4.09.2010

Tadi murid2 di sekolah telah diberi sorang satu BUKU WANG SAKU:Pelajar Sekolah Rendah 2010. Aku pun ambil satu..walau ianya untuk budak sekolah rendah tapi ada isi kandungannya yang sesuai untuk orang2 macam aku ni haaaa….

Sebenar buku ini berkaitan dengan pengurusan duit… (duit..duit..di mana kau duit…). Dari pembacaan aku dalam internet jalur lebar ni, mengatakan hampir lebih separuh dari umat manusia yang berada di atas muka bumi Allah SWT ini yang kurang mengerti tentang menguruskan duit a.k.a PENGURUSAN KEWANGAN (termasuk aku le tu…tapi la ni dah sikit2). Kadang disebabkan dek tidak mengerti tatacara menguruskan duit betul maka kita bisa/boleh terjerumus di dalam situasa dan kondisi yang tidak menentu…

Ok…antara nasihat yang terdapat dalam buku ni ialah…….

  1. Tetapkan matlamat kewangan anda!

    Matlamat kewangan ialah asas bagi perancangan kewangan anda. Tanpa matlamat, anda diibaratkan seperti pengembara yang tidak pasti destinasi yang ingin dituju dan cara untuk sampai ke destinasi itu. Matlamat kewangan merupakan peta jalan untuk memberikan panduan mengenai pelan dan tindakan yang harus diambil dalam perancangan kewangan anda. Ia mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam satu jangka masa tertentu. Dengan adanya matlamat kewangan yang jelas, ia dapat membantu anda menentukan cara wang anda dibelanjakan dan menguruskan lebihan wang mengikut kaedah yang akan membolehkan matlamat kewangan tercapai.

    Kata Azril: "betul…betul…semua benda kena matlamat..bukan nak urus duit jer kena ada matlamat…hidup pun kena matlamat…" Rasulullah pun kalau nak pi perang melawan musuh pun ada buat perancangan, buka main hantam saja… Antara contoh matlamat: 5 tahun dari sekarang aku nak simpan duit dalam tabung haji dan nak naik haji.InsyaAllah.

  2. Catatkan semua perbelanjaan anda!

    Selepas menetapkan matlamat, anda perlu berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Tanamkan semangat mahu mencatatkan semua perbelanjaan anda. Kebanyakan orang akan membelanjakan semua pendapatan mereka, malah ada yang berbelanja melebihi kemampuan mereka. Dengan mencatat setiap perbelanjaan, anda akan mengetahui amalan dan corak perbelanjaan anda, samada anda seorang yang boros berbelanja atau seorang yang berjimat cermat dan suka menyimpan. Sekiranya terdapat lebihan wang setelah ditolak perbelanjaaan, anda semakin hampir mencapai matlamat kewangan anda.

    Kata Azril: "haiya…tang nak mancatat ni le yang paling aku tak berdisiplin, buat sekejap jer, lepeh tu langsung tak buah dah.".. pendek citer, kalau setiap ko punya aliran tunai a.k.a CASH FLOW ada…maknanya ko ni orang jenis berbelanja yang sedar diri… tolak itu…tolak ini…masih ada duit lebih dekat2 rm200…perghhhh…ok bah kalau kau.

  3. Amalkan pengurusan kewangan yang baik!

    Pengurusan kewangan peribadi yang baik jika diamalkan sejak usia muda akan dapat memberikan keselesaan sepanjang hayat. Ia bermula dengan pengurusan wang saku secara berhemat. Kejayaan anda untuk mencapai matlamat kewangan bukannya bergantung semata2 kepada jumlah wang saku (atau gaji) yang diterima tetapi cara anda menguruskan wang tersebut. Langkah penting yang perlu diambil ialah membuat bajet bagi membantu anda merancang dan mengawal perbelanjaan. Buatlah keputusan perbelanjaan dengan bijak dengan mengenal pasti barangan keperluan dengan barangan kehendak. Dengan mengamalkan pengurusan kewangan yang baik, anda akan sentiasa mempunyai lebihan wang (cash flow) di tangan. Langkah bijak seterusnya yang boleh anda ambil ialah menyimpan atau melaburkan wang tersebut dalam institusi kewangan untuk keperluan masa hadapan.

    Kata Azril: "lu pikir lah sendiri ye…"

  4. Amalkan sikap suka membantu!

    Berbuat kebajikan dengan membantu orang lain secara ikhlas merupakan amalan yang mulia dan terpuji. Sikap suka membantu boleh melahirkan sifat rendah hati dan berkasih sayang. Pelbagai bentuk bantuan boleh diberikan, seperti bantuan tenaga, idea, sokongan moral dan kewangan. Mendermakan sebahagian wang anda kepada golongan yang amat memerlukan juga merupakan sikap terpuji. Namun demikian, sebelum membantu orang lain, penuhilah tanggungjawab anda pada diri sendiri, ahli keluarga dan saudara mara terlebih dahulu.

    Kata Azril: "betul tu…tolong2 satu sikap yang baik……..ko mesti tolong diri sendiri dulu… dapat gaji….upah diri sendiri dulu sekurang2nya 10 persen dari gaji bersih ngko dulu…"… la ni banyak orang suka tolong…contoh: BERITA BAIK! KAMI BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH FULUS ANDA…SILA CALL EJEN KAMI: 012-3456789..ingatkan nak tolong rupa2 AH LONG…kami mau tolong…(hutang senang, nak membayarnya susah…tapi kena cara pengurusannya…senang)…tak salah untuk berhutang…yang cara menguruskan hutang tu betul…salah mengurus hutang…hidup boleh terbeban tauuu…

  5. Kenali kad debit!

    Kad debit ialah instrumen yang membolehkan anda membuat pembayaran secara elektronik. Apabila menggunaka kad debit untuk membuat pembayaran, sejumlah wang akan ditolak serta-merta daripada akaun bank anda. Ia menggunakan konsep "beli sekarang, bayar sekarang" berbanding dengan kad kredit yang menggunakan konsep "beli sekarang, bayar kemudian" (hutang le tu). Pada masa ini, kad bank atau ATM yang ada logo "bankcard"juga berfungsi sebagai kad debit. Oleh itu, selain memudahkan pengeluaran wang tunai di ATM (bukan Angkatan Tentera Malaysia ye), anda juga boleh menggunakan kad bank sebagai kad debit untuk membuat pembayaran di kedai yang memaparkan jenama kad debit iaitu VISA dan Mastercard dan logo bank anda.

    Kata Azril: "Bila terdesak dan penting sahaja lah mungkin kita terpaksa berhutang….dulu nak hutang2 ni susah sikit. Sekarang bank2 galakan berhutang pula…akhirnya orang terpaksa berhutang atas perkara2 yang tak terdesak sangat dan penting…sebenarnya tidak masalah kita berhutang…janji kita mampu bayar semula dan berpengurusan hutang…no hal maaaa…."

  6. Jauhkan diri daripada skim cepat kaya!

    Pepatah orang Melayu ada berkata "orang yang tamak selalu rugi" (ye ke?) . Pepatah ini sangat bertepatan bagi orang yang terpedaya dengan penganjur skim cepat kaya. Skim cepat kaya ialah skim yang menjanjikan pulangan atau keuntungan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat dengan modal pelaburan yang sedikit. Antara bentuk skim copek kayo ialah pengambilan deposit tanpa lesen, skim piramid haram dan urus niaga mata wang asing tanpa lesen. Penganjur skim ini mungkin orang perseorangn, perkongsian atau syarikat (yg berdaftar atau tidak berdaftar dgn Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Pelabur skim cepat kaya kebanyakkannya akan mengalami kerugian kerana penganjur sering gagal menunaikan janji mereka. Pelabur juga menghadapi risiko dituduh bersubahat atau bersekongkol dalam aktiviti.

    Kata Azril: "haram di sisi undang-undang negara malaysia dan sewaktu dengannya"…judi kalau ada lesen ianya halal di sisi undang2 negara ntah apa2."

    Haaa…..aku akan sambung kemudian lah….tidak larat sudah tangan aku ni haaaa…….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan