4.05.2010

Otak ku Otak kamu jua…ur brain…

Ada orang cakap otak kita ni umpama seekor naga yang sedang tidur…kalau naga tu dah terjaga barulah kekuatan seekor naga tu akan terserlah. Mungkin begitu juga dengan otak kita, yang mana selama ini otak kita tertidur dan tak terbangun…tidur saja kerjanya. (sambil aku tulis blog, aku tengah dukung anak aku ni, jadi tersendat2 sedikit aku menaip…huhu…takpe..).

Neurosains…ilmu yang mengkaji tentang system saraf terutama kat otak kita ni….dalam diam2 timbul minat aku nak baca ttg otak…ada juga buku2 ttg peranan otak yang aku beli…tau le aku ttg EQ.

Menurut antara buku yg pernah aku baca…. Ada 10 hukum tentang otak…tapi ada antara yang tak ingat sudah…buku tu aku tinggalkan di rumah abah dan mak aku di sungai besar…

Ok antara hukum otak:

Otak kita sebenarnya tidak membezakan antara reality dan mimpi. Pada otak, apa yang terjadi samada mimpi atau reality ia sebenarnya memang terjadi.. lu pikir le sendiri…

Otak memerlukan makanan. Bukan hanya perut jer yang nak makan, otak pun nak kena bagi makan juga, dah makan cukup tenaga, baru le otak dapat bertugas dengan cemerlang. Contoh makanan otak anataranya ialah gingko biloba, omega 3 dan bla…bla… (nak tau dengan lanjut, sila cari dalam internet).

Otak boleh mempengaruhi tindakan badan kita. Korang percaya tak, sebenarnya apa yang kita settingkan kat dalam otak, otak akan mengarahkan badan kita untuk melakukan sesuatu, supaya apa yang kita settingkan atau kita impikan akan tercapai, tak kisah le samada ianya cepat ataupun lambat. Contohnya…kalau pagi2 lagi sebelum pegi kerja kita settingkan dalam otak kita… "adoi…malasnya aku nak mengajar hari ni…" atau "adoi…mengantuknya, malas betul aku nak pi kerja…huhuhu"… maka sebenarnya secara tak langsung ianya akan menyebabkan badan kita betul2 akan jadi malas…tak caya, cuna le korang buat… Contoh lagi….main bola 90 minit tu penat beb…lari sana lari sini….penat…kena tackle lagi…sakit…tapi kita dah setting dalam otak yg kita mmg gila…suka bola…makan bola…jadi badan pun tak le terasa penat…. Tapi cuba kita settingkan dalam otak kita…"ahhhrrggghhhh….. malasnya aku nak sembahyang"….dah tentu otak akan setkan supaya kita malas sembahyang…dan ada pula setan yang menpengaruhi kita….huhuhu..

Tu jer antara hukum2 ttg otak yang aku ingat…

Kesimpulannya:::::-------à>>>>>

Apa sahaja yang korang rancangkan dalam otak korang (korang punya matlamat dan VISI)…otak akan memberi pengarahan terhadap jasmani kita, macamne nak capai matlamat atau VISI kita tu…

Maksud aku, bukan bila korang ada matlamat dalam otak tu, terus jer impian korang tercapai…. Lu pikir sendiri…

Bukan hanya satu jalan untuk ke Mekah…banyak jalan untuk ke mekah…naik kapal terbang, boleh….naik kapal laut, boleh…naik helicopter, boleh…naik kapal selam, boleh…samada ianya lambat atau cepat…

Begitu le juga dengan kita ni…rezeki semua orang lain2, Allah dah tentukan…ada yang cepat capai impiannya…ada pula yang lambat capai impiannya…ad yang senang nak capai…ada pula yang banyak halangan… Y

Yang penting…ada ilmu, semangat, berdoa, jangan melawan cakap mak dan abah, jaga nama baik keluarga, dll (lu pikir sendiri) InsyaAllah, cepat atau lambat impian korang tercapai…lagi satu, jangan le tinggal2 solat.

Tapi haarussss kena ingat….impian tu tak selamanya kekal…bila2 masa, sampai waktunya Allah boleh ambil semula…sambil2 tu mula le menyimpan ASB ASP (Amanah Saham Pahala) moga2 menjadi bekal kat akhirat nun…

Sekian, thank you.

p/s: berkerja le ngko umpama ngko akan hidup beribu2 tahun, beribadah le ngko umpama akan mati esok hari….


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan