Assalamulaikum wbt…semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua. Amin ya Allah.
Semenjak aku mendaftarkan diri aku ke dalam laman sosial Facebook…blog aku ni hampir terabaikan. Mana idaknya..bagi aku fungsi Faceebook ni lebih kurang macam blog jer…silap2 Facebook ni lagi mantap dari blog…huhu.
Hari ni hari Ahad, di mana telah berlakunya pilihanraya kecil di Hulu Selangor. Hulu Selangor? Perkataan "hulu" tu sahaja sudah mengambarkan betapa ulunya kawasan tersebut. Betul ke? 2 tahun aku bersekolah di sana, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Kuala Kubu Bharu ni termasuk dalam kawasan Hulu Selangor. Kawasan berbukit bukau, aman dari kesibukan hiruk pikuk manusia dan best. Kat sana ada Pusat Latihan Bomba, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pertak, Bukit Fraser, Ampang Pecah (aku hampir penah lemas kat sini..tq pada member yg selamatkan aku), dan lain-lain lagi.
Tapi tak tahu lah sekarang mungkin dengan berlakunya arus pembangunan KKB sudah semakin sibuk dengan kegiatan manusia.
______________________
Hari Ahad
Kampung Lohan Ulu, Ranau, Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan