Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat, semoga sentiasa dirahmati Allah SWT di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya aku merasakan telah hampir beberapa purnama tidak menulis dalam ‘blog’ aku ini. Mungkin juga dek kerana sibuk dengan urusan-urusan kerja atau mungkin juga hanya tertumpu kepada FBOOK sahaja. Wallahualam.
Ketika waktu santai-santai di rumah, aku membaca sebuah buku karangan al-Ustaz Shaari Che Din oleh Penerbitan Nurulhas, Kuala Lumpur yang bertajuk “Rasulullah SAW Bertanya, Iblis Menjawab”. Setelah membaca buku ini secara “speed reading”, akhirnya terdetik di hati aku untuk meringkaskan sedikit isi buku ini dan menulisnya dalam ‘blog’ aku ini semoga ianya menjadi peringatan untuk aku, seluruh keluarga aku, kawan-kawan aku dan sewaktu dengannya.
Kalau kamu hendak yang ‘original’, kamu boleh dapatkan di kedai-kedai buku agama, insya Allah ada tu.
Wahai sahabatku, oleh kerana betapa kasih Allah kepada umat manusia, khususnya umat Muhammad SAW, maka Allah SWT telah memerintahkan kepada Iblis untuk bertemu dengan Nabi Muhammad SAW untuk menjawab segala pertanyaan dari Nabi Muhammad SAW, dan Iblis akan diazab jika menipu Rasulullah SAW.
Soalan 1.
Rasulullah SAW:
“Wahai Iblis, siapakah musuhmu yang paling utama dan yang paling besar sekali, bagaimana pula perasaanmu terhadapku?”.
Jawab Iblis:
“Ya Nabi Allah, engkaulah musuhku yang paling utama dan engkau juga musuhku yang besar di dunia ini”.
“Wahai Nabi Allah, aku ini boleh merubahkan wajahku kepada beberapa bentuk dan rupa serta mempunyai suara yang berlainan. Suaraku boleh menyerupai suara manusia atau binatang dan lain2nya, ttp aku tidak boleh menyerupai rupa dan bentukmu wahai Muhammad. Aku sekali-kali tak sanggup untuk melanggar tegahan Allah SWT, kalau aku menjelma dalam bentuk wajahmu maka nescaya diriku ini akan hancur menjadi abu, ya nabi Allah”.
“Ya nabi Allah, sebagaimana engkau bersungguh-sungguh berusaha dan berikhtiar siang dan malam, dgn tak mengira penat dan susah payah untuk memberi nasihat bagi menunjukkan ke jalan yang benar iaitu jalan Allah, dgn iktikad yang sah dan jelas sehingga mereka berada di dalam Islam yang suci. Maka aku pun begitu juga berusaha sedaya upayaku dgn seluruh kekuatan dan tenagaku dan berserta dengan semua bala tenteraku, akan aku terus menjalankan tipu muslihat, mengacau, dan akan mendorong umat Adam supaya mereka terpedaya dan terjerumus ke dalam kekafiran dan keingkaran. Aku akan membawa mereka kepada murtad dan munafik sebanyak mungkin agar mereka ini akan bersama-samaku di dalam neraka kelak. Aku akan tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya umat yang sudah Islam pun dapat aku jebakkan mereka supaya meninggalkan jalan lurus dan berbalik kepada jalan yang salah dan batil”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan