ini adalah untuk mengawal kadar faedah dan seterusnya menentukan sama ada orang ramai patut menyimpan wang atau membelanjakan wang mereka.

Ahmad mempunyai wang tunai RM 250,000. Ali pula hanya ada RM 2,500. Ali berhasrat untuk membeli Proton Persona Elegance High Line yang berharga hampir RM 60,000. Sekiranya tidak ada bank, maka Ali perlu mendapatkan pembiayaan dari orang yang kaya macam Ahmad. Kalau Ahmad ini pemakan riba, maka Ahmad akan memberikan pinjaman dengan kadar faedahnya sekali. Tetapi sekiranya Ahmad ini Shariah compliant orangnya, maka Ahmad akan menggunakan berjual beli dengan Ali dengan kontrak murabahah lil amri bi shira atau pun terus sahaja menggunakan kaedah sewa beli seperti ijarah muntahiah bit tamlik.

Seterusnya, Ali dan Ahmad perlu melantik peguam bagi untuk urusan kontrak. Malah, Ahmad perlu bersedia untuk 'tarik kereta' sekiranya Ali tidak membuat pembayaran bulan-bulan. Begitulah secara umumnya apa yang perlu dilalui oleh Ahmad dan Ali. Tetapi ini jalan cerita mudah.

Sekarang cuba bayangkan, ada seorang lagi yang bernama Aminah, simpanan sudah RM 10,000 dan berminat untuk mendapatkan Proton Persona Elegance High Line juga. Kerjaya Aminah adalah lebih stabil dari Ali dan lebih berdisiplin. Sekiranya Ali dan Aminah menghantar borang permohonan dengan serentak kepada Ahmad, apakah proses yang perlu Ahmad buat untuk membuat penilaian kredit ? Adakah Ahmad mempunyai kemahiran untuk menentukan siapa yang lebih selamat sekiranya Ahmad bersetuju memberikan pembiayaan selama 7 tahun ?

Begitulah yang bakal berlaku sekiranya tidak wujud bank.

Apabila bank wujud, maka orang yang kaya (surplus) akan menyimpan duit dalam bank. Selepas itu orang yang tidak ada duit (deficit), akan pergi ke bank untuk mendapatkan pembiayaan. Bank selaku orang tengah akan menguruskan aset dan liabiliti mereka bagi membolehkan orang kaya mengeluarkan duit simpanan pada bila-bila masa yang diperlukan dan pada masa yang sama orang yang tidak berduit sangat ini mendapatkan pembiayaan kewangan tanpa perlu risau tiba-tiba orang kaya menuntut hutang dengan lebih awal kerana anak mereka mahu menyambungkan pelajaran di UK.

Inilah peranan bank dalam masyarakat.

Sumber dari : http://www.pakdi.net

Oh! Perancangan…. Oh! Pengurusan…

Assalamualaikum wbt….aku ni baru jer balik dari sekolah. Lepas asar nanti (ranau, asar lebih 3.30ptg) aku nak pi sekolah semula…nak latih budak2 buat latihan paluan kompang dan formasi (susah wooo…nak ajar murid sekolah rendah main kompang dan formasi)….bila dah susah, sudah tentu aku kena buat sesuatu perancangan dan mengurus perancangan aku dengan sebaik mungkin. Betul atau tidak?

Sebenarnya semakin membesar ni semakin aku tahu betapa pentingnya kita membuat perancangan dan mengurus. Lebih2 lagi kalau kita ni sudah mendirikan rumah tangga…lagi le kita kena tahu merancang dan mengurus…penting sangat.

Kan Nabi SAW telah bersabda, yang mafhumnya : "Jika kau ingin kejayaan di dunia mestilah dengan ilmu, jika kau nak berjaya di akhirat pun mestilah dengan ilmu jugak….kalau kau nak berjaya kedua2nya pun mestilah dengan ilmu jugak"….. kesimpulannya, kalau korang sebagai seorang Islam yang nak Berjaya di dunia dan di akhirat MESTILAH DENGAN ILMU. Makna ilmu di sini sangat luas…macam2 ilmu pengetahuan yang ada di muka bumi Allah yang akan menyebabkan kita berjaya dunia akhirat...dan sudah tentulah ilmu yang paling penting ialah ILMU AGAMA ISLAM…haiyaa….

Kat sini aku nak tekankan bahawa dalam kehidupan ini MERANCANG dan MENGURUS adalah antara elemen2 penting dalam kehidupan…dan sudah pasti kita mampu mencapai kejayaan (persepsi kejayaan seseorang tak sama)….

PERANCANGAN….(sudah tentu le perancangan aku ialah nak semua keluarga aku masuk syurga, semua family aku dirahmati Allah SWT)

Contohnya:

Aku merancang dalam 20 tahun lagi (jika ada kesempatan) aku nak jadi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Aku merancang nak jadi orang kaya yang baik hati (kalau kaya, boleh le aku bayor zakat banyak…tolong2 orang fakir miskin).

Dan macam2 lagi……

Bila dah merancang, ko dah ada visi, mestilah ko kena laksanakan hal2 yang boleh mencapai ke arah visi ko tu….ini le yang dipanggil MISI.

Misi aku….jangan tinggal solat, berdoa selalu…berdoa untuk ibu bapa, moga2 ibu bapa kita mendoakan kita juga….belajar semampu mungkin (kumpul ilmu pengetahuan secukup2nya , belajar pun dapat pahala maaa……..), jangan ponteng kerja bla…bla…bla…

Hai…..jangan pandai merancang jer….tapi korang kena le juga pandai mengurussssssssssssssssssss…….

Alah….idea aku dah tak de pulak dah…huhuhuhuhu…..

Nak ilmu2 ni dah senang dah…ko tinggal cari jer dalam internet….masuk internet, jangan le buat kerja tak berfaedah pula….asyik main Farm Ville jer…buang masa.

Sekian Terima Kasih…..


 


 

 

4.02.2010